Memaparkan catatan dengan label Utusan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Utusan. Papar semua catatan

Isu Nurul Izzah Utusan Canang, Mahadey Hina Al-Quran Senyap Pulak.

| comments

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menafikan bahawa kenyataan beliau yang dibuat Sabtu lalu dalam satu forum awam menggalakkan umat Islam murtad.

"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," tegasnya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad,
" tegasnya lagi.

Nurul Izzah merujuk kenyataannya sebagai panelis dalam forum tersebut yang bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?"

Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Melayu bebas pilih agama?" dengan memetik laporan Malaysiakini berhubung kenyataan Nurul itu.

Baiklah, soalan "tukanglawan" mudah sangat, akhbar utusan milik siapa?, akhbar utusan kan milik umno, Nurul Izzah bukan orang umno, Nurul Izzah mahu lawan umno, jadi kenapa kita mahu percaya utusan?. dalam isu ini utusan serang Nurul Izzah, seolah-olah utusan itu sangat mahu bela Islam, tapi dalam isu soi lek kenapa utusan diam, dalam isu mahathir hina Al-Quran, Hina nabi dan perlekeh Islam , kenapa utusan jadi bisu?.

Jawapannya mudah, utusan memang sekarang cari dan putar isu supaya Pakatan Rakyat atau Pemimpinnya nampak seolah-olah anti Islam, Kenapa, Kerana Utusan Mahu menipu pembaca yang kebanyakkannya melayu, melayu yang sangat senang tertipu.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Sibuk Konsert K-Pop Terbesar, Dapat Ribut Besar Tahu lah.

| comments

Maka tersiar la di utusan milik umno, satu konsert besar K-Pop terbesar bakal melanda negara, apa nak jadi negara ni, perlu ke ada konsert besar-besar dari luar negara nei, kalau sibuk dengan konsert besar-besar camni datang ribut besar baru semua ada akal.

Bukan apa, tengoklah budak-budak perempuan yang jadi artis k-pop nei, pakai skirt pendek sampai nampak seluar dalam, maka tak hairan la nanti remaja akan terikut-ikut, maka ramai la anak remaja yang pakai ala-ala artis k-po sehingga nampak seluar dalam, kemudian jenayah rogol pun meningkat.

Bab ini hassan akidah tak pulak bising, sikit pun dia tak mengamuk bila budaya k-pop nei menular, mungkin sebab najib pun peminat k-pop maka hassan ali relakan saja. mungkin nanti bila remaja melayu nak jadi artis k-pop akidah mereka tak sedikit pun terancam, itu fikir hassan ali.


Ingat lagi tak kes najib pegi layan k-pop, bagi "tukanglawan" itu tindakan yang memalukan sepatutnya remaja-remaja ni diasuh supaya rajin membaca ke, rajin mengkaji ke, tapi pe em popular ni galakkan remaja layan k-pop pulak, malah dia begitu teruja jumpa artis k-pop.

Kita kene tanya jugak dekat rais yatim, bagaimana pulak musik asli tempatan, musik tradisional nak jadi apa pulak, sebab negara ni dah sibuk dengan k-pop, Kerajaan buat karnival pun nak ada k-pop supaya ramai leh terkinja-kinja termasuk pemimpin umno, kita memang nak mansuh musik tradisional ke dengan bawak dan buat konsert k-pop besar-besaran nei.

Dan paling hebat, utusan milik umno yang konon pembela orang melayu nei menyiarkan dan promosikan konsert tak ada faedah tu, supaya remaja melayu terus hanyut dalam alunan rentak k-pop.






Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Utusan Jelas Tak Boleh Dipercayai, Ini buktinya.

| comments



Datuk Chamil Wariya, menyuarakan kesalnya terhadap tindakan Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - yang disifatkan olehnya sengaja melaga-lagakan beliau dengan YB seputeh Teresa Kok. 

 Menurutnya lagi sebuah cerpen yang dikarangnya telah disiar dan dieksploitasi oleh Mingguan Malaysia,tanpa kebenarannya.

"Saya juga merasa kesal bahawa Mingguan Malaysia telah menyunting cerpen asal saya dengan cara yang tidak profesional dan tidak beretika di luar pengetahuan saya dan tanpa persetujuan saya. Saya tidak bertanggungjawab terhadap penyiaran cerpen itu," kata Chamil yang juga merupakan Ketua Eksekutif Institut Akhbar Malaysia

Beliau percaya bahawa penggantian nama YB Teresa Kok dan jawatan beliau dalam sebuah cerpen bertajuk 'Politik Baru YBJ' dalam akhbar milik Umno itu pada 12 Oktober 2008. adalah disengajakan oleh editor Mingguan Malaysia dengan tujuan untuk menjana kontroversi dan skandal.

"Akibatnya saya dan YB Teresa Kok menjadi mangsa kepada kejadian ini," kata Chamil.

Ok, sekarang kita fikir, akhbar tu milik umno, dapat tengok kan permainan yang dilakukan mereka?, jadi bodohlah kita jika percaya bulatx2 apa yang akhbar ini siarkan, betul tak?





Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....


AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Cuba Batal Saman, Utusan Dah Serik Ke?

| comments

Kita caci maki lah macam mana pun, utusan tetap akan jadi utusan, dah takkan mungkin berubah lagi. bak kata orang, manusia ni kalau umor dah 4o tahun, tak mahu berubah duduk macam tu la sampai mati.

Utusan lidah rasmi umno sekarang bukan lagi macam utusan zaman dulu, utusan zaman dulu siar cerita, wartawan dan editor zaman tu tak takut dengan pak menteri, zaman sekarang lain cikit, mungkin menteri lah yang bayar gaji mereka, yang jamin hidup mati mereka.

Utusan ni rasanya akhbar paling banyak kali kena saman, kalau dekat negara ni dah komfirm dah, memang selalu kena saman dan asyik kalah je.

Jadi kalau asyik kalah saman saja, dah tentulah utusan ni asyik siar cerita tak betul je. mungkin yang benar-benar betul dalam utusan ialah keputusan perlawanan bola.

Agaknya sebab dah serik utusan cuba membuat permohonan membatalkan saman yang difailkan Senator, Dr Syed Hussin Ali memfail saman berjumlah RM10 juta dengan menamakan Utusan Melayu yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Abdul Aziz Ishak, Zulkifli Noordin sebagai defendan.

Malang sungguh nasib Utusan bila Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera menolak permohonan tersebut.

Syed Husin mendakwa Utusan dan Abdul Aziz secara palsu serta berniat jahat mencetak dan menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya dalam artikel di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 November tahun lalu, berjudul ‘Zul Noordin Nafi Dakwaan Syed Hussin’.

Zulkifli, dalam laman web peribadinya, menerbitkan semula artikel yang sama tetapi atas tajuk yang lain iaitu ‘Anjing-anjing Pencen’.

Nampaknya utusan tahu mereka dalam keadaan amat merbahaya, saman demi saman utusan dah kalah, ini jelas membuktikan utusan anak kesayangan umno ini kaki belit dan penipu.

Bak kata Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Mohd Zaini Hassan semasa konvension media 1 Malaysia lepas," pengamal media dibolehkan "memutar belit" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak'

Jelas itulah yang dilakukan mereka, tapi yang malangnya ramai orang melayu ditipu kononnya lidah orang melayu... apakah utusan akan serik?..

Jawapanya utusan tidak akan pernah serik selagi umno berkuasa.. kenapa?.. anda anda jawapanya.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Anwar Ibrahim Sebenarnya Alien. ( Mesti Baca)

| comments (2)



Polis semalam mendedahkan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Itu sangat kelakar, setakat bercakap siapa pun boleh bercakap, setakat menuduh siap pun boleh menuduh, ini betul-betul tanda nak pilihanraya la ni,  cerita komunis, Jemaah islamiah semua dah keluar, dan lepas ni nanti akan ada pulak cerita setengah Ahli PAS itu Taliban, setengah lagi Mujahiddin pulak.

Lepas ni kita harap TV3 atau Utusan pulak siarkan berita satu pertiga Ahli PKR pulak ialah perisik KGB, sebahagian lagi perisik Israel dan yang selebihnya itu adalah perisik FBI.

Lepas tu nanti Utusan dan TV3 boleh siar cerita lagi setengah ahli DAP ialah militer Korea Utara, ada juga perisik  korea Selatan, bekas tentera jepun yang menyamar jadi Cina dan jadi Ahli DAP dan mereka sedang rancang menubuhkan PARTI KOMUNIS ASIA TENGGARA dengan kerjasama Singapura.

Malaysia kan serba boleh, apa nak heran kan ke polis kata pengganas JI dan Komunis dah serap dalam pakatan pulak, ehh boleh bergandingan dan jalin kerjasama pulak Jemaah Islamiah dengan komunis. kah..kah..kah.

Sudah hilang kelogikan dah berita malaysia ni, Ohhh sangat pelik malaysia ku, tak sabar pulak nak dengar fitnah baru dari utusan bahawa Anwar Ibrahim itu Alien, Tok Guru Nik Aziz Pun Alien jugak, Lee Guan Eng bukan Alien, dialah Man In Black. kah..kah..kah.

Tak habis-habis diorang ni memfitnah, buat cerita untuk timbulkan bukan ketakutan pada masyarakat, tapi lawak dan propaganda tak logik yang buat rakyat terhibur sangat-sangat.

Kalau Najib nak tahu ini rahsia penting kerajaan,. 2 ekor panda yang najib ambik dari negeri china itu bukan komunis... 2 ekor panda itu sebenarnya ialah ejen KGB dari Russia... Rosmah tak takut ke nanti cincin hilang... ini sumbar dari "tukanglawan" yang sebenarnya ialah seorang blogger yang dilatih oleh Osama bin Laden untuk jahanamkan umno.

Kah..kah..kah. Malaysia makin lucu.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini

. .
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit