Memaparkan catatan dengan label BERSIH kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERSIH kerajaan. Papar semua catatan

CATITAN KANTOI MUKA SPECIAL BRANCH DI PADANG MERBOK!

| comments


Semalam ada sekumpulan anak muda ala anarkis berpakaian hitam menolak event ceramah yang  geng  PR adakan.

Apa yang mereka lakukan adalah menyanyi, bercakap, merintih dan menyampakan idealisme tersendiri.


Ini contoh idea yang dibawa oleh anak muda yang membangsatkan SPR ini.

Mereka membawa lagu-lagu seperti 'di mana dia abang SB saya", "SPR bangsat", "Taknak ceramah" dan lain-lain.


Ada sorang mamat kelam-kabut sibuk nak provok itu ini. Orang cerita pasal SPR, dia tiba-tiba hidup pas, hidup pas, BN lancau, BN sial. Hidup selangorkini la.

Kalau korang faham politik, mula-mula tengok korang akan rasa 'apa benda la mamat ni'?

Rupanya kantoi bila ternampak dia sedang berurusan dengan Polis masa berlaku pergelutan antara anak muda dan DBKL.

Ini muka mamat ni, sila perhati dan kalau terjumpa tolong kirim salam.

 Tengok betul-betul, yang berbaju Selangorkini, bermafla PAS dan memegang kamera. Ada bag kecil warna merah.


Lepas tu, akhir event selepas geng PR habis ceramah ramai yang mengerumuni khemah anak muda ala anarkis tu. 

Ramai yang tanya apa yang tanya tentang idea menarik ni. Mungkin ini pasal Malaysia belum capai tahap faham tentang Gerakan Masyarakat Sivil lagi.

Jadi, tiba-tiba ada sorang mamat kata kalau berani sangat angkat sejata pergi syiria lepas anak muda menerangkan idealisme yang mereka bawa.

Lepas tu mamat ni mengamuk, apa yang kami pelik dia cerita dia berjuang, anak miskin anak penoreh getah dan paling menakjubkan dia kata dia "ANAK BALING" Then, katanya perjuangan anak muda ini karut, mengarut, tak ikut jalan yang betul dan membuta-tuli. 

Katanya kalau ikut agenda parti ikut la cara yang elok.

Kah Kah Kah

"ANAK BALING" yang berjuangn ikut baling tak faham konsep non partisan? Betul ke bang? 

Tapi, macam mana "ANAK BALING" tak sokong gerakan non partisan?

Adakah anak muda ketika itu dah masuk PAS? adakah PKR dan ditubuhkan? 

Kantoi beb!

Kah Kah Kah!


TENGOK MAMAT BERKACA MATA!

ANAK MUDA JANGAN TAKUT MELAWAN!

PULANG BILA MENANG!

LAGI KENYATAAN MENGHASUT http://tulisananakmudamalaya.blogspot.com


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Awas UmnoApco sedang menjual negara..

| comments



Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan pihak mereka telah mendaftar hampir 100,000 warga asing sebagai warga negara segaligus sebagai pengundi (belum lagi yang baru diambil butir diri mereka) merupakan tindakan bahaya kerana ia dilihat sebagai mengadai dan menjual negara sendiri.

“Kalau di Singapura, kerajaan negara itu menapis terlebih dahulu mengikut kehebatan mereka khususnya dari golongan professional contohnya sebagai ahli sukan. di negara kita ni semuanya pakai ambil tangkap muat saja tanpa mengenali status individu warga asing terbabit asalkan boleh jadi pengundi pada mereka, kerana ingin kekal memerintah negara, kerajaan sanggup berbuat demikian melalui JPN". Kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa


Beliau berkata demikian  ketika diminta mengulas berhubung SPR dan JPN yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan pelbagai pendedahan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat di seluruh negara berhubung pendaftaran warga asing sebagai pengundi, pertindihan kad pengenalan dan berbagai lagi.


Tegasnya, "kenapa tiba-tiba sahaja mereka telah difaftarkan sebagai warga negara dan terus sebagai pengundi sekiranya tidak ada pihak tertentu mengaturkan usaha itu."
Hasil maklumat yang diperolehi pihak tertentu menemui warga asing dari negara Bangladesh, China dan sebagainya dengan membawa borang untuk diisi sebagai warganegara tanpa menyelidiki latarbelakang golongan itu sama ada penjenayah atau sebaliknya.

Konspirasi itu begitu membahayakan dan rakyat Malaysia perlu membuat bantahan berhubung perkara itu kerana ianya merupakan tindakan bahaya.dan boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara pada masa akan datang., katanya lagi




"tukanglawan" ajak semua orang fikir sejenak, kita ambil satu contoh, mungkin bilangan warga asing yang mendapat kerakyatan lebih tinggi dikalangan wanita, kerana ada "awek-awek indon" yang masuk ke negara ini bukan berniat untuk sekadar "cari makan," ada juga yang berniat untuk "mencari laki" untuk jadi "orang malaysia" mereka berkahwin dengan warga tempatan, lalu dijadikan warganegara (semudah itu)

Berapa banyak pula awek-awek Indon yang jadi punca keretakan rumah tangga, kerana si "suami" ramai yang hanyut digoda golongan ini, dan ramai lagi menjadi "lauk" lelaki-lelaki kesunyian yang mahu "menyimpan" wanita,

Itu belum lagi kes nepal bergaduh rebut perempuan, bangla menggoda isteri orang dan bermacam-macam lagi
tidakkah kebanjiran warga asing ini membawa permasalahan sosial?, namun kerajaan bermurah hati memberi mereka kewarganegaraan sesuka hati.(pastio ada agenda tersembunyi bukan)

Dan kalau JPN berani, beri la daftar mereka-mereka yang diberi kewarganegaraan itu, kerana rakyat semua mahu tahu, apa kerjaya dan sumbangan mereka, adakah mereka doktor  atau jurutera, adakah mereka Ahli sukan atau artis popular , atau adakah mereka hanya pekerja kilang, atau " perampas laki orang"



itu hanya satu contoh kecil, belum lagi contoh lain , soal peluang kerja, peluang meniaga dan lain-lain lagi, mereka datang untuk "jadi kaya" dan adakah mereka akan membiarkan sahaja peluang yang ada walaupun itu hak rakyat malaysia? fikirkanlah, ini negara kita,bukan negara kita.. JOM TUMBANG BN, SEBELUM NEGARA TERGADAI




@TUKANGLAWAN Mintak anda naik komuter atau bas, siapa lebih ramai, adakah anda dapat duduk atau tempat anda telah diambil bangla dan indon dan anda terpaksa berdiri?, fikirla dimana tempat anda ?.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"


Najib mintak rakyat berjimat kerana Rosmah

| comments



“Janganlah semudahnya rakyat dihidangkan dengan nasihat supaya berbelanja berhemah sebelum Najib mampu mengawal isterinya dari menjadi wanita ‘paling boros’ di abad ini,” kata Drs Khalil Idham Lim (gambar).


Beliau selaku Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Baru-baru ini yang memberi ingatan buat seluruh rakyat Malaysia muslim supaya berjimat cermat pada bulan Ramadhan ini.

“Najib nampaknya tidak henti-henti mahu perbodohkan rakyat dengan mengingatkan rakyat perlu berbelanja secara berhemah dan tidak melakukan pembaziran sepanjang menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.


“Pemberi nasihat jangan cuma pandai beri nasihat, namun dilihat dari amalannya jauh sekali seperti langit dengan bumi,Janganlah jadi macam ketam mengajar anaknya berjalan lurus dalam keadaan ia sendiri berjalan tidak betul,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong .

Sehubungan itu, beliau ingin mengajukan soalan kepada Perdana Menteri, jimatkah beliau jika bil elektrik rumahnya berjumlah lebih RM700,00 sehari dan bil air pula berjumlah lebih RM100,000 sehari.

“Bil yang saya maksudkan tadi ialah kos untuk biaya sehari bil elektrik dan air kediaman rasmi Perdana Menteri, kos tersebut seolah-olah tidak masuk akal kerana mustahil Perdana Menteri dan juga isteri tinggal dalam rumah selama 24 jam tanpa keluar,” ujar Adun Titi Serong itu lagi.

Sebelum ini, didedahkan juga bagaimana sikap boros yang ditunjukkan oleh isteri PM yang berbelanja boros dengan membeli cincin berharga jutaan ringgit, isteri perdana menteri itu juga meminta peruntukan lebih buat permata, kerana peruntukan sebelum ini telah habis diguna pakai tanpa laporan kewangan dikemukakan.


Justeru, beliau mengajak rakyat agar menyelamatkan Malaysia daripada cengkaman Umno BN yang kian ‘gila’ dengan wang rakyat dinikmati mengikut sesuka hati, disaat rakyat dicengkam dengan kos sara hidup yang semakin mencengkam.

“Beri undi kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 untuk mengubah Malaysia tercinta sebagai sebuah negara yang bebas daripada pemimpin korup dan boros berbelanja,” katanya lagi.


@TUKANGLAWAN Minta najib berjimat cikit, jangan sibuk habiskan duit rakyat,duit rakyat bukan duit kau.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Hishammuddin cuba gagalkan demontrasi BERSIH 2

| comments




Usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam disifatkan sebagai taktik kotor kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) untuk menggagalkan tujuan sebenar setiap demonstrasi tersebut khususnya yang melibatkan parti pembangkang.



Malah menurut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Kerajaan Persekutuan juga secara jelas khuatir setiap demonstrasi yang diadakan itu akan menggugat mereka sekali gus tidak membenarkan demonstrasi diadakan di jalanan.

"Bagi kita, kita yang mahu melakukan demonstrasi. Jika demonstrasi itu diadakan di dalam stadium sahaja ia jelas sangat jauh dan terpisah daripada orang awam maka setiap demonstrasi yang akan diadakan tidak akan tercapai matlamatnya." katanya.

Khalid Samad berkata demikian ketika di hubungi Tv Selangor bagi mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien bahawa pihaknya akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Simpang Pulai, Johor Bahru, semalam.

Hishammuddin berkata, menerusi kaedah itu soal keselamatan sepanjang demonstrasi yang berlangsung di stadium terbabit akan dipantau sepenuhnya oleh polis.

"Untuk tujuan itu (demonstrasi di stadium) kita akan pinda akta tertentu dan bawa ke Kabinet melalui Peguam Negara untuk kelulusan," katanya.


Hishammuddin berkata demikian sebagai respon kepada tindakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu yang merancang untuk mengadakan demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai depan.
 
Parti Pas merupakan antara penganjur Bersih selain PKR, DAP dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, yang pernah mengadakan demonstrasi di tempat-tempat awam dan jalanan sebelum ini.



Ujar Khalid Samad yang juga AJK PAS Pusat, tujuan utama sesebuah demonstrasi itu dianjurkan adalah untuk menarik perhatian masyarakat umum akan setiap perkara yang diutarakan, dan jika ia dibuat di dalam stadium maka suasana demonstrasi akan menjadi hambar yakni seperti menonton permainan bola sepak yang hanya boleh bersorak ketika pemain menjaringkan gol ke gawang pihak lawan.

Tegas Khalid lagi, setiap demonstrasi yang diadakan oleh rakyat semata-mata untuk menyuarakan rasa hati serta bantahan mengenai sesuatu perkara yang tidak mendapat persetujuan mereka dan bukan untuk membuat kecoh atau menimbulkan huru-hara seperti yang diputar-belitkan sesetengah media.

"Seharusnya kerajaan pusat tidak menolak hak rakyat untuk berkumpul dan mengadakan demonstrasi secara aman bagi menzahirkan bantahan mereka terhadap sesuatu tindakan pihak kerajaan di jalanraya."
ujarnya.
 
Bagaimanapun Khalid Samad berkata, beliau menyambut baik usul tersebut dan berharap kerajaan benar-benar akan menggunapakai amalan sistem demokrasi mengikut aturan parlimen dan bukannya menyekat hak dan kebebasan rakyat di Malaysia.

"Walaupun ini merupakan satu peningkatan dari segi amalan demokrasi di Malaysia, namun kerajaan perlu pastikan ia benar-benar dilaksanakan dan bukannya hangat-hangat 'tahi ayam' kerana sebelum ini di stadium juga tidak dibenarkan.Bagaimanapun tunjuk perasaan ini mesti dibenarkan di tempat awam juga."katanya.
@TUKANGLAWAN Nak bagitahu pada menteri keris ini, sudah-sudahlah cium keris tu, ia tidak melambangkan semangat keperwiraan pun, zaman sekarang keris hanya tersemat di pinggang pengantin, zaman sekarang orang sudah guna senjata api, nama saja menteri, tapi bodoh sekali, kalau berani biarkan lah himpunan ini dijalankan tanpa gangguan dan campur tangan umno(United malay no otak).
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit