PENGERUSI Angkatan Perubahan Sabah (APS) Datuk Wilfred Mujilip Bumburing berkata, kehidupan rakyat di kawasan luar bandar khususnya di Labuk-Sugut di Sabah terus dibelenggu kemiskinan tegar dan ketinggalan dalam menikmati pelbagai kemudahan asas daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui kerajaan Sabah sejak 49 tahun lalu.
Ini jelas terbukti, kata Bumburing kerana para penduduk Kampung Kobambangan dan Kampung Pinangkau dalam Zon Paitan di Parlimen Beluran dan DUN Sugut yang majoritinya suku kaum Sungai terus terpinggir daripada menikmati arus perdana pembangunan negara seperti jalan kampung, bekalan elektrik, sekolah, klinik dan juga bekalan air paip bersih.
Walaupun Sabah sudah merdeka sejak 49 tahun lalu tetapi kehidupan rakyatnya termasuk keadaan kampung masih tidak berubah sehingga masih ada mereka berumah berbumbungkan atap rumbia, berlantai dan berdindingkan kulit kayu, masih minum air perigi atau air sungai yang tercemar dan tidak dirawat.
.
“Kalaupun ada projek dan kemudahan-kemudahan lainnya yang disalurkan oleh kerajaan UMNO/BN ke satu-satu kampung, hanya berfokus kepada kroni-kroni ADR dan ADUN atau kepada penyokong-penyokong UMNO/BN sahaja; sementara penduduk yang tidak menyokong atau bukan menjadi ahli parti komponen BN/UMNO terus terpinggir dan dianak tirikan oleh ADUN Sugut Datuk Surady Kayung dan Ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee,” ujarnya.
Tidak hairanlah tambah Bumburing, kerana budaya rasuah dan kroni ini memang sudah menjadi satu budaya kepada para pemimpin UMNO/BN yang mengutamakan sistem pilih kasih dalam pengagehan kek pembangunan dan kesejahteraan. (sila baca pendedahan oleh Ahli Umno sendiri disini)
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.