Panas !!! Video Bukti Mahasiswa Dikasari dipadam, Kita upload lagi

| comments

Tak sampai 24 jam video keganasan samseng yang menyerang secara keterlaluan mahasiswa yang berkampung di dataran merdeka dan dikatakan didalangi umno malam tadi (lihat sini) ianya telah dipadamkan pada petang tadi.

Video tersebut yang memaparkan insiden sekumpulan lelaki berbaju hitam datang merosakkan khemah Mahasiswa tersebut telah diupload ke laman youtube lewat pagi tadi, beberapa jam selepas peristiwa itu terjadi.

Dalam video berkenaan, seorang lelaki yang pernah menyerang ceramah ABU di Jalan Kebun Kelang telah dikenal pasti, individu tersebut sebelum ini juga telah berkelakuan ganas, namun kita tidak pasti apakah pihak polis pernah mengambil tindakan terhadapnya, ini kerana lelaki tersebut amat berani melakukan kesalahan yang sama.




"This video has been removed because its content violated YouTube's Terms of Service. " keluar di skrin video berkenaan, mengatakan bahawa video tersebut sudah dipadamkan kerana melanggar syarat yang ditetapkan.

Adalah sedikit pelik kerana lebih banyak lagi vvideo-video yang lebih mengerikan dan lebih kejam terdapat di halaman youtube.

Mungkinkah tindakan memadamkan bukti video ini sebagai tindakkan melenyapkan bukti rusuhan jahat yang didalangi umno supaya nama baik mereka tidak tercemar.

dalam keadaan sekarang umno sedang bertahan, mereka akan lakukan apa sahaja untuk memburuk-burukkan imej mahasiswa ini, walaupun dari dalam.

jadi hati-hati, Ingat ini, Samseng yang dipercayai diupah oleh Umno datang menganggu himpunan aman sebagai usaha menakutkan Mahasiswa, dalam kejadiaan itu, kamera dan semua alat rakaman dirampas, supaya tiada bukti akan keluar, satu video telah ditayangkan di youtube, namun dalam masa tak sampai 24 jam, ianya telah dipadamkan.

Adakah ada kaitan dengan merampas alat rakaman sebagai tindakan menghapuskan bukti dengan memadam video bagi tujuan yang juga sebagai menghapuskan bukti?, tak apa lah, kita ada 1 lagi rakaman, di mana.. dan bagaimana.... bila keadaan memerlukan, rakaman paling penuh akan disiarkan dari mana mereka datang dan apa yang terjadi hatta 5 minit sebelum kejadian.

Ini adalah tindakan "menghapuskan bukti" supaya isu ini dapat di diamkan.

Lihat siapa yang mahu berbunuh-bunuhan antara puak melayu?, nukankah dia penyokong barisan nasional?, apakah orang seperti ini baik?, jika ya, kita persila makcik dan pakcik umno rebut , siapa yang sanggup ambil budak ini sebagai menantu "tukanglawan" cabar, kerana nak juga lihat muka anak pakcik dan makcik umno itu pecah.


Puak umno dan penyokong tegar Bn ini dimana mereka tidak kacau orang?, jalan kebun?, Kelang?, melaka?, kedah?. ,apakah penyokong Bn ini gangster?, atau umno itu sebuah parti politik?, atau Umno dan BN itu parti politik gangster?

Anda fikirlah sendiri, masa depan negara nak beri pada mereka?, tunggu apa, jom tumbang Umno... itu jelas. dan muktamat.



"tukanglawan" sudah muat naik semula video yang telah dapat di save, sila  lihat disini



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit