Apakah Sekali Lagi Kerajaan Pulau Pinang Akan Dituduh Anti Islam Kerana Isu Ini?.

| comments

Gara- gara tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) mahu kerja-kerja pembinaan sebuah tandas di atas tanah kubur di Masjid Jamek Kota Aur, Penaga di sini dihentikan sementara bagi membolehkan pihaknya merujuk kes itu kepada Jabatan Mufti Negeri. kerajaan Pulau Pinang mungkin akan dituduh sekali lagi sebagai Anti islam oleh pencacai umno.
   

Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata JHEAIPP menerima aduan rasmi daripada anak kariah berhubung perkara itu pada Khamis lepas dan pegawainya telah membuat tinjauan untuk melihat projek berkenaan.
  
"Pada 5 Oktober lepas, JHEAIPP juga telah bertemu dengan anak-anak kariah masjid berkenaan dan dari maklum balas yang kita terima, mereka tidak bersetuju dengan projek berkenaan diteruskan.

"Sama ada projek ini akan diteruskan atau diberhentikan ia bergantung kepada keputusan dan nasihat daripada Jabatan Mufti dalam kadar segera,
" katanya dalam satu kenyataan di Kepala Batas hari ini.
  
Sebuah akhbar hari ini melaporkan penjelasan imam Masjid Jamek Kota Aur, Mohd Saidi Omar berhubung pembinaan tandas di atas tapak kubur di perkarangan masjid berkenaan yang mendapat rungutan penduduk setempat.
  
Beliau dilaporkan berkata pihaknya hanya akan menghentikan pembinaan itu jika mendapat arahan pejabat mufti negeri dan jika tiada, kerja-kerja pembinaan tandas itu akan tetap diteruskan.

Sementara itu, Pengerusi Kariah masjid berkenaan Datuk Ismail Omar berkata sepatutnya penduduk yang tidak berpuas hati dengan pembinaan tandas berkenaan berjumpa dengannya atau pihak pentadbir masjid terlebih dahulu untuk mendapat penerangan.
  
"Sebelum ini, kita telah buat perbincangan dan memberi penjelasan kepada penduduk kampung dan tiada sebarang bantahan, tiba-tiba ada pula yang masih tidak berpuas hati," katanya.

Baiklah, kita serahkan perkara ni pada yang benar-benar arif, "tukanglawan" tak pandai tentang hukum nei, tapi setahu "tukanglawan" kita ditegah memijak kubur yang didalamnya tersimpan jasad yang telah dikebumikan dengan sengaja, kerana itu isu tandas ini perlu diberi perhatian oleh mufti yang arif dalam selok belok ini.

Jangan sampai nanti ada pulak orang umno kata kerajaan Pulau pinang Anti Islam pulak, kerana isu pembinaan tandas di atas tanah perkuburan.... kah..kah..kah 


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit