BN tuduh DAP teruk Di Penang, Sebenarnya Umno Yang Teruk

| comments

Umno yang kecewa pasang niat mahu merampas Pulau Pinang, tapi itu tidak akan mungkin berlaku, Pulau Pinang akan terus kekal dibawah pemerintahan pakatan Rakyat, selagi pakatan akan terus menjaga kepentingan rakyat.

Apakah benar Pakatan Rakyat di Pulau Pinang menjaga rakyat?, jawapannya ya. antara yang diberikan sekarang ialah wang ehsan buat Warga emas,  walaupun sedikit sekurang-kurangnya tidak seperti kerajaan Umno BN yang langsung tidak memberi apa pun selain cuba meniaga dengan rakyat.

Kata seorang rakan "jika udara ini mampu dijual, Umno pasti akan kumpulkan semua udara ini dan menjualnya kepada rakyat."

Jahatnya Umno ini mahu "tukanglawan" ingatkan semula... dibawah ini cuma kisah lama, tapi anda harus ingat, dalam tempoh yang genting menjelang PRU, pasti akan ada lagi usaha memfitnah kerajaan pakatan rakyat.

Umno ini jahat dan busuk hatinya, jahat itu bukan lah pakcik makcik umno di kampung-kampung yang kadang kala baik tujuan mereka, mahu turun dan berbakti kepada rakyat,  tapi jahatnya umno ini ialah pemimpin-pemimpin mereka yang busuk hatinya sehingga fitnah itu jadi mainan mereka.isu melayu dan agama dijaja untuk memfitnah pemimpin Pakatan .

Al-maklumlah hati orang melayu ini mudah sayu dan mudah sekali ditipu, cerita pasal orang melayu, cerita Halal, "Halam" , umno baru:a pasti akan buat orang melayu yang tak berapa nak berfikir menitiskan air mata.

Satu contoh kejadian di pulau pinang, lihat video dibawah.



Baiklah, lupa pula "tukanglawan" siapa nama tua yang bercakap itu, tak perlu ingat namanya kerana dia bukan siapa-siapa pun kecuali seorang ahli umno yang kecewa. berdasarkan kenyataannya, dia mengambil laporan blogger-blogger umno untuk dijadikan asas untuk mengatakan wang yang diberikan kepada warga emas di negeri itu berpuncakan wang judi.

Maka hasilnya usaha jahatnya , kita lihat video dibawah .


Entah berapa puluh orang melayu ditipu oleh Umno baru;a. sehingga berkumpulah mereka yang ditipu hidup -hidup oleh umno ke pejabat umno, sangka mereka umno ini penyelamat mereka, tapi tak sedarkah mereka, mereka diperbodohkan supaya umno kekal releven dikalangan orang melayu jiwa "terlebih" sentimental.

Apa penjelasan isu ini oleh kerajaan Pulau Pinang?


Penjelasannya ialah wang yang diberikan itu tidak menggunakan wang judi. kerana apa?, kerana kerajaan negeri tidak punya kuasa mengeluar lesen judi. jadi dari pada sumber mana pendapatan cukai judi didapati?

Persoalannya bagaimana pula dengan kerajaan Umno baru:a yang mencampur adukan semua wang dari hasil  Cukai judi di genting higland, hasil judi sport toto, magnum dan segala jenis judi berbayar yang orang melayu ini antara penagihnya?. bukankah wang itu digunakan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan?.

Nah, ada beberapa perkara yang anda perlu fahami disini, mungkin kerana terlalu panjang perkara ini mahu "tukanglawan" bawakan, maka ia nanti akan jadi makin sukar difahami. ringkasannya mudah.

Kita orang melayu ini tidak seharusnya duduk bawah tempurung, lihat si pemfitnah yang cuba memburuk-burukkan orang lain, tapi diri mereka bagaimana, gajah depan mata mereka?... rupanya rabun dekat , mereka tak nampak, atau mungkin buat-buat tak nampak.

Dalam video pertama tuduhan yang dilemparkan ituberdasarkan kata-kata blogger pro umno baru;a yang tidak berasas, dia sendiri kurang yakin dengan tuduhan itu. jadi apa yang diperkatakan oleh blogger-blogger umno baru;a itu berunsur fitnah ,dalam video kedua dapat kita lihat bagaimana media arus perdana tidak seharusnya dipercayai bulat-bulat, demi mempertahankan pemerintah, (walaupun kejam) mereka bersekongkol.

Maka, kita lihatlah sendiri betapa mereka cuba menggunakan media untuk menghentam kerajaan pakatan rakyat, dedangkan mereka sebenarnya pengutip cukai judi terbesar, pemberi lesen judi, malah mahu melesenkan judi kuda supaya judi itu boleh jadi "halam", apakah  Umno ini mahu menegakkan Syiar islam?, mereka sendiri keliru. 

Tak apalah, Umno baru;a ini semakin mahu menipu orang mereka makin menjerut tengkuk mereka. makin lama orang makin sedar, kerana itulah semalam seramai 21 orang dari Pemuda Umno Kampong Dodoi Pulau Pinang menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS (baca sini).

Nah kini Umno Pulau Pinang makin lemah, bagaimana mereka mahu merampas Pulau Pinang, kerana amalan politik kotor dan jahat yang mereka amalkan, jika benar mahu berpencak di pentas politik, kenapa tidak bersaiang cara sihat?. main tipu dan jahat pasti hakim akan potong markah mereka, dan Rakyat itulah sebenarnya "Hakim." Umno sering terlupa itu.


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit