Tali Barut atau pengkhianat sudah tentu ia membawa kepada konotasi
negatif. Tali Barut ini juga bersifat subjektif iaitu di mana pelabel
itu berada.
Beberapa hari lepas sebuah organisasi yang berselindung atas nama NGO
telah melabel Pegawai Kerajaan yang membocorkan maklumat rasuah dan
penyelewengan sebagai tali barut.
Ini satu penghinaan. Ini juga boleh
disesuaikan sebagai contoh sekumpulan penyamun yang melabel ahli
kumpulan mereka sebagai tali barut kerana membocorkan maklumat samunan
mereka.
Tanpa menafikan bahawa sememangnya wujud kakitangan awam yang
membocorkan maklumat penyelewengan kepada perbagai pihak, malah
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sendiri dalam banyak keadaan
berurusan dengan ramai pegawai kerajaan dalam usaha membongkar
penyelewengan dalam negara.
Namun adakah mereka yang membocorkan maklumat penyelewengan ini wajar
digelar tali barut? Seharusnya mereka digelar ‘hero rakyat’. Contohnya
pegawai kastam yang membekalkan fail kemasukan cincin RM24.45 juta (yang
telah dibongkarkan sebahagianya) dan banyak lagi barang mewah berkaitan
Rosmah (yang fail-fail ini masih tersimpan), adakah ia wajar dilabel
tali barut?.
Pegawai Kerajaan itu sendiri tidak tahan melihat bagaimana pemimpin
negara yang kononnya bersifat ‘wasatiyah’ namun sangat membazir bermewah
ketika majoriti rakyat sangat susah. Ini sesuai dengan amanah mereka
menjaga negara.
Menuduh ‘pembongkar maklumat penyelewengan’ menerima habuan ialah
satu tindakan tidak bertanggungjawab. Pegawai kerajaan yang mendedah
maklumat penyelewengan ialah antara mereka yang sedar dan insaf betapa
negara ini perlu diselamatkan. Mana mungkin mereka juga punya sikap
seperti koruptor yang dibongkar mereka? Usaha melebel mereka menerima
habuan hanyalah usaha menyelamat regim yang dibongkar penyelewengan
mereka.
Pegawai Kerajaan yang tampil membekal maklumat penyelewengan ini
bukan sahaja mereka yang berani menyalur maklumat malah SAMM sendiri
pernah menerima sampul surat dokumen membongkar penyelewengan dengan
wang tunai RM500.00 .
Menurut pembekal maklumat tersebut gunakan wang
tersebut untuk duit minyak dan sebagainya untuk membongkar penyelewengan
dan menyelamatkan kepentingan rakyat dari diselewengkan.
Dalam isu pembelian kapal selam contohnya SAMM yakin mana mungkin
pegawai kerajaan semuanya diam apabila ia melibatkan pembaziran wang
rakyat bukan itu saja lebih serius ia melibatkan penjualan maklumat
ketenteraan negara kepada pihak asing.
Jangan terkejut dalam perbagai agensi kerajaan sudah ramai pegawai
tinggi yang sudah sedar dan mula tampil ke depan. Ini juga hasil dari
kesedaran bahawa perubahan tampuk pemerintahan mungkin terjadi. Hanya
wujud segelintir pegawai yang masih bersungguh – sungguh mempertahankan
korupsi dan penyelewengan yang wujud di atas kepentingan tertentu.
Kepada semua pegawai kerajaan SAMM menyeru, bangkit dan tampillah
dengan berani. Sama ada terang – terang atau menyembunyi identiti
bersama dengan gelombang rakyat membongkar penyelewengan dan
menyelamatkan negara ini. Sedarlah bahawa jasad kerajaan itu yang
sebenarnya perlu diselamatkan, bukan parti politik atau individu
tertentu.
Mempertahankan kerajaan ialah mempertahankan kepentingan rakyat dan
negara tercinta.
Di depan kamu ada pilihan jelas ikut jalan yang rutin
melindungi semua aktiviti memusnahkan negara atau buat jalan sendiri
seterusnya menyelamatkan negara dan akan dikenang dalam sejarah anak
cucu sebagai hero rakyat yang sebenar.
Badrul Hisham Shaharin @ CheGuBard
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.