Kisah Selipar Imam Hoslan, Hakim, Sistem, Penjara dan Dakwah

| comments

Imam Hoslan!!, Apakah anda tahu siapa lelaki ini?.layak kita katakan beliau amat istimewa kerana tindakannya membaling selipar ke arah hakim. bagaimana jika tukanglawan katakan bahawa Imam Hoslan adalah simbol kebebasan dalam mengkritik sistem kehakiman yang seolahnya sangat benar dan tidak langsung melakukan salah?.

 Kisah Imam Hoslan secara ringkasnya begini, beliau telah mengesyaki adanya salahlaku penyelewengan wang tabung masjid, lalu melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa, namun beliau ditekan oleh orang tasan, dipecat dari jawatan imam, ditarik balik elaun imamnya yang sejumlah RM450.00 dan diusir dari kediamannya.

Apakah dengan melaporkan salahlaku penyelewengan, dia yang seorang imam yang hanya mahu wang itu dikembalikan kepada tabung masjid layak diperlaku sedemikian rupa?, jika anda merasakan itu seharusnya, anda meletakkan imam itu ditaraf yang sangat hina.

Tak apalah, kebiasaannya dalam sistem yang zalim dan diktaktor, selain dari si penjenayah memang orang baik juga dipenjara, dalam sistem yang tidak berasaskan hukum ALLAH, manusia tak bersalah juga selalunya akan terhukum. Jika tidak percaya selusuri kembali kisah Nabi Yusuf yang dipenjarakan.

Itu satu kisah, Imam Hoslan telah dipenjarakan, kesalahan?

Kesalahanya ialah beliau yang tidak tahu apa pun mengenai undang-undang ciptaan manusia, naik berang kerana harapannya kes yang dilaporkannya itu jadi kes lain, berang kerana dia merasakan "SISTEM KEHAKIAN TIDAK BERTINDAK DENGAN BETUL" lantas geram dan membaling selipar ke arah hakim.

Dalam sistem kehakiman itu salah, kerana hakim dianggap sangat "Mulia" kononnya, kononnya hakim tidak melakukan kesilapan, tapi dari segi kemanusiaannya, apakah itu benar?, apakah hakim itu tidak dipengaruhi oleh "bias" atau keadaan sekitaran yang mempengaruhi "mood"nya?.

Memang benarlah hakim itu tidak boleh dibaling selipar, kapal terbang kertas sekali pun tidak boleh, itu ketetapan undang-undang manusia dalam mahkamah, tapi bila sahaja diluar, dia manusia biasa juga, layak dibaling kasut, malah diberak burung. jika kewarasan dan pertimbangan akal didahulukan, pasti hakim lebih perihatin terhadap perkara ini.

Tidaklah betul apa yang dilakukan oleh imam tersebut, memang membaling kasut itu satu tindakan , kurang kena, namun sebagai manusia yang marah dan geram cuma itu mampu dilakukannya, tak perlu kita mengeji perbuatan imam itu, beliau berani, itu pasti, sama seperti kisah seorang arab membaling kasut kepada seorang pemimpin dunia satu masa dulu, ingat lagi kah?.

Ia tanda kekecewaan, jika terkena sekali pun kasut atau selipar tersebut, mungkin peluang orang itu mati kerana dibaling selipar hanya 1%. atau peluang boleh luka 2%, peluang untuk lebam 3% dan pastinya peluang untuk malu lebih dari 50%. jadi hukuman penjara atas apa?, sekilas pandang apakah sistem kehakiman ini langsung tidak boleh ditegur? atau mahkamah menggunakan tunjuk kuasanya supaya orang takut?.

Takut yang diwujudkan itu adalah untuk mengongkong, kongkongan kebebasan tidak lagi laku zaman ini.lebih lagi kepada sistem yang goyah dan tidak sempurna. kenapa tidak biar kritikan dilakukan?, takut atau mahu jadi ditaktor?

Apakah menghina Mahkamah lebih berat dari menghina Islam, Nabi dan ALLAH?.

1 Tahun dipenjarakan, Imam Hoslan tetap seorang Imam, dan hakim masih seorang hakim, sistem masih dirombak dan diperbaiki, mahkamah terus juga kadang kala beri keputusan tak berapa bersesuaiaan.

Dan Imam Hoslan, masih takut kepada ALLAH, lebih dari takut kepada hakim, Dakwah terus berdakwah, kini dalam Penjara Imam itu terus menjadi Imam selain mengajar fardu ain di dalam penjara, malah telah mengislamkan 2 orang saudara baru.

Mungkin diluar dia cuba terus dihina, kononnya dia seorang yang ganas dan jahat, tapi dalam penjara dia kini dihormati, ALLAH itu adil, penjarakanlah dia, tapi hatinya bebas untuk terus berdakwah.

Penjarakanlah dia, tapi si pemenjara apakah rasa tenang dan bebas hatinya? dan kita, sampai bila kita masih mahu dikekang, kenapa tidak bangun jadi berani seperti seorang tua yang berani menentang penyelewengan walaupun akhirnya ditekan dan dihukum tidak selayaknya sebagai seorang yang cuba menegakkan hukum ALLAH atas bumi ini.

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit