Wanita Umno Terus Berantakan

| comments

Timbalan Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim mempertahankan tindakannya mendesak Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan, dan berkata beliau tidak mahu melihat sayap parti itu mempunyai ahli yang “sakit” dalam pilihan raya.

Beliau sebelum ini mendesak Shahrizat untuk meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno selepas senator tersebut tetap mahu meneruskan kepimpinannya dalam wanita Umno bagi memimpin 1.3 juta penyojong sayap berkenaan walaupun melepaskan jawatan Kabinetnya ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Walaubagaimanapun, kedua-dua pemimpin wanita itu telah bersetuju untuk bekerjasama selepas perjumpaan dengan kepimpinan parti termasuk Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, dalam satu temuramah yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini, Kamilia berkata demi menunjukkan kesatuan Wanita Umno dalam menghadapi masyarakat, solidariti juga perlu bagi menyelesaikan masalah kritikal dan bukan menyembunyikannya.

Setiap halangan perlu di selesaikan dan bukan diabaikan. Dalam perang, sekiranya ada anggota yang membawa penyakit dak akan merebak kepada anggota lain, adakah kita tetap mahu dia teruskan ke medan perang?” jelasnya apabila ditanya oleh Mingguan Malaysia kenapa beliau tidak menyokong Shahrizat.

Adakah kita mahu anggota kumpulan jatuh sakit dan mati atau kita asingkan mereka sehingga mereka sembuh supaya anggota yang lain boleh teruskan berjuang? Sebagai Wanita Umno, kita harus sedar makna sebenar solidariti,” katanya.

Ketua Cawangan Kuala Kangsar itu menegaskan kesatuan antara Wanita Umno adalah amat diperlukan bagi memberikan objektif yang jelas, dalam hal ini, untuk menang pilihan raya akan datang yang harus dilaksanakan sebelum April tahun depan.

Menurutnya, selain sayap berkenaan menunjukkan solidariti dan kekuatan, mereka seharusnya tidak mengenepikan masalah terutamanya yang melibatkan pemimpin atasan kerana akan mengancam peluang parti dalam pilihan raya.

Dalam hal ini, Wanita perlu membersihkan imej supaya ia tidak menggambarkan sayap diselubungi dengan isu kontroversi,” katanya kepada akhbar Umno itu.
Tambahnya lagi, beliau tidak berniat mahu memecahbelahkan sayap tersebut sebaliknya ia adalah masalah yang perlu diatasi.

Malangnya, terdapat segelintir Wanita yang enggan mendengar penjelasan, enggan menerima dan faham masalah sebenar,” katanya. Shahrizat telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pada 11 Mac lalu setelah tamat penggalnya sebagai senator 8 April ini.

Pengumuman itu dibuat selepas beliau dan keluarganya terperangkap berbulan lamanya dengan tuduhan penyalahgunaan wang bernilai RM250 juta untuk projek penternakan lembu fidlot di Gemas, Negeri Sembilan.

Suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pemilik Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) dan tiga anaknya mengaku tidak bersalah pada 12 Mac atas kesalahan pecah amanah dan penyalahgunaan dana bernilai RM49 juta dana awam.

Pemimpin veteran itu bagaimanapun menegaskan akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno walaupun menerima desakan meletak jawatan daripada Kamilia dan juga pemimpin lain termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad supaya melepaskan jawatan tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan Shahrizat tidak perlu meletak jawatan kerana tiada bukti terhadap dakwaan salah laku dalam skandal NFCorp. Presiden Umno itu berkata beliau telah bersemuka dengan Shahrizat dan Kamilia dan kedua-dua mereka telah bersetuju untuk bekerjasama. “Kedua-dua pemimpin akan bekerjasama selepas ini sebagai satu pasukan, mereka akan bekerja dengan lebih efektif satu pasukan,” katanya.

Malaysia Insider

"tukanglawan" lihat ada kewajaran desakan ini,  bagaimana siasatan nanti akan berjalan dengan lancar dan telus, sedangkan Sharizat masih memegang kuasa dalam parti pemerintah, walaupun sudah tidak jadi menteri, kuasa yang ada nanti sedikit sebanyak akan mempengaruhi dakwaan terhadap salah laku suaminya., lebih baik sharizat berundur, namun ada juga yang melihat Datuk Kamilia Ibrahim sebagai cuba merebut peluang terbuka untuk menjadi ketua wanita umno, benar kah itu? entahlah, dalam umno cantas mencantas itu budaya.
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit