Terdesak, Lagi Idea Anwar Ditiru Umno. ( Video)

| comments

Sangat jelas umno dah kering idea, kalau sebelum ini gempar bila najib cuba meniru banyak idea-idea yang diketengahkan Pakatan Rakyat seperti Pemansuhan ISA, penghapusan tol, dasar gaji minima dan banyak lagi, najib dengan selamba dan tak reti malu meniru pula idea "kesederhanaan" yang lama dulu pernah dibicarakan oleh Anwar Ibrahim.

Maka melalak-lalak lah najib sana sini perihal "wasatiah" cuma entahkan najib benar-benar faham entahkan tidak "tukanglawan" tak dapat pastikan, mungkin jika kita ukur dari apa yang dilakukan oleh najib dalam hidupnya, boleh lah kita anggap dia tak berapa faham apa maksud sebenar "wasatiah itu".

Kini, bagi menggambarkan umno itu masih releven, Muhyiddin pula meniru apa yang pernah dilakukan oleh Anwar dulu, Muhyiddin Yassin mahu supaya satu gelombang baru tentang penggunaan bahasa Melayu dapat diwujudkan dalam tempoh terdekat.

Sudah lupakah budak-budak bawahan Anwar itu, yang dulu boss mereka lah yang paling kuat memperjuangkan bahasa melayu, ketika itu papan tanda pun tidak boleh mencampur adukkan bahasa, jika bahasa melayu digunakan, ia mestilah bahasa melayu yang betul.

Zaman itu juga kalau kita lihat berita-berita di TV, penyampai berita akan menggunakan bahasa Baku, cuma bila Anwar di buang dari kabinet oleh mahadey, bahasa rojak akhirnya digunakan sehingga ke hari ini.

Umno sudah terdesak, apa lagi idea dan pemikiran Anwar mahu mereka tiru, sudahlah meniru apa yang Anwar lakukan, lebih baik beri saja Anwar itu jadi perdana Menteri.

Kerana apa?, kerana dia lebih layak jadai Perdana menteri dari Najib dan Muhyiddin.

Berita sedih dalam bahasa baku pada tahun 1995




Berita sedih dalam bahasa tidak baku 2011



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit