Ini satu lagi kerenah pengangkutan awam. mungkin ramai yang tak sedar sebenarnya, penggangkutan awam adalah kebergantungan utama buat rakyat yang kurang mampu membeli kenderaan untuk pergi dari satu destina si destinasi yang lain.
Kisahnya berlaku beberapa hari lepas kepada "tukanglawan" sendiri, mungkin bagi sesetengah orang ini cuma isu kecil, tapi bukti ini lah yang menujukkan hak - hak seorang pengguna telah dinafikan. dan inilah sebenarnya nasib rakyat marhaen.
Tiada pemandu bas |
Ceritanya begini, sampai sahaja di perhentian bas tersebut si pemandu berada di kerusi pemandu, seolah-olah bas ingin bergerak dengan engin tidak dimatikan.
Jadi dengan segera dan "tukanglawan " serta 2-3 orang penumpang lari segera la berkejar menaiki bas tersebut. dengan harapan dapat sampai awal ke destinasi.
Apa yang mengejutkan ialah setelah sampai ke kerusi belakang, dan duduk, secara ajaibnya pemandu bas itu telah hilang dari kerusinya. rupanya bas itu tidaklah mahu bergerak. "tukanglawan" dan 2-3 orang lain tertipu rupanya, namun itu bukanlah isunya.
Jadi dengan segera dan "tukanglawan " serta 2-3 orang penumpang lari segera la berkejar menaiki bas tersebut. dengan harapan dapat sampai awal ke destinasi.
Apa yang mengejutkan ialah setelah sampai ke kerusi belakang, dan duduk, secara ajaibnya pemandu bas itu telah hilang dari kerusinya. rupanya bas itu tidaklah mahu bergerak. "tukanglawan" dan 2-3 orang lain tertipu rupanya, namun itu bukanlah isunya.
Penumpang yang dikurung |
Isunya disini ialah untuk tempoh yang lama, semua penumpang bas tadi telah dikurung didalam bas tersebut, kedua-dua pintu depan dan belakang telah dikuncikan,
ini menyebabkan penumpang yang telah menaiki bas tersebut tidak dapat keluar dari bas tersebut bila berlaku sebarang kesulitan , sama ada mereka mahu ke tandas atau jika lebih buruk lagi jika berlaku kecemasan, mereka ini tidak mampu keluar dari bas tersebut.
Pintu depan yang dikunci |
Kebanyakan penumpang bas tersebut seakan-akan terpinga-pinga bila perkara ini berlaku, sudah lah begitu keadaan bertambah teruk bila kejadiaan itu berlaku selepas hujan dan pendingin udara dipasang pada tahap kedinginan yang amat sangat, bukan semua orang tahan menghadapi keadaan sejuk begitu.
Satu perkara yang perlu pembaca tahu ialah tiada butang kecemasan untuk membuka pintu ini jika berlaku kecemasan, butang yang ada untuk membuka pintu dari dalah hanya diketahui oleh pemandu bas. apa akan jadi jika berlaku kecemasan dalam situasi penumpang dikurung didalam bas berkenaan. penumpang secara tidak sedar sebenarnya sedang di "lock-up" oleh pemandu bas.
Pintu belakang yang dikunci |
Apakah perkara ini terjadi kerana sikap pemandu bas tersebut, atau polisi syarikat yang meminta supaya pintu bas ditutup semasa ketiadaan pemandu bas,
Jika ini adalah sikap pemandu bas tersebut, beliau seharusnya lebih perihatin kepada penumpang bas tersebut, bagaimana dalam tempuh kurungan yang lama itu penumpang perlu keluar kerana merasakan kurang selesa atau sangat terdesak mahu buang air. "tukanglawan" rasakan perkara ini perlu diberi perhatian serius.
Jika ini polisi syarikat seharusnya ia dikaji semula, kerana ia sebenarnya memberi tekanan dan menyusahkan penumpang bas. seperti yang disebut tadi, penumpang bas telah di "lock-up" secara tidak sengaja. sangat bimbangj ika terjadi sebarang kecemasan dalam situasi begini, perkara ini sewajarnya dikaji oleh pengurusan syarikat tersebut.
Tahukah anda ketakutan pada ruangan tertutup adalah ketakutan (phobia) yang berada pada nombor 3 dalam 10 jenis phobia yang sangat ditakuti.
Dikenal juga dengan nama agoraphobia, ketakutan ini diderita oleh 1,8 juta orang penduduk berusia dewasa (di Amerika sahaja), demikian menurut laporan National Institute of Mental Health pada tahun 2008. Tempat tertutup yang dianggap sulit untuk mereka melarikan diri atau keluar merupakan objek yang paling ditakuti. Biasanya mereka takut pada elevator/lift, ruang sukan tertutup, jambatan, kenderaan awam, kereta, pusat beli belah, malah didalam pesawat.
Jadi.. adakah perkara ini harus dipandang ringan?,kerana ia sebenarnya isu yang sangat besar, isu yang melibatkan ramai rakyat marhaen. isu yang juga mungkin melibatkan ibubapa atau keluarga anda.
@TUKANGLAWAN Sedih dengan taraf pengangkutan awam malaysia.
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.