Memaparkan catatan dengan label Felda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Felda. Papar semua catatan

Saham Felda Jatuh, Eloklah Isa Samad Letak Jawatan.

| comments

Saham FGVH terus merosot ketika diniagakan , Semalam pada pukul 10.46 saham felda itu jatuh ke paras terendah RM4.53 sebelum kembali naik pada sesi penutup tengah hari.

 Saham itu memang dari awal dijangka akan jatuh, dengan  ‘paksa’ menggunakan tanah-tanah peneroka sebagai modal,saham itu hanya gah pada permulaan saja, kemudian terus jatuh merudum tak naik-naik.

Mungkin ramai yang tak sedar sebenarnya, jika nilai saham itu jatuh ke paras RM4.78 peneroka sebenarnya sudah menangggung rugi setelah ditolak interest dan bayaran kepada bank. apatah lagi jika harga tersebut jatuh ke paras RM4.61 bermakna ia sudah jauh jatuh.

Mengapa Saham itu boleh jatuh mendadak dan kini boleh dianggap merugikan peneroka?

Ini kerana pihak pelabur melihat penyenaraian FGVH ini lebih kepada tujuan meraih untung jangka pendek untuk individu atau golongan tertentu. 

Pihak yang berkepentingan menjual saham sebaik sahaja harga naik. Oleh itu, pelabur jangka panjang enggan terus melabur atau menambah pelaburan.

Kini setelah jatuh merudum, isa samad harus mengakui kegagalannya, mintak maaf pada peneroka dan elok letak saja jawatan, nasib peneroka dijadikan taruhan, ini bukan soal lumrah melabur tanggung kerugian, ini sekarang sudah soal harta dan tanah peneroka yang "diperjudikan" oleh isa samad secara paksa.





Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

GEMPAR !!!! Peneroka Harap Durian Runtuh, Tapi Terima Malapetaka.

| comments

Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa pemegang saham FGVH berdepan dengan kerugian apabila harga saham itu terus mengalami kejatuhan di mana terkini tercatat pada harga RM4.61.

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata,  maklumat yang diperolehi daripada pihak bank mengatakan jika harga saham jatuh pada harga RM4.78 pun pemegang saham sudah kerugian.

"Kalau ditolak dengan interest, bayaran kepada bank jelas pemegang saham atau peneroka sudah rugi. Kalau harga hari ini RM4.61 bermakna ia sudah jauh jatuh, sudah negatif," katanya

Walaupun katanya, peneroka diberi skim membayar RM50 sebulan kepada bank hakikatnya peneroka berdepan dengan penambahan hutang termasuklah interest serta hutang yang lain.

"RM50, berapa lama kena bayar untuk 800 unit saham? Dalam RM3600 lebih sedangkan pada waktu ini peneroka sudah terbeban dengan pelbagai potongan seperti tanaman semula, penyelenggaran ladang, hutang baja perumahan dan macam-macam lagi. Bertambah lagi beban mereka," katanya semasa dihubungi.

"Di waktu peneroka dibuai perasaan susah, pemimpin masih memberi pengharapan kononya suasana ini hanya sementara, sambil memujuk supaya mereka bersabar," katanya yang menyifatkan peneroka bukan menikmati durian runtuh tetapi sedang menghadapi malapetaka.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kroni Diutamakan, Peneroka Felda Diperbodohkan, Itulah Sikap umno.

| comments

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh ketika perbahasan di Parlimen hari ini mendedahkan terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham FGVH walaupun tiada kena mengena dengan pembangunan Felda.

Sementara itu Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mahu kerajaan membuat siasatan menyeluruh dan mendalam tentang pengagihan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH). 

Ia bukan soal Sabah atau di mana-mana, ia soal ketelusan,” kata Ahli Parlimen Batu itu.

Saya turut terkejut dengan kenyataan Ghapur itu, jelas ada pilih kasih dalam pengagihan tersebut.,Justeru, kita juga perlu siasat di Semenanjung Malaysiaa sama ada perkara yang sama turut berlaku,” katanya.

Tengoklah Saham Felda ni dah dibuat maca harta mak bapak depa, suka-suka beri 1 juta unit saham pada yang diorang suka, sedangkan pakcik felda yang berhempas pulas dari muda sampai ke tua hanya dapat 800 unit saham felda yang dah nak lingkup tu.

Patut la asyik turun je, niat tak jujur, kroni diutamakan, peneroka felda diperbodohkan.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Gempar Macam Tak Percaya, Saham Felda Naik La

| comments

"tukanglawan" ada siar artikel pasal felda yang memetik kata-kata isa samad yang sebut Penurunan harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) hanyalah bersifat sementara.

isa Samad kata lagi harga saham tu dijangka meningkat semula dalam tempoh " terdekat" ( baca sini ) berikutan komoditi kelapa sawit yang sentiasa mendapat permintaan tinggi oleh pengguna.

Kah..kah..kah, dalam tempoh terdekat tu dah berapa lama dah nei, kenyataan isa samad kononnya saham felda tu akan naik dia buat masa sambutan rumah terbuka raya puasa yang lepas, tak nampak pun naik, makin turun ada lah, yang naik sekarang darah peneroka.

Ada yang naik darah sampai pengsan-pengsan tengok graf saham felda nei.

Mungkin isa samad pandang saham felda ni terbalik, sebab tu dia kata akan naik, kah..kah..kah...



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Saham Felda, Isa Samad Buat Kelakar Lagi.

| comments

Penurunan harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) hanyalah bersifat sementara kata Isa Samad.  

Kah..kah..kah, kalau tengok graf dekat bawah nei takde la sementara pun. graf kat bawah nei menceritakan harga saham felda tu "naik sementara" je sebelum mejunam dengan konsisten dan bergaya sekali.


isa Samad kata lagi harga saham tu dijangka meningkat semula dalam tempoh terdekat berikutan komoditi kelapa sawit yang sentiasa mendapat permintaan tinggi oleh pengguna,

Camne isa samad leh tahu nak meningkat tak lama lagi, nak pump pakai duit mana pulak tu... kah..kah..kah.

Dan yang paling best isa samad kata "Ketika saham ini mula disenaraikan di Bursa Malaysia beberapa bulan yang lalu, harganya sudah meningkat dan memberi keuntungan besar kepada pemegang sahamnya"  nak tanya ni besar mana keuntungan tu?, kalau setakat peneroka dapat 800 unit takde la besar mana... tak tau la kalau bekas menteri dapat ratus ribu unit... itu baru la untung besar... ye tak..

Jom tanya peneroka felda.. berapa ratus ribu dah diorang dapat dari "untung besar" saham ni?, kah..kah..kah


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit