Sana Sini sekarang sibuk cerita tentang PTPTN yang akan dimansuhkan jika Pakatan Rakyat memerintah selepas PRU13 nanti, ada kata-kata sinis mempertikaikan bagaimana itu dapat dilakukan, dan sesetengah pihak yang dangkal cuba menakut-nakutkan kakitangan PTPTN bahawa mereka akan kehilangan kerja jika idea itu dilaksanakan.
Lihatlah bagaimana mahasiswa lepasan universiti terpaksa menanggung bebanan hutang sebaik tamat pengajian, belum pun mereka bekerja, hutang sudah dibebankan, secara tidak langsung mereka terikat, mereka dipenjarakan kerana kebijaksanaan mereka. pilihan mereka untuk jadi pelajar cemerlang dihadiahkan dengan bebanan hutang PTPTN.
Itu belum lagi nanti bila mereka mahu membeli rumah, hutang PTPTN belum dilangsaikan, hutang rumah dan kereta pula terpaksa dipikul, bila berkahwin nanti, tanggungjawab pada anak isteri pula, sedangkan mungkin dengan gaji tak sampai puluhan ribu, mereka terpaksa tanggung hutang PTPTN, Rumah, Kereta, hutang mesin basuh, hutang TV, hutang beli peti sejuk, malah juga hutang kredit card.
Sampai ke tua mereka tanggung hutang, dengan hutang berlambak, bagaimana mahu mereka hidup dengan selesa kecuali kerja dan terus kerja, hingga kurang masa buat keluarga. kesan berhutang ini sangatlah berat .

Jika Turki yang tiada sesen pun hasil minyak mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya, tiada sebab Malaysia yang mencatat untung RM90 bilion setahun dari sumber petroleum tidak berupaya melakukan kebajikan sama.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Recep Tayyib Erdogan memberi pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat rendah hingga universiti walaupun baru tiga tahun memerintah Turki.
“Bila kita sebut mansuh PTPTN, isu utama yang harus difokus ialah pendidikan percuma untuk semua rakyat terutama golongan miskin. Bukan isu nak pindahkan wang Petronas bayar PTPTN. Prinsip asasnya ialah pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke universiti,” katanya pada dialog bertajuk ‘Pemberdayaan Kebajikan dan Ekonomi Rakyat’ anjuran Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Subang Jaya 31 Mac lalu.
Beliau mengakui PTPTN adalah isu paling popular yang diaju kepadanya termasuk di facebook dan twitter.
Walaupun PTPTN dimansuh, Anwar berkata, Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak akan membuang kakitangan di perbadanan itu kerana mereka akan diserap ke Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.
“Walaupun pegawai ramai, kita juga tetap pastikan khidmat atau mutu kerja mereka bertambah baik untuk rakyat,” katanya.
Hah, "tukanglawan" terfikir, kerajaan zalim Umno Barisan Nasional tidak perihatin sangat kepada pendidikan rakyat, apa nak kisah, anak mereka tidak perlu belajar tinggi, namun boleh hidup mewah laksana seorang samseng, pandu kereta mewah, malah boleh beli kilang arak.
Rakyat yang mahu ubah kehidupan supaya lebih baik terpaksa bekerja keras untuk bayar hutang selepas tamat belajar, dengan hutang itu, kehidupan tidak bertambah baik, malah makin tertekan. jelas Pendidikan perlu untuk pastikan negara maju, rakyat berilmu, tapi itu tidak pernah kerajaan fikirkan, kerana itu pendidikan juga satu perniagaan bagi mereka.

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.