Pelik Ekonomi Negeri Lemah, Tapi MB dapat Anugerah Ekonomi

| comments

Penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) kelmarin menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad (gambar) berkata, penganugerahan tersebut kelihatan agak janggal jika dibandingkan dengan prestasi beliau mentadbir Negeri Sembilan terutama dalam sudut ekonomi negeri.

Sebagai contoh, ujarnya jika diteliti pada tahun 2010, kerajaan Negeri Sembilan memiliki ‘aset’ berjumlah RM23.40 juta dalam bentuk saham di beberapa syarikat seperti Telekom, Tenaga Nasional Berhad, Malaysia Airport tetapi menjelang tahun 2011 pegangan tersebut cuma tinggal RM590,000 sahaja.

Lebih jelas lagi, katanya pendapatan kerajaan negeri dari hasil utama seperti cukai tanah, terimaan dari agensi, perkhidmatan, perolehan dari segi lesen dan permit dari tahun 2010 berjumlah RM326.99 juta menurun dengan serius kepada RM280.11 juta pada 2011.

Beliau menabmah, lebih malang, apabila peruntukan yang diberikan untuk Hal Ehwal Agama Islam menurun dari RM7.15 juta pada tahun 2010 kepada RM5.63 juta pada 2011. Selain itu, peruntukan pembangunan agensi kerajaan bawah kerajaan negeri dari RM85 juta berkurangan kepada RM82.49 juta.

Kita bukan mahu menafikan penganugerahan itu, tetapi kita risau sekiranya penganugerahan tersebut berunsur politik. Iaitu menjadi satu alat untuk beliau menarik sokongan rakyat kepada beliau seterusnya mengukuhkan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar. Di samping cuba menyingkirkan pesaing-pesaing dari kalangan pimpinan Umno Negeri Sembilan,” ujarnya dalam satu kenyataan.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit