Bekas Tahanan ISA Ikrar Perjuang Pembebasan 30 Lagi

| comments

Waktunya kira-kira satu jam menjelang waktu senja di pinggir bandar yang tenang di Sungai Buloh, Selangor, dan keluarga Abdul Razak sedang menyediakan juadah untuk mengadakan kenduri kesyukuran.

Buat kali pertamanya dalam tempoh dua tahun, kesemua lima anak Abdul Razak dan Hadijah CP Veeravu akan berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan.

fadzullah abdul razakHanya sejam sebelum kunjungan Malaysiakini, anak lelaki mereka, Fadzullah (kanan) telah dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri - di mana dia ditahan tanpa bicara selama 23 bulan dan 14 hari, kerana didakwa terbabit dengan kumpulan Jemaah Islamiah.

Tetapi jauh daripada memikirkan sambutan hari raya yang menjelang tiba, Fadzullah berkata "keutamaannya" sekarang ialah untuk berkempen bagi pembebasan 30 lagi yang masih ditahan di bawah ISA, yang dia yakin adalah satu undang-undang yang "kejam'.

"Oleh kerana saya telah melaluinya, maka saya tahu betapa kejamnya ia dan apa yang berlaku kepada tahanan termasuk dalam tempoh tahanan reman.

"ISA kejam, dari segi pemenjaraan, penyiksaan dan sekarang, hakikat ialah sesetengahnya dibebaskan awal manakala yang lain tidak,
" katanya.

Fadzullah menerima 'berita baik' mengenai pembebasannya dengan "perasaan yang bercampur" dan fikirannya masih dengan tahanan lain yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok di dalam bilik kurungan.

fadzullah abdul razak with wife and baby"Mereka telah ditahan tanpa sebab dan kini mereka terpaksa menyambut Aidilfitri di sana, seorang diri. Inilah yang bermain di fikiran saya, ia menjadi satu bebanan berat di jiwa saya."

Katanya, kalau menurut perintah tahanan, beliau dijadual dibebaskan pada 1 September dan oleh itu telah bersedia untuk dibebaskan dalam masa dua minggu lagi.

Fadzulla dibebas sehari sebelum ibu bapanya merancang untuk ke kem tahanan tersebut untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan anak sulung mereka itu.

"Kami telah berdoa supaya dia dibebaskan dalam bulan Ramadan ini. Neneknya menasihatkan kita supaya berbuat demikian dengan harapan dia akan dibebaskan sebelum Hari Raya, dan ia terkabul," kata bapanya, Abdul Razak.

"Kami bersyukur kepada Allah, dan mereka dari Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suaram atas sokongan mereka."

-malaysikini-
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit