Orang Perak Siap Sedia Untuk Esok

| comments

Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan kembaranya ke negeri Perak pula pada Ahad, 7 Oktober ini.

Program dijadual bermula jam 3 petang di Kampung Kepayang, Simpang Pulai, Gopeng, seterusnya ke Tapak Pasar Malam Titi Gantung, Bota untuk program bersama rakyat.

Anwar kemudiannya akan menghadiri Majlis Minum Petang bersama pimpinan dan jentera Pakatan Rakyat di Markas PAS Titi Gantung, sebelum menunaikan solat dan tazkirah
Maghrib di kawasan yang sama.

Pada sebelah malam, dua ceramah akan diadakan iaitu di Sitiawan dan Bagan Datuk.

Selain Anwar, ceramah bakal dibarisi panel Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Moh Nur Manuty; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Mustafa
Kamil Ayub; pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari dan ramai lagi pemimpin Pakatan negeri.

Siri Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh negara telah dimulakan pada 31 Ogos lalu selama dua bulan.

Pada siri pertama program itu, bas jelajah Merdeka Rakyat bersama konvoi bergerak dari ibu pejabat KEADILAN menyelusuri tiga negeri bermula di Pahang, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan berakhir di Perlis.

Siri kedua pada 7 September pula bergerak ke selatan tanahair iaitu Negeri Sembilan dan Melaka.

Pada 14 September, jelajah siri tiga diteruskan ke Johor, negeri yang paling memberi cabaran di sepanjang perjalanan.

Di Johor, bas telah disimbah dengan cat merah buat kali ketiga, samseng Umno datang ke tapak program dan berdemonstrasi, batu dibaling ke arah bas serta paku ditabur atas jalan demi mengganggu kelicinan perjalanan Ketua Pembangkang itu.

Siri terbaru ialah pada 30 September lalu, Anwar turun ke beberapa lokasi di sekitar Selangor.
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit