Memaparkan catatan dengan label Kenyataan Ahbar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenyataan Ahbar. Papar semua catatan

Kenyataan Media, AMK Desak Tangguhkan AES

| comments

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

AMK Desak Kong Cho Ha Tangguh AES

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mendesak Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha agar menangguh segera perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah kuat ditentang oleh pelbagai pihak termasuk pihak parti pemerintah sendiri.

Sejurus Pemuda UMNO dan CUEPACS yang ikut bersama Pakatan Rakyat yang mendesak agar AES ditangguh, Kong Cho Ha dinasihat supaya tidak lagi degil mempertahankan pendiriannya yang menswastakan kuasa penguatkuasaan yang jelas berpihak kepada syarikat swasta.

Walaupun Kong Cho Ha berjaya selamat diri daripada usul potong gaji menteri yang ditolak oleh Speaker Dewan, tetapi prestasi Kong dalam mentadbir Kementerian Pengangkutan memang lembap dan banyak dipertikaikan.

AMK berpendapat bahawa sejak Kong mengambil alih jawatan daripada bekas Presiden MCA Ong Tee Kiat, isu skandal PKFZ yang melibatkan billion ringgit tidak ditangani malah diabaikan. Dalam isu tender nombor pendaftaran kenderaan WWW pula, Kong tidak berupaya menunjukkan kelayakan seorang menteri yang berkaliber serta pro-rakyat. Lebih mendukacitakan adalah Kong hanya beria-ria dalam perlaksanaan AES.

AMK mempersoalkan kedegilan Kong untuk mempertahankan penswastaan penguatkuasaan dapat mengurangkan kemalangan jalanraya. Apakah Kong tidak mengetahui faktor utama kemalangan jalanraya bukannya kerana kelebihan kelajuan? Mengapakah Kong tetap mempertahankan dua syarikat swasta yang jelas beroperasi berasaskan keuntungan? Akhirnya rakyat yang akan menderita daripada perlaksanaan AES.

AMK menegaskan bahawa penswastaan penguatkuasaan akan menimbulkan implikasi yang buruk. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, segala pengurusan awam serta ketanggungjawaban tidak wajar diswastakan kerana ia akan menjadikan Negara dikawal oleh syarikat swasta.

AMK mengalu-alukan keputusan kerajaan Pakatan Rakyat untuk menangguh perlaksanaan AES di negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Tindakan tersebut bukan sekadar meringankan beban rakyat yang semakin berat, malah menghentikan sebarang usaha menswastakan kuasa penguatkuasaan.

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, sesiapa yang ingin mendirikan sebarang struktur dan bangunan di dalam lingkungan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan mesti memperolehi kebenaran atau permit dahulu.

Maka AMK mencabar parti-parti UMNO/BN khasnya Pemuda UMNO untuk mengikuti jejak Pakatan Rakyat untuk menangguh perlaksanaan AES di negeri pentadbiran UMNO/BN.

Oleh itu, AMK menyeru Pemuda UMNO dan parti-parti komponen BN agar tidak hanya mengaut publisiti politik murah dengan desakan tangguh AES, malah mencontohi negeri Pakatan Rakyat yang menangguh AES dan seterusnya mewujukan negeri yang bebas daripada cengkaman AES.

LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Polis Diam membatu Bila Puak umnoBuat Provokasi.

| comments

28 Oktober 2010
Kenyataan Umum SAMM

Pada 27 Okt.kira kira jam 8.45mlm saya hadir ke MARKAS PAS Bandar Seri Alam,Masai. Prog Ceramah Umum PR anjuran DAP-PR

Ketika saya sampai dan duduk dikawasan yg dijadikan Pentas seorang yg saya pasti anggota Polis dtg memasang kamera di depan rostrum.

Sebaik sahaja prog hendak dimulakan jam 9mlm dari Balai Raya berdekatan (50meter) mereka yg dikenali sebagai penduduk tempatan sebagai Umno memasang speaker besar dgn kuat memainkan rakaman ceramah. Dengan jelas cuba ganggu ceramah.

Menurut penganjur mereka telah memaklumkan kpd polis dua minggu awal secara bertulis dan program PR mendapat kebenaran pihak polis.

Jelas tindakan memasang speaker dgn nada amat kuat utk ganggu ceramah PR dan membuat provokasi. Kami cuba berbincang,namun malangnya hanya ada sekitar 10-12 org remaja termasuk seorang perempuan menguncikan diri mereka dlm balai raya membalas dengan teriakan dan perkataan lucah.

Penganjur membuat panggilan kpd polis, saya sendiri cuba menelefon polis tp jaminan utk datang tidak ditunai. Malah anggota polis dicari dikawasan ceramah yg beruniform semua hilang, ada yg tidak beruniform hanya membatukan diri.  Tiba masa saya berucap,umno tinggikan lagi volume suara.

Keadaan mula tegang..saya bertanya kepada anggota polis sila muncul kita perlu bincang. Ada org yg menunjukkan kamera dengan mengatakan mesti ada polis dia pasang kamera ini tadi.

Saya tanya 3 kali dan waktu jarak untuk minta polis tampil ke depan. Org ramai sahut dan turut teriak panggil polis. Seorang pun tak muncul. Ada yg mula rapat dgn kamera polis dlm keadaan marah.

Saya minta semua petugas SAMM kedepan kawal keadaan. Provokasi umno berterusan tp saya kawal kerana jika bergaduh tentu remaja yg dibuat umpan oleh Umno itu teruk dipukul malah kamera polis juga mungkin dirosakkan.

Saya minta kamera polis itu ditutup/lipat dan diselamatkan. Saya meninggalkan lokasi ceramah awal utk ke satu lagi lokasi di Taman Dahlia.

Saya akan menyerahkan kamera tersebut melalui satu laporan polis siang nanti. Dalam perjalanan pulang ke Seremban saya dihubungi perbagai anggota Polis dari Pegawai bertugas, Timbalan OCPD, Datuk Ramli (KCK Johor). Meminta saya memulangkan kamera. Mereka kebanyakan tidak ada di lapangan keliru. Isunya bukan saya curi tp semalamatkan. Mereka kata ada anggota lihat saya yg bawa kamera pergi. Ini bermakna ada anggota polis yg sengaja biar dan diamkan provokasi umno maka bila termakan provokasi PR akan dipersalahkan.

Saya rakam simpati dgn anggota polis yg kena bertugas ikut telunjuk Umno. Ramai yg hadir dan semua rasa kecewa Umno diberi peluang dan dilindungi untuk membuat kecoh.

Laporan polis saya menyerahkan kamera video tersebut akan membuktikan anggota polis hadir ttp diam saja melihat provokasi Umno...

Saya simpati dan InsyaAllah dibawah PR nanti institusi polis akan dibebaskan dari tekanan politik.

Sekian

cheGuBard
Dalam perjalanan pulang melepasi ayer keroh. 2.10pg
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Teknologi Mambran Lebih Murah Berbanding Langat 2

| comments

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ternyata tidak diberi penjelasan dan maklumat yang tepat mengenai teknologi penapis air membran apabila mendakwa teknologi ini tidak praktikal kerana mahal dan tidak mampu menambah bekalan air.

Mungkin tujuh tahun lalu teknologi penapis air membran ini mahal kerana baharu diperkenalkan tetapi sekarang tidak lagi. Teknologi ini sangat kompetitf dan sekarang digunakan untuk memproses air laut menjadi air mentah di beberapa negara di Timur Tengah.

Kerajaan Selangor telah memanggil perunding daripada Kanada yang telah pun memberikan taklimat terperinci mengenai penggunaan teknologi ini yang kita anggap lebih praktikal dan menjimatkan berbanding menembuk banjaran Titiwangsa untuk membina terowong bawah tanah dan memusnahkan alam sekitar untuk pembinaan empangan di Pahang.

Menerusi teknologi ini, Negeri Selangor akan mempunyai bekalan air yang mencukupi tanpa perlu membeli air daripada Pahang. Kita mampu meningkatkan kapasiti air dengan hanya membina teknologi penapis air membran di loji pembersihan air sedia ada.

Penggunaan teknologi penapis air membran ini mampu menambahkan satu juta meter padu air sehari dengan hanya menggunakan 1/3 dari kos pembinaan Langat 2.

Purata keperluan air di Selangor dan Lembah Klang adalah sekitar empat juta meter padu sehari tetapi bekalan yang sampai kepada pengguna hanyalah tiga juta meter padu kerana satu juta meter padu ‘hilang’ atau Non Revenue Water (NRW). Justeru, teknologi ini mampu menampung tambahan keperluan satu juta meter padu setiap hari.

Sekiranya Timbalan Perdana Menteri tidak faham mengenai teknologi ini, kita sedia memanggil perunding daripada Kanada untuk memberikan taklimat kepada beliau dan pegawai-pegawai di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta pakar-pakar air di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Kerajaan Selangor mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri tidak menentang Langat 2 tetapi perlu disertakan sebagai pakej penyusunan semula industri perkhidmatan air yang terbantut kerana tiada kerjasama dari kerajaan Pusat dan syarikat konsesi.

Penyusunan semula perkhidmatan air di Selangor adalah penyelesaian menyeluruh yang membolehkan pengguna di Selangor dan Lembah Klang menerima perkhidmatan bekalan air lebih efisen pada harga munasabah.

Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor
23 Oktober 2012


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Digelar "Pengkhianat" Kerana Bocor Maklumat Penyelewengan?

| comments

Tali Barut atau pengkhianat sudah tentu ia membawa kepada konotasi negatif. Tali Barut ini juga bersifat subjektif iaitu di mana pelabel itu berada.

Beberapa hari lepas sebuah organisasi yang berselindung atas nama NGO telah melabel Pegawai Kerajaan yang membocorkan maklumat rasuah dan penyelewengan sebagai tali barut. 

Ini satu penghinaan. Ini juga boleh disesuaikan sebagai contoh sekumpulan penyamun yang melabel ahli kumpulan mereka sebagai tali barut kerana membocorkan maklumat samunan mereka.

Tanpa menafikan bahawa sememangnya wujud kakitangan awam yang membocorkan maklumat penyelewengan kepada perbagai pihak, malah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sendiri dalam banyak keadaan berurusan dengan ramai pegawai kerajaan dalam usaha membongkar penyelewengan dalam negara.

Namun adakah mereka yang membocorkan maklumat penyelewengan ini wajar digelar tali barut? Seharusnya mereka digelar ‘hero rakyat’. Contohnya pegawai kastam yang membekalkan fail kemasukan cincin RM24.45 juta (yang telah dibongkarkan sebahagianya) dan banyak lagi barang mewah berkaitan Rosmah (yang fail-fail ini masih tersimpan), adakah ia wajar dilabel tali barut?.

Pegawai Kerajaan itu sendiri tidak tahan melihat bagaimana pemimpin negara yang kononnya bersifat ‘wasatiyah’ namun sangat membazir bermewah ketika majoriti rakyat sangat susah. Ini sesuai dengan amanah mereka menjaga negara.

Menuduh ‘pembongkar maklumat penyelewengan’ menerima habuan ialah satu tindakan tidak bertanggungjawab. Pegawai kerajaan yang mendedah maklumat penyelewengan ialah antara mereka yang sedar dan insaf betapa negara ini perlu diselamatkan. Mana mungkin mereka juga punya sikap seperti koruptor yang dibongkar mereka? Usaha melebel mereka menerima habuan hanyalah usaha menyelamat regim yang dibongkar penyelewengan mereka.

Pegawai Kerajaan yang tampil membekal maklumat penyelewengan ini bukan sahaja mereka yang berani menyalur maklumat malah SAMM sendiri pernah menerima sampul surat dokumen membongkar penyelewengan dengan wang tunai RM500.00 . 

Menurut pembekal maklumat tersebut gunakan wang tersebut untuk duit minyak dan sebagainya untuk membongkar penyelewengan dan menyelamatkan kepentingan rakyat dari diselewengkan.

Dalam isu pembelian kapal selam contohnya SAMM yakin mana mungkin pegawai kerajaan semuanya diam apabila ia melibatkan pembaziran wang rakyat bukan itu saja lebih serius ia melibatkan penjualan maklumat ketenteraan negara kepada pihak asing.

Jangan terkejut dalam perbagai agensi kerajaan sudah ramai pegawai tinggi yang sudah sedar dan mula tampil ke depan. Ini juga hasil dari kesedaran bahawa perubahan tampuk pemerintahan mungkin terjadi. Hanya wujud segelintir pegawai yang masih bersungguh – sungguh mempertahankan korupsi dan penyelewengan yang wujud di atas kepentingan tertentu.

Kepada semua pegawai kerajaan SAMM menyeru, bangkit dan tampillah dengan berani. Sama ada terang – terang atau menyembunyi identiti bersama dengan gelombang rakyat membongkar penyelewengan dan menyelamatkan negara ini. Sedarlah bahawa jasad kerajaan itu yang sebenarnya perlu diselamatkan, bukan parti politik atau individu tertentu.
Mempertahankan kerajaan ialah mempertahankan kepentingan rakyat dan negara tercinta. 

Di depan kamu ada pilihan jelas ikut jalan yang rutin melindungi semua aktiviti memusnahkan negara atau buat jalan sendiri seterusnya menyelamatkan negara dan akan dikenang dalam sejarah anak cucu sebagai hero rakyat yang sebenar.

Badrul Hisham Shaharin @ CheGuBard
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kenyataan Akhbar AMK Selangor- Isu Umno - DAP - MCA

| comments

Angkatan Muda Keadilan (AMK Selangor) hari ini mengambil pendirian tegas untuk menyelar dan mempertikaikan kenyataan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai yang secara biadap berjanji untuk menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor kepada ahli-ahli MCA pada satu Konvensyen MCA Negeri Selangor. 

AMK Selangor begitu kesal kerana Datuk Donald Lim yang juga Timbalan Menteri Kewangan sepatutnya bertindak lebih waras dan tidak biadap dengan memainkan sentimen agama yang sempit semata-mata terdesak untuk merebut kembali Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat ketika ini.

Saya berpendapat rakyat Selangor memilih untuk mengubah kerajaan pada tahun 2008 dengan berpaksikan kematangan dan melangkaui sentimen politik melampau dengan memilih gabungan parti politik yang jauh lebih baik dan terbukti berjaya mentadbir kerajaan negeri dengan lebih sistematik dan telus.

Justeru kenyataan Datuk Donald Lim dilihat lebih kepada kenyataan seorang pemimpin parti yang ketinggalan zaman dan terdesak , serta tidak berdaya lagi untuk bersaing secara lebih kompetitif dalam melaksanakan demokrasi dengan lebih adil. Tindakan menghina Islam secara terang-terangan ini mencerminkan kebodohan diri sendiri yang akhirnya akan merugikan MCA sendiri.


DESAK UMNO NYATAKAN PENDIRIAN, SINGKIR MCA DARI BARISAN NASIONAL

Maka sudah tiba waktu Umno menyatakan pendirian mereka pada isu yang kritikal ini demi menjaga kemuliaan agama Islam yang telah berkali-kali diperlekehkan oleh parti komponen MCA. Umno sebagai tunjang komponen Barisan Nasional juga sudah sepatutnya mengkaji kedudukan MCA bersama mereka.

AMK Selangor menyelar sikap dwi standard Umno yang bersikap flip flop dalam isu menjaga kedaulatan agama Islam ini apabila dengan lantang menyerang DAP tetapi takut kepada MCA, hingga mencetuskan tanda tanya siapa sebenarnya ‘ abang besar’ dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian usahlah Umno bermimpi untuk merampas kembali Selangor kalau sikap mereka begitu mengelirukan dalam isu ini. Kebaculan Umno begitu terserlah dan layaklah mereka dipinggirkan dari terus mentadbir negeri Selangor ini. Umno langsung tidak menghormati Sultan Selangor sebagai Ketua Rasmi Agama Islam di negeri ini.

Justeru apa lagi yang dapat rakyat terutamanya orang Islam dapat berharap kepada parti lemah ini. Umum telah tahu bahawa Umno memang tidak pernah berhasrat memartabatkan Islam sebagai salah satu rujukan pentadbiran namun sikap membisu apabila agama Islam dan semangatnya diinjak adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

AMK Selangor juga memberi amaran keras kepada MCA terutama pemimpinnya supaya tidak lagi menjadikan agama Islam sebagai satu modal politik murahan mereka dan mula menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat adalah alternatif unggul untuk menggantikan peranan mereka dalam masyarakat.

AMK Selangor menolak politik sentimen dan kebencian dan yakin bahawa rakyat kini adalah mereka yang matang serta memiliki pengetahuan di hujung jari. Maklumat adalah satu privileges bagi rakyat, dan mereka akan pantas mengetahui politik mainan MCA BN ini adalah politik murahan yang dimainkan oleh mereka yang mempunyai pemikiran kurang bijak.


AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit