Rakyat jangan lupa bahawa pada 25/1/2009 2 orang ADUN Behrang dan Changkat Jering telah hilang tanpa dapat dikesan oleh sesiapa bahkan isteri dan anak mereka pun tidak mengetahui dimana mereka berada. Pada 1/2/2009 pula tiba-tiba ADUN Bota yang telah mengistiharkan keluar BN menyertai PKR secara sukarela juga telah hilang. Ini disahkan oleh isteri beliau yang membuat aduan kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat.
Tiba-tiba pada 3/2/2009 ketiga-tiga ADUN yang hilang tersebut dan ADUN dari Jelapang telah ditontonkan kepada umum melalui sidang akhbar oleh Timbalan Presiden UMNO/ Timbalan Perdana Menteri ketika itu – Dato Seri Najib Razak yang juga ketika itu adalah Ketua Perhubungan UMNO Perak, Mereka mengistiharkan keluar PR dan menyokong BN sebagai ADUN-ADUN Bebas.Adakah ini telah berlaku satu kemusykilan besar kepada Menteri Besar Perak ketika itu, Dato’ Seri Hj Mohamad Nizar Jamaluddin dan exco-exconya.
Selepas kejadian itu, kerajaan negeri Perak yang dibentuk melalui pilihanraya telah jatuh. Ini bermakna BN telah mengkhianati pengundi-pengundi di negeri Perak khasnya. Perbuatan yang dilakukan oleh BN amat MEMALUKAN dan sungguh keji.
Bagi saya, kerajaan UMNO/BN adalah ‘democratically illegal’ dan meletakkan satu ‘precedent’ yang bahaya kepada sistem demokrasi Negara. Kuasa telah menjadi milik orang kaya. Menculik, membeli dan mengugut wakil rakyat seolah-olah boleh diterima sebagai ‘norm’ yang tak perlu benci.
Dari segi moral dan agama, Najib Razak dan MB perak, Zambry dan barisan Exconya telah melakukan pengkhianatan terbesar kepada rakyat Perak. Kaedah Islam iaitu “redha mungkar adalah mungkar” menggambarkan segala-galanya.
Sebagai rakyat wajib belajar daripada sejarah hitam ini dan memilih kebenaran dan keadilan melalui proses demokrasi yang sah dan jaminan perlembagaan persekutuan untuk masa depan generasi akan datang. Kedaulatan undang-undang mestilah ditegakkan hatta kepada sesiapapun. Tiada manusia di Negara ini yang mengatasi undang-undang.
INI HARUS JELAS.
Kolumnis: Mulut Kecoh
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.