Memaparkan catatan dengan label Kempen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kempen. Papar semua catatan

6 kebaikan Harga Kereta Turun.

| comments

KEADILAN percaya dengan harga kereta yang murah:

-   Beban hutang isi rumah rakyat akan diringankan dan wang lebihan boleh digunakan untuk pelaburan lain yang lebih penting seperti rumah, pendidikan, kesihatan dan lain-lain;

-    Liberalisasi pasaran kenderaan di Malaysia memaksa kerajaan meningkatkan kapasiti dan mutu pengangkutan awam di negara ini bagi mengimbangi risiko kesesakan jalan raya;

-   Harga kereta yang lebih murah memungkinkan dasar tempoh umur kereta (car scrap policy) dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah kenderaan persendirian yang telah mencecah 10 juta;

-    Harga kereta yang lebih murah membolehkan rakyat memiliki kereta yang lebih berkualiti dan selamat, seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya;

-    Kereta yang lebih berkualiti dan berteknologi hijau mampu dimiliki rakyat dan mengurangkan pencemaran alam sekitar; dan

-   Lebih banyak kereta berteknologi hijau dan lebih berkualiti akan mengurangkan penggunaan petrol dan seterusnya mengurangkan beban subsidi bahan api negara.

Ada 2-3 orang pemimpin umno kata kalau harga kereta murah nanti negara bangkrap.. bagi tau la alasan, nak juga tau... takkan selamanya pakcik felda nak bawak kancil kot, xciden leper terus. ke nak bawak proton BLM baru syok jalan jauh.. sakit pinggang ooo. kah..kah..kah

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Rafizi Ajak Khairi Naik Kereta Edar Stiker.

| comments

Khairy Jamaluddin yang kalah berdebat dengan Rafizi hari tu pernah menyifatkan Kempen PKR dan Rafizi khasnya yang mendesak harga kereta diturunkan boleh menyebabkan negara muflis.

La, macam mana pulak negara boleh muflis, rakyat beli kereta dengan harga murah boleh buat negara muflis ke?,, berapa banyak cukai yang kerajaan punggut dari setiap harga kereta.. banyak ke? ala.. takkan dengan rakyat nak berkira... takkan la dengan rakyat kerajaan nak meniaga.

Agaknya Khairi tak paham kenapa PKR dan Rafizi bersungguh sangat nak harga kereta diturunkan, elok la si Khairi ni ikut berjemur edar stiker, sekali sekala apa salahnya kan, rafizi pun dah pelawa tu.

Saya mengalu-alukan Khairy untuk turut serta bersama-sama mempromosikan kempen #turunkanhargakereta dengan menaiki kereta rasmi Cheapmobile ke tempat-tempat strategik di sekitar Kuala Lumpur dan mengedarkan pelekat kereta,” kata Rafizi.

Masalahnya nak ke Khairi join kempen turunkan harga kereta?.. ala.. sesekali. rasa la pulak apa yang pakatan perjuangkan kan.

Agak-agak dia sanggup tak.. kah..kah..kah

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kempen Turunkan Harga Kereta Dapat Sambutan Hebat.

| comments (1)

Kempen ‘Turunkan Harga Kereta’ akan menjadi buah mulut di seluruh negara sepanjang sambutan Aidilfitri, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Reaksi orang ramai, semuanya bersetuju. Kami yakin, kempen bakal  menjadi isu yang merentasi sempadan kaum, agama dan latar ekonomi.

Habis cuti, isu ini akan merebak lebih cepat. Kita akan buat forum seluruh negara untuk terangkan perincian dan edar pelekat kereta di lokasi tumpuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengedar kira-kira 20,000 pelekat ‘Turunkan Harga Kereta’ kepada pemandu di plaza tol Gombak dan Jalan Duta.


Turut sama membuat edaran ialah Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Timbalan Pengarah Biro Penerangan, Sim Tze Tsin dan penyanyi popular era 90-an, Dayangku Intan.

Kehadiran mereka menarik perhatian ribuan pemandu kenderaan yang dalam perjalanan pulang berhari raya. Mereka membunyikan hon dan menunjukkan isyarat ‘bagus’ sebagai reaksi.

Malah, beberapa petugas tol Jalan Duta dan polis bantuan PLUS yang berada di lokasi turut meminta pelekat itu.

Pengarah Biro Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, pula terpaksa mengambil masa lebih 30 minit untuk memandu kereta Proton Tiara – kenderaan rasmi kempen ‘Turunkan Harga Kereta’ dari ibu pejabat parti menuju plaza tol Jalan Duta.

Kenderaan  ini yang dipandu kebanyakan rakyat. Ini pengalaman bawa kereta kebangsaan yang tak dirasai pemimpin Umno BN,” katanya.

Beliau menggalakkan orang ramai mengambil logo kempen dan ubah semula untuk dicetak sebagai t-shirt, pelekat kereta dan sebagainya.

Tiada hak cipta. Boleh muat turun. Buat inisiatif masing-masing. Mereka untuk teruskan kempen ini. Kami alu-alukan,” katanya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Apakah Semua Tahanan ISA Akan Dibebaskan Menjelang Raya?

| comments

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, setakat ini tiada sebarang petunjuk tahanan akan dibebaskan menjelang Aidilfitri.

Masih belum wujud tanda-tanda 45 tahanan akan dibebaskan sebelum hari raya yang semakin hampir.

“Biasanya ini merupakan ‘trend’ kerajaan dan mereka akan bebaskan dua atau tiga orang sebelum raya, tapi sehingga sekarang masih belum ada perkembangan yang diperolehi,” kata Syed Ibrahim ketika dihubungi.

Bagaimanapun katanya, GMI akan menumpu perhatian terhadap keluarga tahanan bagi meringankan beban mereka tanpa suami di sisi.

Fokus kami sekarang lebih kepada membantu dari segi kebajikan isteri dan keluarga tahanan,” katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ibrahim memberitahu, kempen Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA akan dilanjutkan sehingga hujung September ini berikutan sambutan perlahan orang ramai.

Kita terpaksa melanjutkan pemberian kad ucapan hari raya kepada tahanan memandangkan kempen kurang memberangsangkan dan agak perlahan.

“Kita akan gunakan pendekatan lain, seperti E-Kad pula yang lebih memudahkan orang ramai menyampaikan ucapan untuk para tahanan dan berkolaborasi dengan parti politik,” jelas beliau.

Kempen Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA dilancarkan oleh GMI 15 Julai lalu bertujuan meneruskan momentum kesedaran rakyat mengenai isu 45 baki tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang belum dibebas.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kereta Kempen Turunkan Harga Kereta Dilancarkan.

| comments

Sebuah kereta Proton Tiara berusia 15 tahun yang menjadi kereta rasmi program jelajah sumbangan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin akan digunakan untuk kempen ‘Turunkan Harga Kereta’ dalam usaha menerangkan kepada rakyat berhubung mekanisme menurunkan harga kereta.

Sementara itu sebanyak 50,000 keping pelekat kempen itu yang tidak mempamerkan sebarang unsur politik akan mula diedarkan dalam pada jelajah pertama pada Jumaat ini di Plaza Tol Jalan Duta dan Karak, manakala Sabtu di Plaza Tol Sungai Besi, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad

Bermula 2 September, forum ‘Turunkan Harga Kereta’ di sekitar Lembah Klang termasuk Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat turut diadakan

Kempen ini dibuat sempena balik kampung. Kita akan ke tempat awam dan kempen ini akan menjadi gelombang besar selepas hari raya,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Jadi apa tunggu lagi, dapatkan segera pelekat kampen ini segera sebelum habis.





Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit