Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) ingin memberi respon balas ke
atas jawapan bertulis Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohamed Nazri Aziz kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berhubung
penyeludupan wang sejumlah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah,
Datuk Seri Musa Aman.
Kenyataan
Nazri bahawa wang berjumlah RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia
melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya
kepada Musa adalah satu kenyataan yang sangat mengejutkan dan membuka
ruang spekulasi yang lebih besar.
Dua persoalan besar timbul hasil kenyataan Nazri ini:
(i) atas kapasiti apakah Umno menerima sumbangan yang sangat besar jumlahnya dan diragui status serta sumbernya?
(ii) apakah wujud kemungkinan bahawa ia juga merupakan dana asing untuk membantu Umno mempertahankan Sabah yang kian ‘tidak selamat’ selaku status ‘fixed deposit’ Umno?
AMK turut mempersoal atas kapasiti perundangan manakah yang
membenarkan mana-mana parti menerima sumbangan, khususnya dalam jumlah
yang sangat besar mencecah puluhan juta ringgit tanpa melalui transaksi
yang sah? Sekiranya ia bukan berbentuk sumbangan, timbul pula persoalan
baru bagaimana Umno Sabah boleh mempunyai wang sedemikian besar
jumlahnya.
Terdahulu AMK telah melakukan pelbagai inisiatif untuk memastikan kes
ini disiasat sewajarnya, termasuklah ke Hong Kong pada tahun 2009 untuk
bertemu dengan Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong
Kong.
Dengan penutupan kes ini oleh SPRM, nyata sekali ianya mencetuskan
kekecewaan yang besar di sebalik omongan kosong kerajaan untuk
membanteras rasuah.
Memperlihatkan kepada merit kes ini melibatkan keselamatan negara,
sehubungan itu AMK mencabar Peguam Negara serta Ketua Pesuruhjaya SPRM
untuk mendedahkan kertas siasatan SPRM dan juga komunikasi di antara
SPRM serta ICAC berhubung kes ini.
Buat Musa Aman khasnya, sila dedahkan dimanakah punca dan sumber wang
sejumlah RM40 juta tersebut sekiranya ia benar-benar ‘sumbangan tulus
ikhlas’ buat Umno Sabah. Dan beban pembuktian juga harus dipikul Musa
untuk menyatakan apakah ini berkaitan atau tidak dengan pendirian
kerajaan Switzerland yang menyatakan kesediaan untuk membekukan aset
beliau di Switzerland berikutan dakwaan penyeludupan wang sejumlah US$90
juta yang melibatkan beliau.
AMK tidak melihat ada keperluan untuk kerajaan berlengah berhubung
isu ini. Di sebalik manipulasi media kononnya KEADILAN menerima dana
asing yang jelas sekali satu fitnah, Umno disaran jangan ibarat meludah
ke langit yang kelak terkena muka mereka sendiri.
Shamsul Iskandar Mohd Akin,
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
+ comments + 1 comments
sedangkan badan pencegah jenayah yg terkenal spt icac & pihak berkuasa swiss pun bolih buang kes ini, apatah lagi sprm kerana sbb yg nyata iaitu x ada bukti? jgn nak tegakkan benang yg basah la...musa aman x bersalah...
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.