Memaparkan catatan dengan label Negeri Sembilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Negeri Sembilan. Papar semua catatan

Pelik Ekonomi Negeri Lemah, Tapi MB dapat Anugerah Ekonomi

| comments

Penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) kelmarin menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad (gambar) berkata, penganugerahan tersebut kelihatan agak janggal jika dibandingkan dengan prestasi beliau mentadbir Negeri Sembilan terutama dalam sudut ekonomi negeri.

Sebagai contoh, ujarnya jika diteliti pada tahun 2010, kerajaan Negeri Sembilan memiliki ‘aset’ berjumlah RM23.40 juta dalam bentuk saham di beberapa syarikat seperti Telekom, Tenaga Nasional Berhad, Malaysia Airport tetapi menjelang tahun 2011 pegangan tersebut cuma tinggal RM590,000 sahaja.

Lebih jelas lagi, katanya pendapatan kerajaan negeri dari hasil utama seperti cukai tanah, terimaan dari agensi, perkhidmatan, perolehan dari segi lesen dan permit dari tahun 2010 berjumlah RM326.99 juta menurun dengan serius kepada RM280.11 juta pada 2011.

Beliau menabmah, lebih malang, apabila peruntukan yang diberikan untuk Hal Ehwal Agama Islam menurun dari RM7.15 juta pada tahun 2010 kepada RM5.63 juta pada 2011. Selain itu, peruntukan pembangunan agensi kerajaan bawah kerajaan negeri dari RM85 juta berkurangan kepada RM82.49 juta.

Kita bukan mahu menafikan penganugerahan itu, tetapi kita risau sekiranya penganugerahan tersebut berunsur politik. Iaitu menjadi satu alat untuk beliau menarik sokongan rakyat kepada beliau seterusnya mengukuhkan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar. Di samping cuba menyingkirkan pesaing-pesaing dari kalangan pimpinan Umno Negeri Sembilan,” ujarnya dalam satu kenyataan.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Skandal Balak, Menteri Besar Negeri Sembilan Berbohong?

| comments

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli kata Keadilan ada bukti Menteri Besar Negeri Sembilan,  Mohamad Hassan berbohong berhubung skandal tanah hutan simpan di negeri itu.

Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai cukup bukti kukuh menunjukkan Yayasan Negeri Sembilan digunakan pimpinan politik Umno BN negeri itu untuk mendapatkan kawasan hutan berkenaan.

Menteri Besar bohong apabila dakwa tanah itu milik kerajaan negeri. Kita juga akan buktikan skim pajakan yang digunakan sangat tidak menguntungkan (kerajaan negeri) dan tidak beri apa-apa hasil kepada rakyat,
Di Hutan Simpan Jeram Padang Selatan, sebahagian besar balak habis (ditebang)…bukit sudah botak,” katanya sambil menegaskan akan mengemuka bukti dari masa ke semasa" katanya..

KEADILAN Selasa lalu mendedahkan mengenai pengambilan hutan simpan untuk aktiviti pembalakan haram oleh Mohammad membabitkan 487.3 hektar hutan yang diwarta sebagai hutan simpan sejak 1918.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Penambakkan Pantai Port Dikson Akan Bawa Bencana

| comments

Hampir 100 orang terdiri daripada peniaga, pengusaha pantai dan Persatuan Peniaga Kecil Melayu Port Dickson mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Wisma Negeri di Seremban, Negeri Sembilan Semalam  bagi membantah isu penambakan pantai Teluk Kemang yang menjejaskan pendapatan mereka.

Himpunan yang turut disertai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan itu berpunca daripada ketidak puasan hati peniaga yang mendakwa ditindas pemimpin Umno-BN termasuklah Yang DiPertua (YDP) Majlis Perbandaran Port Dickson.

Demonstrasi yang bermula seawal pukul 11 pagi itu turut menyaksikan penyerahan memorandum kepada pegawai khas Menteri Besar Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengarah Seketariat SAMM Negeri Sembilan, Azizi Aziz berkata, penambakan pantai itu bukan hanya menggugat periuk nasi peniaga, malah turut merosakkan rupa bentuk muka bumi pantai Teluk Kemang yang menjadi tumpuan pelancong.

Penambakan pantai atas alasan ‘pantai sempit’ adalah tidak relevan. Ia akan menjurus kepada kerosakan ekosistem dan secara tidak langsung mengubah rupa bumi pantai Teluk Kemang yang diiktiraf sebagai pantai yang selesa dan selamat.

“Seperti yang berlaku di pantai Batu 4 dan Batu 5 Port Dickson selepas penambakan, kecerunan pasir yang ditambak telah mengubah kedalaman pantai dan menyebabkan banyak nyawa yang terkorban.

“Akhirnya pantai tersebut dihindari pengunjung. Kita khuatiri pantai Teluk Kemang akan menerima nasib sama,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sehubungan itu, katanya, SAMM akan mengadakan satu sidang media khas dan mengatur pertemuan semua mangsa yang terlibat dengan beberapa menteri kabinet di parlimen minggu depan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Dalam demonstrasi sama, para peniaga turut membantah perancangan pembangunan yang tidak menepati spesifikasi sehingga menimbulkan tanda tanya serta menolak pembinaan longkang besar yang menyebabkan air laut Teluk Kemang menjadi keruh dan kotor.

Selain itu, peniaga turut memohon supaya gerai lama, tandas awam dan bangunan buruk diganti dengan fasiliti baru, memastikan setiap premis perniagaan memperolehi CF tepat pada masanya serta diberikan pampasan setimpal sekiranya projek penambakan ini diteruskan.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Rafizi Sekali Lagi Dedah Pembongkaran Hebat.

| comments

Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN semalam mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Menteri Besarnya.

Rafizi  berkata, di antara tahun 2005 hingga 2011, Umno BN telah menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar melalui perwartaan membatalkan status hutan simpan kekal.

Menurutnya, pembatalan tersebut diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan MB Datuk Seri Mohamad Hassan.

Seperti yang dijangka, keputusan pembatalan sebenarnya tidak sah kerana bertentangan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172)yang diperuntukkan,” kata Rafizi.
Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai bukti pimpinan Umno mendapat keuntungan hasil dari kegiatan pembalakan dan penanaman kelapa sawit.

Kita akan bongkar lebih banyak penyelewengan melibatkan syarikat dan pemimpin negeri berkepentingan dalam skandal ini,” katanya.

Pemimpin negeri dan MCA sendiri perlu bersiap sedia kerana mereka semua terlibat,” kata Rafizi.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit