AWAS, ada gunting dalam lipatan.. baca dan sebarkan

| comments


Sebelum ini telah timbul beberapa informasi berkenaan niat jahat RTPJ, mereka dikatakan berniat menjatuhkan beberapa orang pemimpin pakatan rakyat terutamanya dari PKR dalam pilihanraya akan datang.namun , sehingga timbul isu besar perancangan menjatuhkan pemimpin-pemimpin tertentu, perkara ini tidak mampu didiamkan lagi.

Apa yang dikuatiri ialah sebahagian besar pengundi atas pagar dan penyokong Pakatan rakyat sendiri telah termakan dakyah mereka.

Apakah sebenar matlamat perjuangan RTPJ?, mereka bermatlamat meletakkan calon-calon yang mereka pilih di beberapa kerusi pada PRU yang akan datang, dan apakah mereka punya kepentingan bila meletakkan calon-calon tersebut , siapa mereka mahu menentang keputusan kepimpinan tertinggi parti dan mendesal calon pilihan mereka dipilih?.

Sebagai contoh, Hanafiah Husin mereka cuba ketengahkan sebagai calon di N49 Seri Andalas, Selangor, Siapa Hanafiah ini sehingga RTPJ begitu yakin dia akan dipilih pengundi. adakah RTPJ mahu menjadi kuasa penentu atau mahu meletak calon pilihan admin mereka sendiri ?

Atau mereka sebenarnya sedang menjalankan perang saraf bagi memastikan Pakatan Rakyat kalah di kerusi -kerusi tertentu dengan cara melaga-lagakan dan mengucar kacirkan keadaan dengan tujuan mengalih sokongan rakyat?

Beberapa pemimpin parti menjadi sasaran mereka, malah mereka juga pernah melakukan beberapa taktik jahat untuk merosakkan imej seseorang pemimpin masyarakat,

Sebelum ini mereka pernah memperdaya  Ahli Parlimen Kotaraja iaitu YB Dr. Siti Mariah (PAS) di dalam satu slot bersama pemimpin di dalam  facebook.,kesudian Yb Dr. Siti Mariah dari PAS membuat posting bertanyakan masalah rakyat telah diambil peluang oleh admin-admin RTPJ ini untuk menghentam Yb ini didalam komen-komen mereka.

Apakah yang sedang dilakukan merekai?, mereka menyamar dan berlagak seolah-olah mereka penyokong kuat Pakatan Rakyat, tetapi bila sampai masa yang sesuai mereka mula menyerang beberapa bakal calon , dengan tujuan membuat huru hara menjelang PRU13 nanti.


Kejap kata masuk DAP, kejap kata tak.. mana satu nei yob?

Tidakkah jelas bahawa tindakan menyerang bakal-bakal calon ini bukan setakat serangan yang bersifat peribadi kepada individu sasaran, tetapi secara tidak langsung telah menyerang parti sendiri dan pakatan rakyat am nya,

Jesteru itu atas sokongan padu kepada pakatan rakyat, Jingga13 malam tadi telah mengeluarkan kenyataan rasmi media berkenaan perkara ini.

Diharap pembaca  dapat memikir baik buruk tindakan jahat RTPJ ini dan menyebarkan informasi ini kepada umum.




KENYATAAN RASMI JINGGA 13 BERHUBUNG ISU RTPJ

Jingga 13 meminta supaya semua pihak terutama individu yang memiliki akaun facebook berhati-hati dengan individu atau perkumpulan yang menjalankan fb group yang konon atas nama " menuju ke Putrajaya " seolah-olah merupakan penyokong Pakatan Rakyat.

Jingga 13 kecewa dengan beberapa tindakan akhir-akhir ini oleh individu dan perkumpulan tertentu yang menyerang pimpinan dengan membabi buta dan menjadikan asas fitnah atas dasar prinsip dendam kesumat .

Jingga 13 akan terus mempertahankan pimpinan dan memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat sebagai tanda soladiriti dan komitmen kepada usaha muafakat mempertahankan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan menyokong segala usaha menuju ke Putrajaya.

Jingga 13 meminta agar para pemilik facebook Pakatan Rakyat agar mengundur diri daripada mana-mana facebook grup yang konon atas nama "Menuju ke Putrajaya" tapi bersikap prejudis dan bermatlamat mengelirukan pemikiran dan menjana persepsi negatif serta seolah-olah bertindak tujuan mengagalkan segala usaha menuju Putrajaya dan didalangi oleh mereka dan parti yang menjadi musuh kepada pimpinan dan Pakatan Rakyat.

Jingga 13 meminta agar semua pemilik akaun facebook Pakatan Rakyat terus bersama-sama secara muafakat mempertahankan pimpinan , parti dan Pakatan Rakyat secara fokus serta mempertahankan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan dalam usaha menuju Putrajaya , menolak segala usaha jahat tersebut.

Muafakat * Prihatin * Berani
Jingga 13

Anda disarankan mengkaji semua perjuangan RTPJ sebaik-baiknya, pilihan ditangan anda, kita hanya punya satu peluang untuk jatuhkan BN, dan peluang itu sekarang dihadapan mata, jangan biar RTPJ menjahanamkannya.

Sila baca juga disini
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit