Memaparkan catatan dengan label Pendapat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendapat. Papar semua catatan

Sistem AES Kaut Untung, Kita Dibodohkan Atas Alasan Undang-Undang.

| comments

Sejak dari awal sistem saman yang diswastakan dikenali sebagai AES diragukan dari perbagai segi. Syarikat yang dilantik sebagai operator sudah pasti mengejar jumlah saman yang tinggi untuk memperoleh komisyen yang tinggi kerana jumlah komisyen dan nilai peratusan meningkat berdasarkan jumlah saman yang dikutip.

 Saman sudah jadi bahan perdagangan yang mengkayakan ‘kroni’ yang memperolehi hak mengendalikan saman tersebut, tanpa memikirkan tekanan hidup yang dilalui rakyat.

Adalah bodoh jika kita menyokong pemasangan sistem AES ini benar untuk kebaikan rakyat, tidak nampakkah kita apa akibatnya jika saman mahu diperdagangkan.

Dalam undang-undang negara ini, kesalahanlalu lintas diguna untuk mengaut keuntungan. semua kesalahan kecil sekali pun budaya saman itu sudah jadi biasa, sehingga kesalahan kecik boleh dilepaskan dengan nasihat atau amaran pun disaman juga

Sepatutnya usaha mendidik pemandu supaya memandu lebih cermat perlu diberi keutamaan, bukan menyaman demi mengorek duit yang ada pada saku rakyat.


Sebagai contoh sistem ini memang mahu mengaut untung semata-mata, ada sesetengah kawasan yang dipasang AES ini khabarnya menetapkan had kelajuan maksima ialah 90km/h, apakah teknologi jalanraya kita ini masih mengguna teknologi tahun 70-an dimana kelajuan 90km/h itu sudah dikira sangat laju.

Sudah banyak Kereta boleh memecut sehingga lebih 200km/h, malah teknologi pengendalian kenderaan, dan keselamatan telah jauh meningkat, apakah logik had laju itu ditetapkan sehingga 90 km/h saja.

Apakah AES ini dipasang di taman perumahan ?.

Malaysia ini negara yang pelik, sudahlah jalanraya kebanyakkan dibina dengan menggunakan wang cukai yang dikutip dari rakyat ( jangan lupa setiap kali ke restoram makanna segera atau isi topup anda telah membayar cukai ), kita dimomokkan itu "jasa" kerajaan pula. sudah la begitu, kita terpaksa bayar cukai jalan yang tinggi, kemudian kita akan lebih kerap kene saman kerana sistem AES ini.

Kita beri kerajaan wang untuk bina jalan, mereka balas dengan saman kita?. atas undang-undang yang mereka tulis sendiri.

Kita rakyat tidak sama macam kroni menteri atau anak menteri yang pakai kereta mewah jenama terhebat ( klik sini untuk baca ), mereka boleh memecut sesuka hati kerana nilai RM300 itu sangat sedikit, sedangkan bagi rakyat itu ada sesetengahnya RM300 itu setengah bulan gaji mereka.

Tidak kah kita ini diperbodohkan?

Selamatkan wang anda, jangan diberikan kepada kroni atas kebijaksanaan mereka kaut untung. sila klik disini untuk senarai kamera perangkap had laju.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Gempar, Bas Jelajah Rakyat Disimbah Cat Lagi.

| comments (1)

Puak-puak syatian yang dikenali semakin terdesak dan kini sedang mengganas, Bas Jelajah merdeka yang dinaikki oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sekali lagi sisimbah Cat merah , kali ini di melaka.






Para Syaitan inilah cuba menakut-nakutkan rakyat dan pemimpin Pakatan rakyat, pihak polis jangan pandang sebelah mata, bberlaku adilah kamu kerana kelak kamu akan disoal semasa di dalam kubur....

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kedai Mamak Vs Kedai Melayu Vs Pekerja Karala.

| comments (8)

Mungkin pagi tadi ramai yang pegi sarapan di kedai mamak kan.

Makan la dekat mana pun, "tukanglawan" tak pernah kisah, selagi halal, takde sebab tak boleh makan dekat kedai yang kita suka.

Ni nak cerita pasal kedai mamak pulak, bukannya "tukanglawan" anti mamak, "tukanglawan" ada ramai kawan dari pelbagai keturunan .. "mamak putih" "mamak gelap" india felda, india bandar , cina pekan cina kampung, melayu PAS melayu umno.. semua jenis ada.

Cerita kedai mamak nei, beza dengan kedai melayu, apa masalah orang melayu sampai tak mampu nak buat kedai besar-besar macam mamak buat nei, selain dari sikap orang melayu yang tak boleh "orang lebih", sikap tak berani ambik risiko pun satu. cuba tengok beza rata-rata kedai melayu dan rata-rata kedai mamak.

Kedai melayu tetap me "LAYU", sementara tu kedai Mamak tetap penuh dan meriah seperti biasa.

Sebab tu la kedai mamak yang berjumlah lebih 7,500 buah ni boleh jana pendapatan sehingga RM8 Billion setahun, ini bukan jumlah kecik.

Nak cerita pasal makanan, sedap sangat ke kedai mamak nei?, cuba makan nasi goreng kedai mamak dengan nasi goreng melayu.. makan cikit tunggu sejuk.. yang mana pahit yang mana masih boleh makan.

Teringat pada seorang kawan rapat "tukanglawan" yang berketurunan mamak tapi tak mahu berkawan dengan mamak, katanya lebih baik makan nasi lemak kedai makcik melayu dari kedai mamak yang tak sedap dan mahal.

Tapi kami lebih kerap lepak kedai mamak.. kenapa? jawapannya senang, kedai mamak nei lebih meriahh dari mana-mana kedai lain, "nak makan apa bang? semua ada."

Hah tu bab pertama, kalau orang melayu nak meniaga tiru mamak, jangan kata tak boleh.. kan kata orang umno, kerajaan ni nak sangat bantu melayu, takde modal pegi pinjam la. kah..kah..kah

Tapi satu isu ni yang "tukanglawan" nak sampaikan, kalau orang melayu bukak restoran besar macam restoran mamak tolonglah jangan ambik indon jadi pekerja pulak. negara ni masih ramai makcik yang pandai masak tapi tercari-cari kerja.

Ni isu yang "tukanglawan" nak semua renungkan. lepak mamak berapa ramai "mamak" asli yang kita jumpa?.. hehe.. bukan ke kebanyakkan kedai mamak nei guna pekerja "made in karala"

Mana pegi patriotik kedai mamak nei?, kalau uniform kedai mamak nei ada songkok malaysia, baju pun ade bendera malaysia jugak, nampak macam "patriotik" bebeno, tapi yang pakai tu "made in karala".

Bayangkan ada sejumlah 60,000 hingga 100'000 pekerja dan tak sampai 1000 orang pekerja tempatan. kemana wang dialirkan, bukan ke nanti bila pekerja tu balik wang tu akan berpindah ke negara asal mereka?.

Mungkin lepas ni golongan peniaga kedai mamak boleh fikirkan sesuatu, tak kesian ke pada orang tempatan?, salah ke ambik pekerja tempatan berbanding pekerja "made in karala" ni.

kadang-kadang rimas jugak bila makan di kedai mamak dan berhadapan dengan bau "ketiak haring" pekerja ni selain layan sifat "berlagak" warga india yang lebih mamak dari mamak sendiri.

Dey air kosong satu.. takmo manis oke......

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Koleksi 6 Logo "pening" Baru Kemerdekaan Ke 55

| comments

Korang dah tengok belum logo baru "janji Dicapatikan" yang diorang nak guna untuk sambutan kemerdekaan nanti... jom kita tengok dan analisa sikit la ye.

Ok.. ni logo mula-mula, logo tahap budak tadika ni la yang kene kutuk dulu, lepas tu keluar pulak lagu untuk "disepadankan" dengan logo ni, jadi bila lagu bercampur aduk dengan logo .. orang mula muntah-muntah.

Kemudian bila orang dah muntah, tarik balik logo ni,  entah la sapa punya mata yang tengok logo ni lawa, seriously ni la logo paling buruk pernah "tukanglawan" tengok.

Jadi sekarang diorang dah keluarkan 6 logo baru... jom kita tengok satu demi satu.

Ni logo no 1, masih tak boleh tinggal jugak "janji dicapati" tu, wajib ada, sebab kalau takde nanti rakyat lupa pulak nak undi BN.. kah..kah..kah.. biasa la...  tengah terdesak.

Logo no 55 tu orang faham la. dah 55 tahun merdeka.. logo 1 tu ape benda...  ohhh... 1 tahun terakhir hayat umno la kot maksudnya.. kah..kah..kah...

Errrmmm sekali tengok no 1 tu macam bendera johor la pulak... agaknya disegner ni orang johor agaknya.


Ok.. logo no 2 disebelah kanan ni,  ayat "janji dicapati" wajib ada, haram kalau tinggalkan, ayat tu mesti kene bubuh jugak sebab nak ingatkan banyak kali yang BN ni banyak tabur janji tak pernah tunai. contohnya hospital dekat rembau yang ada batu asas je, jugak janji nak bagi royalti minyak macam dalam perjanjian yang dibuat.

Idea logo ni mungkin cilok dari logo original budak tadika.

Cuba tengok bendera ni dengan logo awal yang buat ramai orang muntah, macam bendera yang sama je, cuma yang ni ditarik bagi panjang cikit, kah..kah..kah.. kotak bawah tu  mengambarkan negeri johor.. maksud bendera ni, negeri johor terletak di bawah semenanjung malaysia.


Logo ni kira ok la, cuba tengok no 55 tu, dengan tulisan merdeka... kira kalau terdesak sangat dah boleh pakai dah logo nei,

Tapi nak tau apa yang buat logi nei mampu buat orang muntah lagi tak?, tulisan "janji dicapati" tu buat spoil.


Kalau dah terdesak sangat logo ni pun boleh pakai, ye la kan, dah tinggal berapa hari je lagi , dalam artikel sebelum ni ada pendedahan dari kementerian sendiri kata belum ada logo rasmi ditetapkan.

sekali lagi merah biru dominasi logo nei, macam logo johor je.. kah..kah..kah...  cuma pelik la, kenapa la pakai logo 1 tu, bape tahun sebenarnya merdeka nei. 

obses betul dengan no 1. kah..kah..kah.




Logo yang last sekali "tukanglawan" jumpa dekat website kementeriaan berkenaan.. ni la logo no 6 yang diorang rancang nak pakai, tak payah pening-pening... pakai je logo 1 ni.. kah..kah..kah.

Cumanya logo no 1 ni mengambarkan ke malaysia ni dah capai 55 tahun kemerdekaan? , takde pulak no 55, slogan yang diorang pilih untuk tahun nei pun takde...

So, mana satu logo yang diorang akan pakai nei, dah tinggal tak sampai seminggu, kita tak tau yang mana satu,  mungkinkah kejutan akan dibuat?, last minit keluar logo lain, atau memang sengaja takmo canang awal sebab takut logo yang dipilih tu buat orang muntah lagi.. kah..kah..kah.

Takpe la, suka hati diorang la nak pilih logo mana, sebab logo yang pakatan rakyat keluarkan lagi menarik, takde pulak unsur politik, universal logonya.


 So korang pilihlah mana satu yang korang berkenan, bukan apa, dengan logo ni pun kita tahu macam mana puak umno sekutu apco buat keputusan, macam mana pulak Pakatan Rakyat buat keputusan, umno ni buat dulu takyah fikir pastu tengok respon orang ramai.

Kalau kene gelak atau rakyat tak suka tarik balik, lepas tu buat lagi.. biarkan tergantung pakatan rakyat fikir, buat, bincang lepas tu baru keluarkan, sekali buat takde pulak orang muntah sebab tengok logo.

So benda paling simpel macam nei dah boleh korang tentukan nak pilih "syaitan" ke nak pilih "malaikat".. kah..kah..kah


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pemansuhan ISA: Realiti Atau Fantasi

| comments

Mungkin tepukan diberikan terlalu cepat, apabila Najib Razak mengumumkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), satu kenyataan "berani" yang disifatkan sebagai "the most revolutionary statement daripada seorang Perdana Menteri".  Pakar perlembagaan, mahupun peguam lebih berwaspada terhadap pengumuman ini, mengingatkan dua undang-undang baru "di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan" akan digubal sebagai pengganti kepada ISA.

Presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh: "Apakah benar ISA dimansuh dan bilakah tempoh akan dimansuhkan ? Kita tentang ISA sebab peruntukan tahanan tanpa bicara. Tetapi jika dibentuk dua lagi undang-undang yang juga mempunyai peruntukan tahan tanpa bicara, kita anggap perjuangan kita belum selesai. "

Adakah ia menjadi satu kejayaan besar Gerakan Mansuh ISA(GMI)??walaupun langkah PM memansuhkan ISA tetapi kenapa perlunya dua akta yang yang mirip seperti Patriot Act di USA dan Anti Terrorism Act di UK. Ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi oleh masyarakat.Bagi saya, kedua-dua akta ini tidak sesuai dijalankan di negara ini.Ini kerana situasi yang berlaku di US dan UK jauh lebih berbeza daripada Malaysia.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham),Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, jika kerajaan ingin juga meniru kedua-dua akta tersebut, seharusnya kerajaan juga mesti memperkenalkan undang-undang yang boleh mengimbangi sifat arbitrari kedua-dua akta itu dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat. 

Sekiranya undang-undang yang digubal oleh kerajaan tidak mengaplikasikan prinsip-prinsip hak asasi manusia, tiada guna menghapuskan ISA dan menggantikan dua akta yang bersifat opresif.Ini dibaratkan seperti “Keluar mulut buaya, masuk mulut harimau”. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula, katanya, mendedahkan bahawa dua akta baru yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan itu adalah berasaskan kepada Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom.

Patriot Act di Amerika dijalankan selepas kejadian 11 September. Akta ini dijalankan berasaskan akta anti pengganas. Akta ini telah memberikan lebih kuasa kepada agensi penguatkuasa undang-undang untuk menyiasat rekod panggilan telefon, emel, perubatan, kewangan dan mengurangkan halangan undang-undang kepada agensi berkenaan untuk menjalankan aktiviti risikan khususnya ke atas warga dan entiti asing. Tetapi akta ini telah mendapat tentangan yang hebat daripada pertubuhan hak asasi manusia disebabkan sifat akta itu yang zalim khususnya penahanan tanpa had masa ke atas suspek, kuasa menggeledah sesebuah premis tanpa kehadiran atau pengetahuan pemilik dan kuasa untuk memintas komunikasi telefon, emel atau rekod kewangan tanpa waran mahkamah.

Mengapa kerajaan tidak mengambil langkah untuk terus menghapuskan Perkara 149 serta-merta. Perkara 149 dalam Perlembagaan Persekutuan membenarkan parlimen untuk menggubal undang-undang yang bertentangan dengan artikel-artikel di mana hak asasi seseorang warganegara dijamin, pada Bahagian Kedua dalam perlembagaan.  "Artikel 5, Artikel 9, Artikel 10 memberi anda hak asasi, tetapi Perkara 149 boleh menghapuskannya sekaligus.

Kolumnis: Mulut Kecoh




 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit