Peringatan Kepada Peserta Himpunan Oren

| comments (1)

Esok 14 Julai 2012, Kuala Lumpur akan digegarkan kembali dengan laungan Hidup Rakyat selepas menyepi selama hampir 4 bulan iaitu selepas Bersih 3.0...     

 Ini berkenaan Himpunan Oren Selamatkan Felda pada 2 petang esok. Mengikut tinjauan Mulut Kecoh, Kuala Lumpur kini telah dikerumuni oleh warga felda yang telah siap sedia untuk turun ke jalanraya petang esok... Kebanyakkan Hotel-hotel telah dipenuhi oleh warga felda dan rakyat yang prihatin. Tetapi jangan risau kepada peserta yang dari jauh yang masih belum menempah hotel... untuk pengetahuan, ada lagi hotel yang masih kosong tetapi jaraknya jauh sedikit dengan Masjid Wilayah, Jalan Duta..
Mengikut info yang terkini, Pihak Polis telah mula lakukan sekatan jalanraya untuk menyekat para peserta himpunan oren..untuk keselamatan, Mulut Kecoh nasihatkan t-shirt2 berwarna oren perlu disimpan di tempat yang selamat...yela..dahulu Pak Najib hanya takut warna kuning..kini oren juga dia takut...so pandai2 lah simpan supaya terselamat dari anjing2 kerajaan ini sebelum himpunan bermula..

Mengenai Pasukan Unit Simpanan Persekutuan yang kita kenali dengan nama FRU... FRU telah sedia untuk beraksi esok setelah hampir 4 bulan mereka berehat...Mengapa Mulut Kecoh berkata demikian..Ini disebabkan telah ada beberapa individu yang kurang ilmu membuat laporan polis untuk membantah Himpunan Oren...mengikut kebiasaan, jika ada laporan polis membantah himpunan gergasi, semestinya FRU akan turun beraksi...Mulut Kecoh menyeru kepada peserta2 himpunan agar membawa garam, air mineral dan kain untuk keselamatan ketika himpunan ini... 

Yang kini merisaukan Mulut Kecoh berkenaan SB iaitu polis yang berpakaian Preman.. jika di Bersih 3.0.. golongan ini lah yang melakukan huru-hara sehinggakan mesej Bersih 3.0 tidak dapat disampaikan dengan jelas kepada seluruh dunia... Jika ada golongan ini didalam himpunan kita kali ini, Mulut Kecoh mewajibkan anda mengambil gambar mereka seberapa banyak yang mungkin dan salurkan kepada pihak yang menyebelahi kita... ini perlu untuk pendakwaan kepada mereka2 yang membuat kecoh ketika himpunan aman ini dijalankan...

Kepada polis2 yang bertugas esok hari...saya nasihatkan kepada anda, janganlah melakukan sebarang yang tidak diingini ketika himpunan ini berlangsung.. Warga felda serta rakyat yang hadir esok bukan untuk melakukan keganasan...kami datang untuk menuntut hak kami... kami ditipu, kami dianiaya... bantulah kami jayakan himpunan ini.. hanya Allah SWT yang dapat membalas apa yang anda lakukan...

Jika ada apa2 infomasi yang ingin anda kongsikan berkenaan Himpunan Oren Selamatkan Felda, untuk Twitter, anda boleh taip #HimpunanOren12 dalam tweet anda... Di Facebook... anda tolong sharekan di  https://www.facebook.com/BlogTukangLawan untuk info kepada peserta himpunan yang lain

Mulut Kecoh bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) menjemput semua warga felda dan rakyat yang prihatin agar dapat turun bersama kami untuk menjayakan  Himpunan Oren Selamatkan Felda..

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .
Share this article :

+ comments + 1 comments

13 Julai 2012 pada 5:49 PTG

Untuk pengetahuan.. Pihak polis membenarkan himpunan Oren Selamatkan Felda esok, bermula selepas solat zohor di Masjid Wilayah, berarak dari Parkir Mahkamah menuju hampir Istana Negara.

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit