AKTIVIS NGO Muhammad Khairul Hafiz Abdullah yang mengetengahkan isu taraf kewarganegaraan individu lepasan pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendakwa menerima ugutan bunuh. ( baca pendedahan disini )
Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) itu berkata, individu yang memperkenalkan diri sebagai 'Angkatan JKM' membuat ugutan itu melalui panggilan telefon.
Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) itu berkata, individu yang memperkenalkan diri sebagai 'Angkatan JKM' membuat ugutan itu melalui panggilan telefon.
"Dia hubungi sebanyak tiga kali pada dua, tiga hari lepas. Tiada nombor yang keluar. Dia pakai nombor private (yang tidak tertera).
"Dia cakap lagi kalau tak hentikan pendedahan, dia akan ambil tindakan. Dia cakap, dia tahu mana saya bekerja, anak saya bersekolah semua," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Sehubungan itu, menurut Muhammad Khairul, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Putrajaya dua hari lalu.
Menurut Muhammad Khairul lagi, individu tersebut turut menghubungi isterinya.
"Isteri saya pun terima ugutan... Saya ada cakap balik dengan mereka, kalau berani, kita jumpa depan-depanlah. Saya tak takut. Saya ada semua bukti," katanya lagi.
Sebelum ini, Muhammad Khairul mendakwa seramai 1,758 individu yang keluar daripada pusat jagaan JKM masih tidak mendapat status warganegara.
Selain itu, beliau turut mengancam untuk 'berperang' dengan jabatan tersebut sekiranya tiada tindakan diambil dalam isu anak yatim bekas jagaan JKM yang sehingga kini masih tidak mempunyai MyKad.
Malaysiakini sudah menghubungi bahagian perhubungan korporat JKM untuk komen tetapi masih belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan buat masa ini.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.