Memaparkan catatan dengan label Akta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akta. Papar semua catatan

100 Peguam untuk Bantu Lawan Saman AES

| comments (2)

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini menyeru orang ramai tidak membayar saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), sebaliknya hadir mempertahankan diri di mahkamah.
Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE) itu berkata, pihaknya sudah menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu orang ramai yang menjadi mangsa sistem pemantauan trafik itu, lapor Harakahdaily.


"Kerajaan perlu tarik balik saman yang telah dikeluarkan sejak 13 Oktober 2012.

"Jika kerajaan enggan berbuat demikian saya seru mereka yang sudah menerima saman AES untuk tidak membuat bayaran kompaun sebanyak RM300 itu, ikut arahan yang tertera di kertas saman untuk pergi ke mahkamah dan KASE sedia beberapa orang peguam untuk bantu dalam kes ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Ahli parlimen Pokok Sena itu turut berkata, saman yang dikeluarkan mengelirukan apabila terdapat saman yang diterima menggunakan seksyen79(2) tetapi kesalahan dinyatakan sebagai melebihi had laju.
"Seksyen ini bukan berkaitan had laju tetapi pelanggaran arahan dan isyarat lalu lintas. Di kertas saman itu juga tertera kompaun minima adalah RM300, tetapi sebenarnya adalah tidak melebihi RM500.

"Mengikut seksyen ini juga pengguna jalan raya boleh menggunakan budi bicara mahkamah yang mana kemungkinan kompaun itu boleh dikurangkan menjadi RM50 atau boleh dibebaskan dengan amaran. Saman ini celaru dan keliru, oleh itu jangan bayar kita sedia peguam," beliau dipetik sebagai berkata.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kelab Mahasiswa PERKASA UiTM ?

| comments (2)

Terima kasih saya ucapkan kepada respon kepada isu Persidangan Khas PERKASA di Universiti Teknologi MARA yang diadakan 21 Oktober yang lalu.

Pelbagai respon yang saya lihat, ada yang positif dan ada yang negatif. Ia bagus buat saya kerana apabila saya menulis sesuatu maka saya bersedia untuk dikritik. Dan itulah erti kebebasan bersuara dan berekspresi.

Kita masih belum mendapat respon daripada Naib Canselor UiTM berkenaan dengan kebenaran mengadakan persidangan di Dewan Agong Tunku Canselor. Justeru, saya ada beberapa lagi persoalan yang harus dijawab bagi pihak beliau.

Saya begitu musykil dengan kewujudan Kelab Mahasiswa PERKASA UiTM yang bergiat aktif di dalam kampus. Saya sedia maklum bahawa sebagai 'universiti melayu', perlu bagi UiTM untuk melahirkan lebih ramai pejuang bagi membela nasib orang melayu. Tetapi, adakah ini bertepatan dengan integriti universiti sebagai pusat melahirkan insan tetapi dalam masa yang sama berpura-pura dan 'cakap tak serupa bikin.'

Saya ungkit semua apa yang pernah dikatakan oleh Naib Canselor dahulu bahawa universiti mesti bebas, universiti tidak boleh dipengaruhi oleh politik luar kerana boleh memecah-belahkan masyarakat Melayu. Justeru, bukan semua mahasiswa di UiTM ini mendokong perjuangan PERKASA. Ada juga yang ingin bersama dengan persatuan lain. Tetapi, kenapa pihak pentadbir hanya membenarkan badan yang lembut dengan kerajaan seperti PERKASA untuk bergerak sedangkan gerakan lain diharamkan dan dicantas ?

SIAPA YANG MEMBIAYAI DAN MEMBENARKAN PENUBUHAN KELAB MAHASISWA PERKASA INI ?




Kini, Kelab Mahasiswa PERKASA UiTM dalam proses untuk menambah keahlian. Sebenarnya, saya tidak ada apa-apa masalah dengan PERKASA. Saya cuma terkilan kerana tindakan ini tidak bertepatan dengan apa yang pernah disuarakan oleh Naib Canselor dahulu. Dimana letaknya integriti beliau sebagai ahli akademik ? Selain itu, saya juga terkilan dengan isi ucapan yang diluahkan ketika Persidengan PERKASA yang lepas yang lebih kepada retorik , menghina dan memecah-belahkan rakyat Malaysia sendiri. Kalau benar mahu menyatukan semua orang Melayu, adakah perlu bagi mereka untuk menghina orang Melayu yang tidak sefahaman politik dengan mereka ?



Lelaki di atas adalah Presiden Kelab Mahasiswa PERKASA UiTM dan kini ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Beliau kini sedang belajar di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM. Saya begitu kagum dengan mahasiswa ini kerana mempunyai semangat yang tinggi hendak memperjuangkan melayu. Tetapi, mengapa perkara yang tidak 'enak' ini didiamkan sahaja ? Mahasiswa katanya perlu bebas dari cengkaman parti politik.



Jika benar orang melayu ingin ke depan. Buang saja politik lama yang sentimen itu. Sudah tiba masa kita berfikiran dengan lebih terbuka bagi masa depan bangsa yang lebih gemilang.

Saya kecewa.

Mohon NC UiTM Respon.

MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Bekas Tahanan ISA Ikrar Perjuang Pembebasan 30 Lagi

| comments

Waktunya kira-kira satu jam menjelang waktu senja di pinggir bandar yang tenang di Sungai Buloh, Selangor, dan keluarga Abdul Razak sedang menyediakan juadah untuk mengadakan kenduri kesyukuran.

Buat kali pertamanya dalam tempoh dua tahun, kesemua lima anak Abdul Razak dan Hadijah CP Veeravu akan berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan.

fadzullah abdul razakHanya sejam sebelum kunjungan Malaysiakini, anak lelaki mereka, Fadzullah (kanan) telah dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri - di mana dia ditahan tanpa bicara selama 23 bulan dan 14 hari, kerana didakwa terbabit dengan kumpulan Jemaah Islamiah.

Tetapi jauh daripada memikirkan sambutan hari raya yang menjelang tiba, Fadzullah berkata "keutamaannya" sekarang ialah untuk berkempen bagi pembebasan 30 lagi yang masih ditahan di bawah ISA, yang dia yakin adalah satu undang-undang yang "kejam'.

"Oleh kerana saya telah melaluinya, maka saya tahu betapa kejamnya ia dan apa yang berlaku kepada tahanan termasuk dalam tempoh tahanan reman.

"ISA kejam, dari segi pemenjaraan, penyiksaan dan sekarang, hakikat ialah sesetengahnya dibebaskan awal manakala yang lain tidak,
" katanya.

Fadzullah menerima 'berita baik' mengenai pembebasannya dengan "perasaan yang bercampur" dan fikirannya masih dengan tahanan lain yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok di dalam bilik kurungan.

fadzullah abdul razak with wife and baby"Mereka telah ditahan tanpa sebab dan kini mereka terpaksa menyambut Aidilfitri di sana, seorang diri. Inilah yang bermain di fikiran saya, ia menjadi satu bebanan berat di jiwa saya."

Katanya, kalau menurut perintah tahanan, beliau dijadual dibebaskan pada 1 September dan oleh itu telah bersedia untuk dibebaskan dalam masa dua minggu lagi.

Fadzulla dibebas sehari sebelum ibu bapanya merancang untuk ke kem tahanan tersebut untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan anak sulung mereka itu.

"Kami telah berdoa supaya dia dibebaskan dalam bulan Ramadan ini. Neneknya menasihatkan kita supaya berbuat demikian dengan harapan dia akan dibebaskan sebelum Hari Raya, dan ia terkabul," kata bapanya, Abdul Razak.

"Kami bersyukur kepada Allah, dan mereka dari Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suaram atas sokongan mereka."

-malaysikini-
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Bila Menteri Sendiri Tak faham Section 114A

| comments

Jangan jadikan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 sebagai satu polemik atau isu politik dan emosional sehingga boleh mengaburi keseluruhan transformasi politik yang sedang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein.

Kah..kah..kah.. menteri ni cuba "backup" sepupu dia, siapa yang jadikan benda ni polimik politik? kalau bukan BN, kerajaan yang sekarang ni sedang tersangkut roh ditekak?

Faham ke tak faham pindaan ni, kalau dah langgar hak asasi manusia untuk bersuara, tu sama je la macam pemerintahan sebuah negara diktator dimana semua pendapat dan pandangan tak boleh disuarakan.

"tukanglawan" rasa menteri sorang ni tak paham lagi apa tujuan utama pindaan akta keterangan tu dibuat.

Dah kalau semua komen dan pendapat tak boleh dibuat di blog, Facebook, tweet, baik negara ni tak payah ada internet. nak halang macam mana satu benda yang sangat asasi?

"Kita sentiasa bersifat terbuka dalam melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap undang-undang malah akan memansuhkannya, jika itu yang orang ramai inginkan.

"Dalam transformasi politik pula, kita mencari keseimbangan," katanya menteri tu masa rumah terbuka najib...

kah..kah..kah.. menteri.. menteri.. macam ni jenis menteri pun ada.. "tukanglawan" setuju la dengan apa yng bro hisham ni cakap... "uncang-undang akan dimansuhkan jika itu yang orang ramai inginkan.... betul ke...

Jawab dulu la kenapa tahanan ISA yang kononnnya dah dimansuhkan tu tak lepas-lepas...

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kempen Stop114A, Apa yang Menarik Jadi Semalam?

| comments

 Semalam blog "tukanglawan" menyokong tuntutan rakyat supaya section 114A dihentikan.

tukanglawan meletakkan banner kecil yang apabila di klik akan membawa pembaca ke laman web gerakan Stop 114A, tujuan link itu diberikan supaya ramai pembaca seddar apa keburukan yang dibawa oleh pindaan akta tersebut.


Selain itu banyak laman web dan blog lain yang menyokong gerakan henti 114A ini, hampir kesemua laman portal pro Pakatan memaparkan kempen ini.

Salah satu portal yang "tukanglawan" sedari menyokong kempen ini ialah malaysiakini, semua paparan berbentuk gambar "dihitam putihkan" semalam, malah pop up hitam yang menyokong kempen ini keluar ketika mula-mula buka laman tersebut.

Berikut adalah screenshoot laman portal malaysiakini yang sempat "tukanglawan" ambil sebagai tanda sokongan mereka kepada kempen ini.

Logo Malaysiakini Versi Stop 114A


Muka depan portal, semua gambar berkaitan dengan artikel di "hitam putih"kan.



Gambar didalam artikel juga di "hitam putih" kan


Iklan yang dipaparkan juga di "hitam putihkan"


Selain itu dibawah adalah senarai laman web , blog dan portal yang menyokong kempen hapus pindaan akta ini.


News Sites & Online Magazines:

Bloggers & Public Figures:
Commercial & Entrepreneurship:
MOL
Online Resources & Community:
Civil Societies / NGO / Associations:
Aliran
SEACeM
• EMPOWER
KOMAS
Facebook Page:



Sementara itu dilaman facebook ribuan lagi pemilik facebook menyatakan bantahan mereka , ramai yang menggunakan logo Stop 114A sebagai profile picture mereka, malah artikel dan gambar membantah pelaksanaan section 114A ini disebarkan.

Apakah anda fikir ini isu kecil.. lihatlah apa kata rakyat, masih kah pak menteri mahu berdegil lagi..

ohh ye... najib juga sudah mengaku kalah dengan suara rakyat bukan.... benar najib sedang takut dengan kehendak rakyat... meminta maaf tidak mungkin boleh buat kami lupa.. 114A harus dihapuskan..


 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit