Jika sebelum ini, mungkin ada yang pernah membaca kisah tentang seorang lelaki yang ghaib namun kemudiannya ia muncul di Tanah Suci Mekah.
Walaubagaimanapun kisah itu sudah lama berlalu, kini terdapat satu kisah di mana seorang gadis sering ghaib di rumah, namun demikian, ia muncul semula tetapi bukanlah di rumah, tetapi dikawasan kubur. Kisah misteri ini mendapat perhatian dari penduduk setempat.
”Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini.”
Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd
Nor, gadis yang mendakwa sering ghaib dari rumah selepas tiba-tiba
menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima
kilometer dari rumahnya tiga hari sebelum Aidilfitri lalu.
Siti Balqis (atas), 22, yang menghadapi gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkannya sering ghaib dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini mendakwa ketika itu telefon bimbit yang ada bersamanya menunjukkan jam 2 pagi.
“Namun, saya tidak tahu bagaimana boleh berada di tanah perkuburan dan lebih dahsyat saya berada di dua tanah perkuburan pada malam itu. Selepas tersedar berada di kubur Kampung Bukit Kenak, saya tiba-tiba
berada pula di kubur Kampung Gong Rengas, kira-kira 10 kilometer dari
rumah kami,” katanya ketika ditemui semalam.
Siti Balqis mendakwa hanya mengetahui kisah kubur berkenaan apabila dibawa semula ke kawasan berkenaan, tetapi
hingga kini tidak tahu siapa yang membawanya, apa yang dilihat dan
dilakukannya sepanjang lima hingga enam jam berada ‘di alam ghaib’.
Namun, Siti Balqis mendakwa sepanjang di tanah perkuburan itu, dia
mendengar orang menangis, meminta tolong dan mengaji al-Quran.
Sementara itu, ibunya, Norizan Said, 47, berkata, pada malam mendapat
SMS Siti Balqis, beliau bersama suami serta seorang lagi anaknya
bergegas ke kubur berkenaan, tetapi selepas puas mencari, mereka tidak menemuinya.
“Kami bergegas pula ke kubur di Kampung Gong Rengas dan di satu kubur
baru, ada bekas seperti diduduki seseorang, tetapi Siti tiada di situ,”
katanya dan menambah mereka kemudian ke Balai Polis Jertih pada jam 5
pagi untuk membuat laporan.
Bagaimanapun, sejurus masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, Siti muncul di depan rumah dengan tubuhnya dibasahi air dan baju berlumuran tanah merah.
Kisah Siti Balqis menggemparkan penduduk daerah ini hinggakan ramai yang
sukarela membantu berjaga bersama keluarganya selepas anak sulung empat
beradik itu dikatakan ghaib ke pelbagai tempat termasuk siling rumah, atas pokok, dalam mesin pembancuh simen dan atas kubur.
Siti Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di
sebuah mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas
pokok manggis, di belakang rumahnya.
Dia juga mendakwa ternampak saudara mara dan orang kampung mencarinya,
malah ketika berada di sebuah rumah tinggal, dia menyentuh bapa
saudaranya tetapi tidak perasan kehadirannya.
Malam tadi, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati
anaknya secara tradisional dan wakil Berita Harian turut berada di rumah
Siti Balqis bagi meninjau dan memastikan dakwaan dia ghaib.
Sementara itu, kalangan ahli agama di negeri ini berpendapat kejadian
itu mungkin disebabkan gangguan jin yang cuba merosak keimanan manusia
dan cara terbaik mengatasinya ialah amalan zikir dan membaca al-Quran
serta solat hajat dan tahajud.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Terengganu , Muhammad
Ramli Nuh, berkata kejadian adalah luar biasa tetapi perlu dilihat
secara positif dari sudut agama.
Muhammad Ramli berkata, cara terbaik mengatasinya ialah ahli keluarga
Siti Balqis sentiasa berdoa kepada Allah meminta dilindungi daripada
perbuatan sihir dan diganggu syaitan.
Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, pula
berkata apa yang dialami Siti Balqis itu mungkin ada kaitan dengan
gangguan makhluk halus.
Katanya, keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mendapatkan rawatan
alternatif perubatan Islam bagi membolehkannya tidak lagi diganggu oleh
makhluk halus.
“Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang
terjadi terhadap Siti Balqis ada kaitan dengan keramat kerana ada
makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah
orang Islam,” katanya.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.