Isu Air Selangor, 80 NGO Sokong Kerajaan Pakatan Selangor.

| comments

80 Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menggelarkan diri mereka Solidariti Hijau daripada seluruh negara menyerahkan memorandum sokongan terhadap Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu air.

Memorandum itu diserahkan oleh wakil NGO, Zulkefly Mohamad Omar kepada Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini.

Menurut Zulkefly, kandungan memorandum itu menyatakan sokongan terhadap usaha Kerajaan Negeri dalam pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu yang meringankan bebanan rakyat.

Usaha Kerajaan Negeri ini perlu dialu-alukan dan dijadikan tanda aras dalam memberikan kemudahan kepada rakyat,” katanya.

Ujar beliau, air adalah hak rakyat yang perlu dipertahankan dengan tidak boleh dikomersilkan yang hanya berasaskan keuntungan.

Kerajaan Pusat seharusnya juga memberikan peluang kepada Kerajaan Negeri dan memberikan kerjasama yang akan memudahkan rakyat dengan tidak isu air ini tidak dipolitikkan,” katanya.

Sementara itu Abdul Khalid berkata, beliau mengalu-alukan kehadiran delegasi NGO-NGO itu yang prihatin terhadap isu air agar dapat ditangani dengan cara terbaik oleh Kerajaan Negeri.

“Isu air ini dilihat oleh Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini dan juga Kerajaan Pusat dengan tidak mengambil kira kepentingan rakyat.

“Kita mesti tidak menjadikan air itu alat untuk perniagaan, dan kini Kerajaan Negeri sedang membetulkan usaha itu,” katanya.




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit