Raja Nong Chik Buat Hal Lagi?

| comments

Raja Nong Chik diberi tempoh sehingga 9 0gos ini untuk menjelaskan status tanah Lot 81 yang sebelum ini menempatkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Papan tanda di tapak itu menyebut cadangan menukar zon kegunaan tanah daripada institusi kepada perdagangan. Apakah sebenarnya status pembangunan semula IPD itu. Mengapa kenyataan beliau pada 16 Julai lalu bercanggah dengan maklumat di papan tanda?” katanya.

Mengikut The Star dan New Straits Times bertarikh 16 Julai lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu menyatakan IPD Brickfields akan dibangunkan semula di tapak asalnya di Jalan Tun Sambanthan .

Nurul Izzah pada 26 April lalu percaya tapak Lot 18, tempat asal IPD Brickfields diberi kepada Ketua Wanita Umno Bukit Bintang.

Saya ada maklumat menyatakan Lot 18 diberi kepada syarikat milik Ketua Wanita Umno Bukit Bintang, Mariany Mohamad Yit iaitu Primamuda Holdings dalam satu pertukaran tanah (landswap) sebagai balasan membangunkan Lot 55 (Balai Polis Jalan Travers).

Yang jadi persoalan, apakah kedudukan Mariany Mohamad Yit dalam DBKL mempengaruhi pemberian projek pembangunan Lot 55 dan landswap Lot 18?” katanya pada kenyataan media.

Beliau menggesa Raja Nong Chik memohon maaf kepada rakyat jika benar Lot 18 diserahkan kepada Primamuda Holdings.

Jika tiada jawapan, saya gesa penduduk Brickfields dan Bangsar adakan tunjuk perasaan aman pada jam 10 pagi Jumaat di Jalan Tun Sambanthan,” katanya.

Waduh, Kalau betul lah, raja nong chik memang jadikan dirinya "raja " di KL, walaupun semua orang tahu di KL tak ada raja...... yang ada cuma signbord jalan raja alang.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit