Memaparkan catatan dengan label zalim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zalim. Papar semua catatan

Orang Umno pun kene zalimi umno

| comments


Sapa yang kata umno berjuang untuk bangsa melayu, itu tak benar, umno sebenarnya berjuang untuk bangsa "melayu umno" saja....

Kejap, "tukanglawan" rasa umno berjuang untuk melayu umno pun tak berapa betul, kalau betul, takkanlah umno sanggup tikam belakang penyokong sendiri. ( jom tengok ini), bukan sahaja penyokong kene kelentong rupa-rupanya orang kuat umno pun kene zalim jugak.

Semalam, Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Lumut, Haji Jauhari Bin Yahya  telah memfailkan Saman Semakan Kehakiman ke atas Kerajaan Negeri Perak & dua individu yang lain di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur,

Melalui syarikat guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates bekas orang kuat umno itu mendakwa kerajaan negeri perak dan dua individu lain gagal menggantikan tanahnya yang dibatalkan oleh kerajaan pada tahun 1998.

Jauhari yang merupakan seorang guru dan ahli veteran umno menyatakan pada tahun 1997 tanah beliau seluas lima ekar lebih yang dicagarkan kepada Bank Bumiputra Bhd telah dirampas oleh Kerajaan Negeri Perak kerana gagal membayar cukai tanah.

Jauhari telah memohon semula tanah tersebut dan pada bulan Julai 1997 permohonan untuk mendapatkan tanah tersebut telah diluluskan oleh kerajaan negeri pimpinan umno itu.

Kemudiaan pada 21/2/1998, Jauhari telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak dan pihak Bank Bumiputra Bhd, semasa pertemuan tersebut Jauhari bersetuju untuk membenarkan kelulusan ke atas tanah tersebut dibatalkan dan pihak Kerajaan Negeri Perak pula berjanji akan memberi tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan itu.

Selepas tarikh tersebut Jauhari telah banyak kali membuat permohonan untuk mendapatkan tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan tersebut tetapi tiada tanah baru yang diberikan bagi menggantikan tanah tersebut.

Namun lebih menyedihkan pada bulan 12/2011 beliau dimaklumkan permohonan bagi menggantikan tanah yang dibatalkan telah DITOLAK oleh kerajaan negeri perak dibawah pimpinan Zambry Abdul Kadir.

Kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri yang disifatkan zalim serta merampas haknya itu Jauhari memfailkan Semakan Kehakiman bagi membatalkan keputusan Kerajaan Negeri Perak menolak permohonan tersebut.


Jangan ditipu umno lagi, lihat bukti ini.

| comments (18)


Lihatlah wahai rakyat semua, inilah yang dilakukan oleh rejim umno barisan nasional bila kuasa anda beri kepada mereka. mereka datang menagih simpati menjelang pilihanraya, mereka beri umpan dan gula-gula untuk terus berkuasa, untuk apa itu semua?

Ada agenda disebalik ketagihan kuasa mereka, tanah rakyat dirampas, umno yang kononnya berjuang untuk bangsa melayu itu sebenarnya melacurkan maruah orang melayu sendiri, bangsa melayu yang kononnya mahu dibela mereka itu dipijak-pijak lebih hina dari pendatang asing.


Video ini bukan video yang disunting, bukan juga video yang dilakonkan, ini ialah rialiti sebenar di sebalik kekuasaan umno di negeri selangor dahulu, hak rakyat diperkosa, pihak berkuasa polis dikudakan semata-mata kerana umno mahu roboh rumah rakyat, mahu rampas tanah rakyat yang kebanyakkannya penyokong setia rejim umno barisan nasional sendiri.

Sila saksikan video dibawah



Bila anda sudah tonton, sila tonton sekali lagi dan beri perhatian pada butiran dibawah

‎ Minit 1:54 - "inilah tanah melayu yang diteroka oleh melayu,pendatang diberi keistimewaan, kita teroka 25 tahun dapat apa? pendatang 20 tahun boleh bagi ic kita teroka sini kita dapat apa?"

‎ Minit 2:06 - "kami duduk disini dah hampir 30 tahun, dihalaunya kami macam binatang"

Minit 2:22 - "melayu dibuat macam sampah...kalau nak menang dia bukan main lagi, bila dah menang apa yang dipandangnya pada kami"

Minit 2:33 -  ‎"masa nak mengundi dia la yang beria-ia sangat, hujan berpayung dia datang"

Minit 2:40 ‎"saya sebagai penyokong kerajaan sebelum merdeka lagi, saya berjuang bermati-matian, dalam masa darurat saya berjuang dengan ( lawan) komunis tapi kerajaan tidak ambik pandang langsung"

‎Dan ayat dibawah adalah bukti betapa umnoapco tidak akan pernah mengenang jasa orang yang memberi undi agar mereka terus berkuasa.
"tapi kerajaan bila nak mengundi saja, datang memungut, merayu, tapi bila dah menang, memandang tidak"

Peristiwa ini berlaku pada 2007 di Rimba Jaya yang merupakan salah sebuah perkampungan peneroka yang besar di Selangor, dengan lebih 1,000 keluarga . Lebih 80 peratus penduduk kampung ini adalah keluarga Melayu manakala yang selebihnya keluarga India dan lain-lain

Sejak tahun 2003, pemaju swasta Khidmat Tulen Sdn Bhd telah merancang untuk membangunkan tanah yang diduduki warga peneroka ini. Khidmat Tulen Sdn Bhd telah mempergunakan jentera kerajaan tempatan dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengusir dan merobohkan rumah peneroka Kampung Rimba Jaya .

MBSA telah menggunakan Ordinan Darurat 1969 Pembersihan Setinggan untuk merobohkan 12 rumah peneroka yang betul-betul berada di tapak projek Khidmat Tulen Sdn Bhd. Apabila kes didengar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 November 2003, MBSA telah membongkar bahawa kerajaan negeri (BN) yang memberikan arahan untuk kerja perobohan tersebut dan bukannya tuanpunya tanah swasta tersebut .

Sejak itu, peneroka Rimba Jaya telah menyedari penyelewengan yang berlaku dan mula memahami bagaimana kerajaan negeri dan pemaju swasta berganding bahu untuk merampas tanah yang mereka duduki sejak 30 tahun yang lalu.

Inilah sekelumit kisah tentang rakusnya umnoapco meroboh rumah penduduk Kampung Rimba Jaya, Shah Alam, saat pemimpinnya bina istana indah untuk dirinya rumah rakyat diroboh dengan rakus, awas, nasib sama mungkin akan menimpa anda.

Umno harus dikuburkan, ayuh pencenkan umno pada PRU13 ini.

sumber info klik sini
Tangisan penduduk klik sini
Kisah Rimba Jaya klik sini

Bila SAMSENG masuk politik

| comments


Assalamualaikum.

Selepas para SAMSENG menyibuk dan dihalau di Rembau,malam tadi pula di Labis,Johor sekumpulan pemuda datag untuk mengganggu ceramah Mat Sabu dan mereka telah mencederakan seorang ahli Unit Amal.Pihak POLIS hanya memerhatikan dari jauh.Sama juga di Rembau, pihak POLIS hanya memerhatikan saja kekecohan yang berlaku.





KENAPA pihak POLIS hanya menjadi tunggul melihat PERKASA serang sana sini?Apakah FUNGSI PERKASA?


Mungkin Datuk Ibrahim Ali terlalu LENA untuk mengawal anak-anak buahnya?

Mari saksikan KEKECOHAN yang dibuat oleh PERKASA (tetapi didakwa PAS yang kecoh?)




Suka betul BUAT KECOH.Nak jadi TAIKO ke?

".......inilah akibatnya kalau SAMSENG masuk politik.."



-AAAA

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit