Ada Usaha Tutup Penglibatan Najib Dalam Skandal Scorpene

| comments

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin percaya, dakwaan mengatakan tiada perbicaraan di Perancis bertujuan untuk menutup penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Kalau betul dakwaan pendakwa Perancis itu, kenapa Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor melantik peguam Umno, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April lalu didakwa melibatkan skandal Scorpene.

“Atas kapasiti apa beliau ke sana, sedangkan kerajaan ada kumpulan peguam sendiri. Ini yang menambahkan kemusykilan,” katanya ketika dihubungi.

Pendakwa Perancis, Yves Charpenel mendakwa tiada perbicaraan kes Scorpene di Perancis seperti dihebohkan media, tetapi memberitahu semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.

Shamsul menyifatkan kenyataan itu mengelirukan, malah gagal meyakinkan rakyat bahawa Najib tidak terlibat dalam skandal itu.
Kes yang dikendalikan peguam Suaram di Perancis menuntut penjelasan berhubung penglibatan Najib, kalau beliau tidak terlibat kenapa William Bourdon dihantar pulang, sedangkan kedatangan beliau hanya untuk memberi taklimat. “Kenapa Najib takut sangat? Najib patut beri peluang kepada Bourdan sekurang-kurangnya untuk buktikan beliau tidak terlibat,” ujarnya lagi.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit