Akibat Tidak Peka, kan dah kena

| comments

Kecohlah sebelum ini bila akhbar the star tanpa segan silu dan berfikir dulu sebelum buat tindakan meletakkan gambarErykah badu yang bertatu didada akhbarnya.

Akhbar milik MCA itu tidak sensetif kepada sensetiviti Islam, inilah yang diajar oleh Umno kepada sahabat baik mereka, setelah lebih 50 tahun rupanya Umnoapco masih gagal mendidik sekutu mereka.

 Khabarnya atas desakan dan kecaman rakyat,  5 editor akhbar The Star termasuk yang bertanggungjawab memasukkan gambar penyanyi Erykah Badu yang bertatu perkataan 'Allah' dalam akhbar itu 27 Februari lalu dipanggil berjumpa dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, pagi ini.

Baguslah tu, tapi apa yang dikesalkan ialah perkara tersebut telah berlaku, ia melukakan hati ramai rakayt yang beragama Islam. dalam negara berbilang bangsa dan Agama, perkara seperti ini tidak seharusnya dipandang lekeh.

Mereka dijangka akan menerima hukuman daripada KDN berhubung penyiaran gambar Erykah yang menimbulkan kontroversi dan kemarahan umat Islam, baru-baru ini.

Apakah bentuk hukuman itu, apakah cukup sekadar amaran?,

Akhbar The Star di dalam halaman Star 2 - Music pada muka surat 17 pada artikel bertajuk Living off the wall menyiarkan gambar penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat itu yang jelas menampakkan tatu perkataan 'Allah' dalam tulisan Arab di dadanya.

Artikel itu berkaitan dengan konsert Erykah yang diadakan di Pusat Konvevsyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 29 Februari.

Juga satu perkara yang seharusnya disiasat, siapa yang merancang menganjurkan konsert tersebut?, apakah negara ini perlukan lebih banyak konser-konser yang melalaikan seperti itu, tidak mustahil nanti jika konsert tersebut diadakan, ramai antara penontonnya juga adalah orang melayu beragama Islam.

Bantahan demi bantahan dibuat supaya konsert ini dibatalkan, umat Islam termasuk Pemuda PAS Malaysia menekan pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan akhirnya konsert itu dibatalkan.

Mungkin jika tiada tekanan, Konsert melalaikan seperti itu akan akhirnya juga berlangsung.

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit