Pejabat PM besar, tapi tak selamat

| comments

Walaupun ajal maut adalah ketentuan Ilahi tetapi beberapa insiden yang berlaku pada hari kejadian Mohd Nordin Ahmad Bakri meninggal dunia di depan pejabat Perdana Menteri amat mengecewakan rakyat.

Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Mohamad Taufek Abd Ghani ada beberapa faktor turut bertanggungjawab menyumbang berlakunya kes kematian itu.

Antaranya kelewatan ketibaan pihak doktor dan ambulan ke tempat kejadian melebihi 20 minit walaupun Hospital Putrajaya terletak lebih kurang 4.3 kilometer dari tempat kejadian yang mana dijangka boleh sampai dalam masa 5 minit menggunakan kenderaan ambulan.

Mohd Nordin meninggal dunia ketika menyertai himpunan aman di hadapan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 12 April lepas dipercayai akibat serangan jantung ketika berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Beliau dipercayai meninggal akibat dari lambat diberikan bantuan kecemasan.

Taufek juga turut mempersoalkan, apakah tidak ada pasukan paramedik yang bertugas sepenuh masa di pejabat Perdana Menteri bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian kecemasan?

"Tidak mustahil, ia boleh melibatkan kejadian yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja di Pejabat Perdana Menteri termasuk YAB Perdana Menteri?," kata Taufek dalam sidang media di lobi Parlimen petang tadi.

Malah beliau juga mempertikaikan pegawai-pegawai kerajaan tidak diberi latihan kecemasan seperti memberi bantuan penafasan kecemasan khususnya pihak anggota polis bagi menghadapi kes-kes kecemasan seperti yang berlaku kepada Allahyarham Mohd Nordin.

Tegasnya, pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sewajarnya menjadi pejabat yang mempunyai kemudahan mesra rakyat di mana rakyat yang hadir untuk berjumpa beliau diberi keutamaan dan kemudahan yang sesuai.

"Apa yang boleh disimpulkan daripada kejadian ini Putrajaya yang dicanang sebagai pusat Petadbiran Negara yang canggih dan moden sebenarnya masih jauh ketinggalan dan perlu dilakukan transformasi segera," katanya.

Justeru itu katanya yang juga mewakili Jawatankuasa Bertindak Peneroka Kampung Serampang Indah, Perdana menteri sewajarnya memberi bantuan kepada keluarga mangsa iaitu isteri dan lima orang anak di mana 3 daripadanya masih bersekolah.

Beliau menuntut satu siasatan terperinci dijalankan oleh polis berdasarkan laporan polis yang telah dibuat di Putrajaya pada hari ini bagi memastikan kejadian sama dapat dielakkan dari berulang pada masa depan.

Alah, apa nak hairan, kalau saiful bukhari boleh la dapat layanan istimewa, tak pun pencacai umno  boleh la dapat first class service.. rakyat ni mana nak pandang, nak pulak yang jenis hantar memorandum kepada kerajaan ni, ibarat sampah je bagi diorang, kecemasan?, mana ada dalam SOP diorang kalau kes macam nei, tak kisah pon... boleh isap rokok bawah pokok lagi ..

Ini lah nilai rakyat bagi umno lembu, jom tukar kerajaan. Rakyat BOSS pemimpin, jangan lupa tu, kita pecat je najib., buat pencacai umno, sebab orang-orang ni la umno jadi baik hati dan pemurah sangat sekarang, duit ditabur - tabur dengan harapan rakyat diperbodoh lagi. nak harap umno lembu baik dengan sendiri.... takkan ade la.. baik penuh dengan makna., poket penuh dengan duit... duit rakyat pulak tu.







Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit