"kangkung" 1 Malaysia

| comments

Wacana Perdana siri ke-8 anjuran kerajaan negeri Kelantan di Balai Islam malam tadi sekali lagi menyaksikan seorang  ahli akedemik diberi anugerah "profesor kangkung" 


Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berasal dari Tanah Merah yang dilihat lebih cenderong berhujah menyokong Umno dan kerajaan pusat dengan hati terbuka terpaksa berdepan dengan "laungan" penonton yang tidak senang hati dengan tindak tanduk beliau malam tadi.


Sebaik memulakan persembahan dengan memberi Salam 1Malaysia. penonton menyambut pula dengan laungan "profesor kangkung" sebagai tanda menolak konsep 1 Malaysia tajaan kerajaan umno atas nasihat perunding israel Apco worldwide.


Malah pujiannya terhadap konsep 1Malaysia yang dianggapnya sudah diterima rakyat menjadikan laungan  ”profesor kangkong” semakin kuat bergema di bahagian belakang ruangan penonton. 

Kuatnya laungan itu sehingga menenggelamkan  suara ahli panel  dalam wacana  yang turut dihadiri  Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari UM,manakala Datuk Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff bertindak sebagai moderator.



Apakah profesor ini tidak tahu, bahawa tidak semua orang terima konsep 1 malaysia yang sibuk dilaungkan oleh puak umnoapco, apakah dia tidak tahu, ramai orang yang menolak konsep yang hanya dilihat sebagai "gula-gula" politik itu.


Mungkin kerana kebodohan itu dia dianugerahkan anugerah "profesor kangkung oleh orang negeri kelahirannya sendiri.

Salam 1Malaysia kini bertukar jadi "profesor kangkung 1Malaysia"
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit