KSU Tak Reti Undang-Undang Dalam Isu Tukar Datuk Bandar PJ ?

| comments

Kerajaan Negeri Selangor menyelar tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr. Ali Hamsa berhubung dengan isu pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang dilaporkan oleh media baru-baru ini.

Kami berpendapat cara beliau mengendalikan isu pertukaran tersebut jelas membelakangi pentadbiran negeri yang diketuai oleh Menteri Besar dan ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor.

 Media tempatan melaporkan bahawa kononnya persetujuan untuk pertukaran tersebut dicapai selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) tanpa pengetahuan pihak Kerajaan Negeri.

Kita ingin perjelaskan bahawa SUK, Datuk Khusrin Munawi hanyalah salah seorang ‘ex- officio’ (penjawat awam yang dilantik atas kapasiti jawatan beliau) dan bukannya diberikan ‘kuasa’ bagi membuat keputusan bagi pihak ‘Pihak Berkuasa Negeri’.

Pihak Berkuasa Negeri ialah Menteri Besar dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau lebih dikenali sebagai ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Kita ingin tegaskan bahawa arahan JPA bertarikh 27 September 2012 untuk pertukaran jawatan Datuk Bandar Petaling Jaya tersebut adalah jelas bertentangan dengan Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana Kerajaan Negeri diberikan ‘kuasa mutlak’ melantik Datuk Bandar pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya oleh pihak JPA.

Jadi tidak berbangkit isu KSN telah mengenalpasti pengganti kepada Datuk Bandar Petaling Jaya kerana perlantikan ke jawatan tersebut adalah dibawah bidang kuasa dan budi bicara Kerajaan Negeri.

Sebagai seorang penjawat awam, Datuk Dr. Ali Hamsa yang baru dilantik sebagai KSN pada 24 Jun 2012 yang lalu seharusnya mempunyai rasa hormat (courtesy) untuk mengadakan lawatan kunjung hormat untuk bertemu Menteri Besar dan ahli-ahli Exconya kerana beliau harus sedar sebagai seorang penjawat awam seseorang itu harus akur kepada kerajaan sedia ada “Government of The Day” dan bukannya sekadar mengambil arahan dari Kerajaan Presekutuan sahaja sebaliknya mengambil sikap memusuhi Kerajaan Negeri dengan mengambil tindakan-tindakan yang boleh mencetuskan kontroversi.

Kita juga akan berbincang dengan Datuk Khusrin dalam mesyuarat Exco terdekat bagi mendapatkan laporan lanjut tentang isu berbangkit berkaitan pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya tersebut kerana Kerajaan Negeri hanya mengetahuinya dari laporan media baru-baru ini.

Dr Xavier Jayakumar
Exco Kerajaan Negeri Selangor
4 Oktober 2012


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit