Negaraku yang unik

| comments


Negaraku malaysia sangat unik. lembu diperuntukkan dengan dana yang banyak hanya untuk dibela didalam kondo, malah dengan wang itu jugalah sebuah kereta jenama Mercedes dibeli untuk membawa lembu-lembu itu makan atas sebidang tanah yang dibeli dengan dana itu sebelum lembu dibawa makan angin ke luar negara.

Memang unik lah malaysia ini bila jambatan dibina diatas daratan, kemudian sungai dibuat dibawahnya supaya air sungai boleh mengalir, seperti dalam kes Lebuhraya Pantai timur 2 (LPT2).

Memang uniknya malaysia ini tak terkira banyaknya.

Malah kali ini satu lagi keunikan malaysia disedari, itupun setelah hampir mahu pilihanraya baru dapat dikesan.

Kali ini satu lagi keunikan telah dikesan dalam senarai pemilih SPR, sebuah balai polis kini berhak menjadi penggundi dalam PRU akan datang, atau apakah nama yang tertera itu adalah nama benar seorang pemilih yang unik?..

Begitu unik sekali malaysia ini. anda harus tahu ini.

Pendedahan dibuat oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam satu sidang media siang tadi. dalam senarai pemilih SPR yang disemak penemuan yang dianggap pelik ialah nama seorang pengundi yang didaftarkan sebagai "Balai Polis Kerinchi" dalam daftar pemilih induk.


"Apabila kita semak butir-butir menggunakan nombor kad pengenalan polis bagi mengenal pasti pengundi berkenaan, nama itu wujud tetapi dalam daftar pemilih SPR ia menunjukkan sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, nombor kad pengenalan, RF161872, pada pangkalan data SPR menunjukkan ia milik Yusop Mohd Faizul Mohd .

"Kita tidak tahu jika ia Balai bin Polis Kerinchi atau Balai Polis bin Kerinchi," sindir Nurul Izzah.

Benar tidak malaysia ini unik, kita ada enjin jet yang tiba-tiba hilang, ada juga kapal selam yang tak boleh menyelam. itu lah perkara yang hebat yang harus negara lain kagumi.

Jadi, bila nanti tiba PRU13 jangan terkejut bila "balai Polis Kerinci" datang mengundi... Malaysia memang unik. umnoapco sedang berusaha apa sahaja untuk terus berkuasa, walaupun jadi "lembu gila"



Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit