Ceramah Luar Biasa PR, Umno Mampu buat ke?

| comments

Ketakutan umno ialah bila rakyat berbilang bangsa bersatu, kerana itulah mereka iaitu rejim pemerintah sering guna sistem pecah dan perintah, supaya kekuatan rakyat itu dapat dikurangi dalam menentang rejim pemerintah yang dilihat semakin hina dan busuk.

Ketakutan umno lagi ialah bila rakyat menjadi semakin cerdik, bila rakyat sudah tahu menilai sesuatu perkara atau isu tanpa bergantung kepada hanya satu sumber sahaja. umno takut bila rakyat menjadi cerdik, rakyat sudah tidak mahu terima penipuan oleh rejim pemerintah.

Ketakutan umno paling hebat ialah bila setiap program ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat mendapat sambutan luar dugaan, di mana pelusuk dan ceruk sekalipun, ceramah Pakatan rakyat pasti disambut hebat, hatta dalam hutan sekali pun.

Terbaru, lihat saja gambar-gambar dibawah ini, ini adalah gambar ceramah Pakatan Rakyat untuk malam tadi sahaja.

Yang pertama di Taman Dahlia, Johor

lihatlah betapa ramai hadirin yang hadir dalam Himpunan Hijau di Johor Bahru malam tadi, YAB TGNA, Yb Dato Husam dan Dato Tamrin Tun Ghafar turut serta dalam program malam tadi, dimana pelakon Hairei Othman yang terkenal dengan watak 'Leftenan Adnan' secara rasminya menyerahkan borang menyertai PAS kpd TGNA!








Sementara itu, di utara tanah air tak kurang hebatnya, Kedatangan  Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yb Saifuddin Nasotion dan ramai lagi di Kulim, kedah malam tadi menarik lebih kurang 15 ribu orang hadirin.

Rialitinya kalau umno nak buat ceramah seperti ini, mungkin mereka hanya bermimpi, panggil la siapa sekali pun, jika dibayar, diberi makan dan  elaun juga dipanggil artis untuk berjoget dan berdansa nescaya mereka juga tidak mungkin dapat menarik walau setengah dari jumlah hadirin yang hadir dalam ceramah anjuran Pakatan Rakyat.







Di timur semenanjung, Juga Ribuan Ribu Rakyat Hadir Ceramah Perdana Di Pasir Putih Bersama Rafizi Ramli, Abby Abadi & Ramai Lagi pemimpin Pakata Rakyat.




Masih tak sedarkan umno,  rakyat yang semakin cerdik , mereka kini lebih mahu tahu berkenaan hal semasa dari terus ditipu hidup- hidup oleh umno, kerana itu orang tidak hadir ke ceramah umno, terlalu banyak fitnah dan pembohingan didalam ceramah mereka.

Oleh itu juga orang tidak lagi bergantung kepada apa yang dilaporkan oleh TV dan Akhbar,  bagaimana orang mahu percaya, jika semua yang baik itu untuk najib dan rosmah, namun jika pemimpin pembangkang ia pasti berita tidak elok.

Sebenarnya TV3 suku dan utusan la yang mempromosikan Pakatan Rakyat, benarlah umno mempergunakan media untuk menipu rakyat, tapi sebenarnya taktik itu memakan diri sendiri, fitnah dan penipuan berterusan terhadap pemimpin pakatan , membuatkan rakyat mahu tahu lanjut, dan oleh sebab itulah mereka kini menjadi penyokong kuat Pakatan Rakyat.

Cuma, persoalnnya, mampukah Umno lakukan perkara yang sama, umno mulai sekarang harus belajar berceramah, kerana mereka perlukan pentas ceramah bila menjadi pembangkang nanti, dan pastikan juga penceramah mereka punya otak, bukan bodoh dan bebal seperti yang ada sekarang.











Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit