Mahadey lupa dia pernah jumpa soros, dia pun lupa dia dan soros bersetuju dalam banyak hal.
mari kita bagi mahadey ingat sikit, dan yang paling penting kita kene ingat mahadey dan Soros pernah berhubung. ( Klik jika mahu bukti jelas )
Rapatnya mereka sampai digelar "lawan jadi kawan" oleh Utusan.
Beberapa petikan menarik dari artikel yang
disiarkan lidah rasmi umno tu, termasuk kenyataan bahawa mahadey dan soros sebelum berjumpa
pernah berutus surat antara satu sama lain.
Selain tu, mahadey dan soros pula lepas bersembang tu kelihatan serasi, sehingga mereka bersetuju dalam beberapa perkara yang mereka bincang, salah satunya bawah nei
"Terdapat beberapa perkara kami bersependapat seperti masalah di
Palestin, mengenai tindakan sepihak Amerika dan kesilapan-kesilapan
(yang telah dilakukan oleh Presiden Amerika George) Bush, " kata bekas
Perdana Menteri itu.
Mahadey
nak gambarkan apa sebenarnya dengan kenyataan dia tu, sebab dah jumpa
bersama dan sembang kutuk-kutuk bush, maka mahadey cakap mereka ni
sependapat, kira diorang ni satu kepala la... camtu ke?, so si soros ni
takdak problem.. soros ni baik belaka.
Dan lagi mahadey ni kadang-kadang bercakap ikut keadaan, pernah lepas dok sembang dengan soros tiba-tiba kata terus terang dia bukan anti yahudi ( klik sini untuk baca hubungan baik mahadey dengans ahabat berbangsa yahudi ).. baca bawah nei.
Pada sidang akhbar itu, Dr. Mahathir mengulangi bahawa beliau bukan
anti-Yahudi tetapi menentang apa yang berlaku di Palestin di mana Israel
menggunakan cara-cara pengganas untuk mengatasi keganasan yang
dilakukan oleh rakyat Palestin.
Jadi kenapa sekarang tiba-tiba mahadey kata pakatan ada kaitan dengan soros?, bukan dulu diorang ni digambarkan "geng" ke? dok sembang dengan soros bukan main rapat lagi ?, tapi sebab umno dah nak kalah, tiba-tiba terus pakatan geng soros pulak.. soros la bagi duit nak jatuhkan bn. kah..kah..kah
mahadey.... mahadey.. terlalu cepat lupa, lain kali ingat balik apa yang dibuat dulu sebelum cuba takutkan rakyat ... haishh kesian.. sudah pelupa teruk rupanya.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.