Kempen Turunkan Harga Kereta Dapat Sambutan Hebat.

| comments (1)

Kempen ‘Turunkan Harga Kereta’ akan menjadi buah mulut di seluruh negara sepanjang sambutan Aidilfitri, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Reaksi orang ramai, semuanya bersetuju. Kami yakin, kempen bakal  menjadi isu yang merentasi sempadan kaum, agama dan latar ekonomi.

Habis cuti, isu ini akan merebak lebih cepat. Kita akan buat forum seluruh negara untuk terangkan perincian dan edar pelekat kereta di lokasi tumpuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengedar kira-kira 20,000 pelekat ‘Turunkan Harga Kereta’ kepada pemandu di plaza tol Gombak dan Jalan Duta.


Turut sama membuat edaran ialah Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Timbalan Pengarah Biro Penerangan, Sim Tze Tsin dan penyanyi popular era 90-an, Dayangku Intan.

Kehadiran mereka menarik perhatian ribuan pemandu kenderaan yang dalam perjalanan pulang berhari raya. Mereka membunyikan hon dan menunjukkan isyarat ‘bagus’ sebagai reaksi.

Malah, beberapa petugas tol Jalan Duta dan polis bantuan PLUS yang berada di lokasi turut meminta pelekat itu.

Pengarah Biro Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, pula terpaksa mengambil masa lebih 30 minit untuk memandu kereta Proton Tiara – kenderaan rasmi kempen ‘Turunkan Harga Kereta’ dari ibu pejabat parti menuju plaza tol Jalan Duta.

Kenderaan  ini yang dipandu kebanyakan rakyat. Ini pengalaman bawa kereta kebangsaan yang tak dirasai pemimpin Umno BN,” katanya.

Beliau menggalakkan orang ramai mengambil logo kempen dan ubah semula untuk dicetak sebagai t-shirt, pelekat kereta dan sebagainya.

Tiada hak cipta. Boleh muat turun. Buat inisiatif masing-masing. Mereka untuk teruskan kempen ini. Kami alu-alukan,” katanya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

+ comments + 1 comments

fuel cell phone
24 Ogos 2012 pada 10:48 PG

Sy sgt bersetuju dgn cadangan menurunkan harga kereta lebih-lebih lagi kereta buatan tempatan. Mungkin PKR sekadar berkempen utk meraih undi, harapan agar kerajaan sedia ada turut prihatin dan mengambil inisiatif.

Sebagai contoh, bagi yang berpendapatan bersih RM 1000 sebulan (belum kira 2.2 juta rakyat yang bergaji kasar/pokok bawah RM 1000, sumber http://www.bharian.com.my/articles/2_2jutapekerjabergajirendah/Article/):
Viva 660 BX (RM 25312.15, manual, xder radio)
= RM 277.37 sebulan (pinjaman 90%, bunga 3.5%, 9 tahun)
= 28% daripada pendapatan bersih

Andaikan cukai eksais dikurangkan drpd 75% ke 45% + 10% cukai jualan:
Viva 660 BX (RM 21207.48, manual, xder radio)
= RM 232.40 sebulan (pinjaman 90%, bunga 3.5%, 9 tahun)
= 23% daripada pendapatan bersih

Andaikan cukai eksais dikurangkan drpd 75% ke 15% + 10% cukai jualan:
Viva 660 BX (RM 17102.81, manual, xder radio)
= RM 187.41 sebulan (pinjaman 90%, bunga 3.5%, 9 tahun)
= 19% daripada pendapatan bersih

Mereka yang tergolong dalam kategori di atas membeli kereta sudah pasti sbg satu keperluan (menghantar anak-anak ke sklh, pulang ke kpg), jauh sekali utk bermewah2. Sekurang2nya pengurangan cukai eksais dapat mengurangkan beban isi hutang bulanan, yg boleh digunakan untuk keperluan lain, menanmbahbaik kualiti hidup mahupun menyimpan sedikit untuk waktu2 kecemasan.

Bagi yang berfikir harga kereta murah hanya menambah kesesakan, ingatlah x semua rakyat malaysia duduk di bandar2 besar sprt KL, Penang, JB. Sekurang2nya di KL ada pelbagai kemudahan pengangkutan awam sbg pilihan, itupun masih belum efisen dan menyeluruh, menyebabkan ramai yang terpaksa beli/guna kenderaan persendirian.

Selain pengurangan cukai untuk kereta jenis ekonomi/tempatan, harap kurangkan sedikit (cth: cukai eksais 80% kpd 30% + cukai jualan + duti impot) bagi kereta jenis impot sederhana (kurang daripada 2000 cc). Sekurang2nya golongan pertengahan akan mampu memiliki kereta yang lebih berkualiti, secara tidak langsung memberikan cabaran/saingan kpd Proton utk menambahbaik kualiti kereta) yang sudah lebih 20 thn dalam zon selesa.

Cumanya, bg kereta jenis mewah (BMW, Mercedes, Audi) n berkuasa tinggi (Ferrari, Lamborghini, Porsche), dikekalkan pd kadar cukai skrg atau boleh dinaikkan lagi untuk menampung pengurangan cukai kereta jenis ekonomi/tempatan/sederhana. Pastinya, golongan2 elit ini, yang pastinya duit sampai tak tahu nak buat apa, sentiasa mampu dan akan terus membeli kereta mewah/berkuasa tinggi demi menunjukkan/menjaga status mereka.

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit