Setelah
kita bersama dalam himpunan BERSIH 3.0 yang lalu, pelbagai alasan dan
dolak-dalik diberi oleh SPR untuk tidak melaksanakan lapan
tuntutan tersebut, sekaligus memberi persepsi Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) seakan-akan tiada kemahuan untuk melaksanakan reformasi sistem
pilihan raya.
Jesteru
itu seluruh rakyat dijemput hadir beramai-ramai ke Konsert Bersih 8
Tuntutan (8T), Sabtu ini, bagi meneruskan tuntutan 8 tuntutan BERSIH.
Konsert itu dijadual bermula 4.00 petang hingga 11.30 malam di Stadium Kelana Jaya dan masuk dengan derma minimum.
Antara artis-artis yang akan mengambil bahagian dalam Konsert 8T itu
ialah Ito Mohd atau lebih dikenali dengan nama besarnya – Ito Blues
Geng, Julian Mokhtar and The Geng, Republic of Brickfields, kumpulan Dum
Dum Tak, kumpulan Hui Se De Dai dan Ray Cheong.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 juga akan mendendangkan satu
lagu istimewa. Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang juga Pengerusi
Bersama Bersih 2.0 turut membaca sebuah sajak khusus untuk konsert ini.
Konsert ini adalah untuk bersantai, bergembira sambil mengingatkan
pemimpin kerajaan tentang tanggungjawab yang mendesak agar mereka
melakukan reformasi penambahbaik sistem pilihan raya.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.