Dewan Himpunan Penyokong Pas Johor dengan kerjasama Lujnah Hal Ehwal Kaum Pas kawasan Pasir Gudang menganjurkan ceramah umum ’Sejahtera Rakyat Malaysia’ pada hari Sabtu, 28 Mei ini bertempat di Hotel Li Garden, Masai, Johor.
Program dijadualkan bermula jam 7.30 malam pada 28 mei dengan membariskan pimpinan dari ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat.
Antaranya ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah dan merupakan Adun Tronoh, V Sivakumar, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.
Tiket amal dijual pada harga RM 10. Kepada mereka yang berminat untuk hadir digalakkan untuk mengubungi sekretariat program di talian 012-7501750.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.