Dakwaan terbaru Ketua Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS),
Hamidzun Khairuddin terhadap Menteri Besar Selangor merupakan cubaan
untuk mengalihkan tumpuan terhadap kes pecah amanah yang membabitkan
diri beliau sendiri.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata kes tersebut
berlaku ketika Hamidzun menjadi peguam panel Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor (PKNS) pada suatu ketika dahulu.
Faekah berkata fitnah terbaru beliau bahawa Menteri Besar, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim menggunakan wang rakyat untuk membiayai kos sewa
beli bas yang digunakan pemimpin parti untuk berkempen ke seluruh negara
tidak benar sama sekali.
Abdul Khalid juga dari awal lagi dalam majlis Rumah Terbuka
Aidilfitri Kerajaan Selangor pada bulan Ogos, mengumumkan bahawa kos bas
dua tingat yang digunakan pemimpin Pakatan Rakyat untuk berkempen di
seluruh negara itu ditanggungnya sendiri dan tidak melibatkan dana
Kerajaan Negeri.
“Ini membuktikan bahawa sejak dari awal lagi Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim tidak menyembunyikan perkara ini malah mengambil sikap terbuka
dan telus.
“Jika Hamidzun meragui perkara ini, beliau sepatutnya memberikan
bukti kukuh bukannya membuat tuduhan sewenang-wenangnya,” menurut Faekah
di dalam satu kenyataan media.
Menurut Faekah lagi, Abdul Khalid juga tidak akan teragak-agak untuk
mengambil tindakan undang-undang sekiranya Hamidzun berterusan menjaja
fitnah di media tanpa memberikan sebarang bukti.
Dakwaan Hamidzun telah dilaporkan di dalam sebuah akhbar dan beberapa laman web berita.
“Malah, pihak media juga sepatutnya berasa bimbang dan berfikir
banyak kali sebelum menyiarkan dakwaan Hamidzun jika dakwaan itu tidak
disertakan dengan bukti-bukti.
“Tan Sri Abdul Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini pernah dilemparkan
pelbagai tuduhan tetapi selepas disiasat pihak berkuasa, ternyata ia
tidak benar.
“Malah, seorang individu pernah diarah membuat kenyataan mohon maaf
di media kerana membuat fitnah. Kejadian ini diharap boleh menjadi
pengajaran kepada Hamidzun,” menurutnya lagi.
Faekah turut menganggap penubuhan GAPS semata-mata untuk menimbulkan
persepsi negatif rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri di bawah
pimpinan Abdul Khalid.
Ianya dibuktikan apabila GAPS hanya mendiamkan diri berhubung isu
kolam udang dan pemilikan tanah di Tanjung Karang oleh Menteri
Pertanian, Datuk Seri Noh Omar dan isu sumbangan RM 40 juta kepada Umno
Sabah yang merupakan antara isu hangat di media hari ini.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.