Polis dipaksa melanggar perlembagaan

| comments




Percaya atau tidak, itulah yang terjadi kepada badan kepolisian negara ini, bila mereka dimalukan oleh "tangan Ghaib" jika ada polis yang menangkap orang kerana t-shirt yang dipakai, itu cuma dilakukan di negara ini sahaja, apa yang lebih memeningkan tindakan ini adalah atas arahan "tangan ghaib"

Bukan sahaja memakai t-shirt adalah tidak salah, malah menjualnya juga tidak salah, apatah lagi menyertai himpunan yang dijamin sebagai himpunan aman, ia dilindungi dan dibenarkan dalam perlembagaan negara ini

jika anda tidak percaya humpunan BERSIH adalah sah, kita baca petikan dibawah

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis melarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaja tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu.

Sekarang telah jelas bahawa "tangan ghaib: menggunakan kuasanya untuk menghalang himpunan BERSIH ini, jangan bimbang, "tangan Ghaib" itu akan kita heret ke mahkamah atas salahguna kuasa.

Ramai polis yang berpihak kepada kita, mereka terpaksa menjalankan arahan yang mereka sendiri tidak rela.


@TUKANGLAWAN Anggap si "tangan ghaib " itu seorang yang bacul kerana salahguna kuasa, sudahlah membelakangkan  perlembagaan ,malah menghina polis dengan memalukan mereka ....    

"Umno nei suka membazir je mereka semakin meroyan bila ramai pakai kuning"
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit