Lagi Bukti PM Tak Tunai Janji.

| comments

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock sehingga kini masih tidak mempercayai apa yang berlaku pada tanggal 16 Julai 2009 dan masih menuntut keadilan sepenuhnya daripada pihak kerajaan meskipun kejadian tersebut sudah berlalu tiga tahun lalu.

Adik mendiang, Teoh Lee Lan berkata, sehingga kini pihak kerajaan masih gagal menegakkan keadilan untuk mendiang seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketika diwawancara dalam rancangan Terus Terang terbitan TV Selangor, Lee Lan mengimbas kembali pertemuan bersama Perdana Menteri tiga tahun lalu di mana beliau berjanji akan memberi jawapan yang munasabah kepada keluarga dan mereka yang didapati bersalah akan dijatuhkan hukuman berat.

Dengan nada sebak Lee Lan melahirkan kekecewaan kepada pihak kerajaan di bawah pimpinan Najib yang sehingga kini masih gagal mencari keadilan untuk kematian abang beliau.

Tidak ada keadilan. Kes sebesar ini dilengahkan. Janji kosong diberi, tidak ada kebenaran walaupun semua orang mengambil berat tentang kes ini.

“Kerajaan tidak mengambil berat walaupun rakyat beri sokongan. Perangai kerajaan tidak menghiraukan (kes ini),” kata dalam nada sebak dan kecewa.

Pada 5 Januari 2011, mahkamah memberikan keputusan ‘terbuka’ berhubung punca kematian bekas pembantu Exco Selangor ,Teoh Beng Hock, 30, yang ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan tersebut.

Dengan keputusan terbuka itu bermakna mahkamah tidak dapat memutuskan punca yang membawa kepada kematian Teoh yang dibacakan oleh Koroner Azmil Muntapha Abas

Koroner Azmil menolak teori bahawa Teoh mati kerana dibunuh ataupun membunuh diri.

Laporan meluas kes ini ekoran Teoh ditemui meninggal dunia selepas beberapa jam disoal siasat oleh SPRM mengenai dakwaan penyalahgunaan peruntukkan Kerajaan Selangor yang menyaksikan 37 saksi dipanggil memberikan keterangan termasuk patologis Thailand yang terkenal Dr Pornthip Rojanasunand.

Dr Pornthip mendakwa Teoh mungkin dibunuh, menyebabkan mayat Teoh digali semula untuk bedah siasat kedua.



Jelas la simpati najib sekadar meraih sokongan, janji -janji najib hanya sekadar sampah.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit