Papagomo pakai ilmu kebal
| comments
Percaya atau tidak, memang papagomo menggunakan ilmu kebal, mana tidaknya, papagomo tidak pernah di soal siasat atau dipanggil beri kenyataan walaupun melakukan kesalahan dibawah undang-undang malaysia.
Sesiapa yang menyimpan, memiliki, memuat-turun, mengedar dan menayangkan bahan lucah adalah salah di sisi undang undang Malaysia selaras dengan Seksyen 922 Kanun Keseksaan (menyimpan video lucah), Seksyen 5 (1) ( a ) Akta Penapisan Filem 2002 (memiliki video lucah), Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (mengedar bahan lucah), Seksyen 6 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002 (menyiarkan video lucah), Akta Multimedia 1998 Seksyen 231.
Terang-teranggan menyebar video lucah, blogger no1 umnoapco itu kebal kerana menjalankan kerja-kerja jahat umnoapco, jika orang lain memuat naik video lucah ke laman web mereka sudah pasti SKMM akan menyekat laman web itu dari capaian umum.. tetapi kerana papagomo adalah pencacai upahan umnoapco, maka tiada sebarang tindakan dikenakan.
Inilah yang terjadi dimalaysia, terdapat 2 jenis undang-undang, kroni dan pencacai umnoapco akan selamat dari hukuman jika melakukan kesalahan, jika kena pun, hukuman yang dikenakan sebolehnya yang paling ringan.
Tapi jika kesalahan kecil dilakukan oleh individu pro-pakatan, maka seboleh-bolehnya dia akan dihukum seberat mana mungkin, kalau boleh ISA.. kalau boleh mahu sahaja buang kewarganegaraan.
Itulah amalan demokrasi dinegara ini, jadi tanggungjawab kita semua menyekat perkara ini terus berleluasa.kerajaan harus ditukar, kerana kerajaan umnoapco telah teruk rosaknya.
Papagomo si pemfitnah tegar belaan umnoapco itu ternyata kebal, menyebarkan video lucah sesuka hati tanpa dihukum.akibatnya dia adalah penyumbang terbesar pelakuan zina dinegara ini.
mungkin benar papagomo kebal dari hukuman kerana dia blogger kesayangan umnoapco, tapi dia harus sedar berapa banyak sudah dosa ditanggungnya kerana menyebarkan perkara kotor seperti itu, kelak nanti didalam lianglahat, kebalkah dia dari menjawab semua soalan terhadap kesalahannya.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.