Lagi kisah "taik"....Siapa "taik"

| comments


Siang tadi, berkesempatan berjumpa dengan sahabat blogger Zainulfaqar di pejabatnya, lantas diceritakan oleh penulis blog n.o.t.a m.e.r.a.h itu bagaimana seorang "orang umno" yang tak berapa nak melayu bermain dengan  "taik".

Dan "taik" itu ingin dihadiahkan sebagai hadiah sempena harijadi Ketua Menteri P.Pinang.

Agak pelik sekali pada pemikiran "tukanglawan" bagaimana seorang manusia sanggup menyamakan "taik" dengan makanan, malah menghadiahkannya sebagai kek makanan.

Maka terfikirlah "tukanglawan" mungkin orang itu tidak siuman, atau kurang akalnya. bukankah hanya orang gila sahaja yang menganggap "taik" itu makanan. orang normal selalu tahu membezakan antara "taik" dan makanan.

Memang peliklah malaysia ini, ada lembu, lembu duduk kondo, ada kapal selam, tenggelam pun tak boleh, enjin jet pula boleh senang-senang hilang. ada taik buat kek, itu lah akal dan bukti kebijaksanaan "orang umno"

"Orang umno" itu sebelum ini pernah buat kacau, ini bukan kali pertama , Usia tua tapi perangai macam budak kecik, mana orang nak "respect" kalau perangai macam budak kecik, ini lah sikap "orang umno" takde fakta dan tak jumpa kesalahan lantas cuba main kasar dengan lawak bodohnya.


"Orang umno" itu bernama Ghani Jiman, sebelum ini pernah membuat ancaman yang dilihat sebagai ugutan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik dengan cuba menghantar menghantar hadiah berupa sebuah keranda ke rumah Ng di Happy Valley berdekatan Paya Terubong tetapi gagal sekitar bulan Mac yang lepas.

Pada 29 julai yang lepas pula, seluar dalam dan coli bercorak kulit harimau cuba dihadiahkan kepada ketua menteri dan setiausaha politik  ketua menteri Pulau Pinang oleh "orang umno" yang sama.


Memang mungkin otak-otak mereka telah telah diajar oleh umno supaya  buatlah apa sahaja asalkan mereka mampu rampas kembali negeri yang dikuasai oleh pembangkang, dan yang lebih penting dapat kekal berkuasa, oleh sebab itulah sikap dan perangai mereka ini sangat buruk sekali perangainya, mereka "orang umno" ini mengamalkan politik kotor, tak hanya bermain dengan fitnah, malah sanggup pula bermain dengan "taik".

Jika benar mereka hebat, berlawanlah dengan fakta, bukan serangan budak-budak seperti ini, walaupun sudah tua, tapi tahap berfikiran seperti budak kecil, bertempurlah seperti jantan, bawa fakta bukan bawa "taik" keranda atau coli.

Akhirnya kerana suka sangat buat perkara-perkara bodoh ini akhirnya  nampak benar mereka tiada isu dan  tiada modal. usaha mereka cuma usaha timbulkan "provokasi" semata - mata.

Jadi, Apa yang perlu kita lakukan pada puak ini?,

Mudah sekali, kita ajar "orang Umno" bahawa kita bermain politik secara terhormat, kita berpolitik demi rakyat bukan seperti mereka yang mencampur adukkan "politik dengan "taik" demi survival periuk nasi mereka.

Namun, tidaklah pelik malaysia ini kerana semuanya serba unik. Agaknya "orang umno" ini memang sudah terbiasa menghadiahkan "taik" untuk hadiah harijadi, termasuklah untuk keluarga mereka sendiri. mungkin dia juga biasa memakannya... Agaknye la..






Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit