Koleksi 6 Logo "pening" Baru Kemerdekaan Ke 55

| comments

Korang dah tengok belum logo baru "janji Dicapatikan" yang diorang nak guna untuk sambutan kemerdekaan nanti... jom kita tengok dan analisa sikit la ye.

Ok.. ni logo mula-mula, logo tahap budak tadika ni la yang kene kutuk dulu, lepas tu keluar pulak lagu untuk "disepadankan" dengan logo ni, jadi bila lagu bercampur aduk dengan logo .. orang mula muntah-muntah.

Kemudian bila orang dah muntah, tarik balik logo ni,  entah la sapa punya mata yang tengok logo ni lawa, seriously ni la logo paling buruk pernah "tukanglawan" tengok.

Jadi sekarang diorang dah keluarkan 6 logo baru... jom kita tengok satu demi satu.

Ni logo no 1, masih tak boleh tinggal jugak "janji dicapati" tu, wajib ada, sebab kalau takde nanti rakyat lupa pulak nak undi BN.. kah..kah..kah.. biasa la...  tengah terdesak.

Logo no 55 tu orang faham la. dah 55 tahun merdeka.. logo 1 tu ape benda...  ohhh... 1 tahun terakhir hayat umno la kot maksudnya.. kah..kah..kah...

Errrmmm sekali tengok no 1 tu macam bendera johor la pulak... agaknya disegner ni orang johor agaknya.


Ok.. logo no 2 disebelah kanan ni,  ayat "janji dicapati" wajib ada, haram kalau tinggalkan, ayat tu mesti kene bubuh jugak sebab nak ingatkan banyak kali yang BN ni banyak tabur janji tak pernah tunai. contohnya hospital dekat rembau yang ada batu asas je, jugak janji nak bagi royalti minyak macam dalam perjanjian yang dibuat.

Idea logo ni mungkin cilok dari logo original budak tadika.

Cuba tengok bendera ni dengan logo awal yang buat ramai orang muntah, macam bendera yang sama je, cuma yang ni ditarik bagi panjang cikit, kah..kah..kah.. kotak bawah tu  mengambarkan negeri johor.. maksud bendera ni, negeri johor terletak di bawah semenanjung malaysia.


Logo ni kira ok la, cuba tengok no 55 tu, dengan tulisan merdeka... kira kalau terdesak sangat dah boleh pakai dah logo nei,

Tapi nak tau apa yang buat logi nei mampu buat orang muntah lagi tak?, tulisan "janji dicapati" tu buat spoil.


Kalau dah terdesak sangat logo ni pun boleh pakai, ye la kan, dah tinggal berapa hari je lagi , dalam artikel sebelum ni ada pendedahan dari kementerian sendiri kata belum ada logo rasmi ditetapkan.

sekali lagi merah biru dominasi logo nei, macam logo johor je.. kah..kah..kah...  cuma pelik la, kenapa la pakai logo 1 tu, bape tahun sebenarnya merdeka nei. 

obses betul dengan no 1. kah..kah..kah.




Logo yang last sekali "tukanglawan" jumpa dekat website kementeriaan berkenaan.. ni la logo no 6 yang diorang rancang nak pakai, tak payah pening-pening... pakai je logo 1 ni.. kah..kah..kah.

Cumanya logo no 1 ni mengambarkan ke malaysia ni dah capai 55 tahun kemerdekaan? , takde pulak no 55, slogan yang diorang pilih untuk tahun nei pun takde...

So, mana satu logo yang diorang akan pakai nei, dah tinggal tak sampai seminggu, kita tak tau yang mana satu,  mungkinkah kejutan akan dibuat?, last minit keluar logo lain, atau memang sengaja takmo canang awal sebab takut logo yang dipilih tu buat orang muntah lagi.. kah..kah..kah.

Takpe la, suka hati diorang la nak pilih logo mana, sebab logo yang pakatan rakyat keluarkan lagi menarik, takde pulak unsur politik, universal logonya.


 So korang pilihlah mana satu yang korang berkenan, bukan apa, dengan logo ni pun kita tahu macam mana puak umno sekutu apco buat keputusan, macam mana pulak Pakatan Rakyat buat keputusan, umno ni buat dulu takyah fikir pastu tengok respon orang ramai.

Kalau kene gelak atau rakyat tak suka tarik balik, lepas tu buat lagi.. biarkan tergantung pakatan rakyat fikir, buat, bincang lepas tu baru keluarkan, sekali buat takde pulak orang muntah sebab tengok logo.

So benda paling simpel macam nei dah boleh korang tentukan nak pilih "syaitan" ke nak pilih "malaikat".. kah..kah..kah


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit