Ajaib,,,, Tanda Nama 1000 Polis Hilang Dicuri Bunian.

| comments

Percayakah anda seorang pegawai polis boleh memeriksa dan memastikan 1,000 anggota polis memakai tanda nama sebelum mereka membelasah peserta himpunan bersih di Kuala Lumpur pada 28 April yang lepas.

Perkara itu diakui sendiri oleh pegawai polis bernama  Ahmad Jais Usang yang berpangkat ASP beliau mengetuai operasi di zon Dataran Merdeka semasa perhimpunan tersebut berkata, dipanggil untuk memberi keterangan terhadap suruhanjaya hak asasi manusia mengenai keganasan pihak polis pada dan selepas himpunan BERSIH.

Katanya Pegawai polis tu kesemua 1,000 pegawai memakai tanda nama di baju mereka yang tidak usang itu ketika beliau memberi taklimat pada pagi 28 April.

"Pada waktu pagi semasa taklimat semua mereka memakai tanda nama," (macam mana dia check sorang-sorang ke?... hebat betul ) jawab Ahmad Jais USANG ketika ditanya oleh panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dalam inkuiri yang dijalankan pagi ini.

Namun bila ditanyakan tahukah dia mengapa terdapat ramai anggota polis yang tidak memakai tanda nama dan "nombor badan" beliau menjawab tidak mengetahui bagaimana tanda nama anggotanya tertanggal dari pakaian mereka yang tidak usang ketika perhimpunan tersebut memuncak.

Ahmad Jais usang menjelaskan bahawa sesetengah tanda nama itu dijahit di pakaian seragam tertentu manakala yang lain menggunakan kancing velcro yang boleh dipasang dan "ditanggalkan" pada bila-bila masa.

Ohh itu orang bunian tu yang "tanggalkan" tu... itu pasal ramai yang tiba-tiba hilang tanda nama..... kejap ada.. kejap takde.. SOP ni... kah..kah..kah 

LAGI NAK PUSING-PUSING.. KAN SENANG CAKAP MUNGKIN DIORANG TANGGAL SENDIRI 

Jawapan paling logik ada.. tapi takut nak jawab......... masih lagi lindungi "kawan" lebih dari hormati hak manusia.

Tak hairan orang tak hormat polis..... kalau camni la perangai... Tak hairan la orang tak hormat polis... jauh beza dah polis zaman baju biru pekat sekarang dengan zaman polis baju biru cair dulu.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit