Apa agaknya mahu jadi dengan polis malaysia ini agaknya, baru diberi sedikit kuasa, namun sudah mula berlagak samseng, tidak cukup lagi agaknya dengan pembongkaran kekejaman polis kepada peserta himpunan BERSIH yang lalu, kini mereka memang mahu buktikan mereka kejam agaknya.
Agak keterlaluan bila segerombolan anggota polis menyerbu dan mengeledah rumah seorang ibu tunggal di rantau panjang pada 25 ogos lalu.
Agak keterlaluan bila segerombolan anggota polis menyerbu dan mengeledah rumah seorang ibu tunggal di rantau panjang pada 25 ogos lalu.
Dakwa Noraisiah Che Ghani, 40. Pintu rumahnya ditendang kumpulan lelaki terbabit yang datang tanpa diundang.malah lebih parah lagi salah seorang lelaki bertopeng lengkap bersenjata itu menendang di bahagian perutnya sehingga terduduk.
”Kesannya saya mengalami sakit di bahagian pinggang dan perut sehingga sekarang. Ketika kejadian saya sedang tidur di ruang tamu tiba-tiba terperanjat mendengar bunyi kenderaan yang kuat di halaman rumah,
Sebaik sahaja bangun dua anggota polis bertopeng menendang pintu rumah dan tendangan terkena perut sehingga saya terduduk.
“Sampai hari ini saya tidak boleh duduk lama kerana sakit di bahagian pinggang dan perut,” ujar peniaga sayur di Pasar Rantau Panjang itu.
Ibu tunggal kepada tiga anak yang berusia antara sembilan dan setahun setengah itu pada mulanya panik tidak tahu apa punca kedatanganlelaki bertopeng lengkap bersenjata . sebab kedatangan mereka terus bertindak mengeledah rumah tersebut.
"Seorang anggota polis pada awalnya mendakwa kononnya saya terlibat menyeludup senjata api,Selepas lama mengeledah kemudian salah seorang anggota polis terbabit memohon maaf di atas kesilapan mereka, lalu meninggalkan rumah saya” katanya yang masih tidak dapat melupakan peristiwa berkenaan ketika ditemui di rumahnya hari ini.
"Seorang anggota polis pada awalnya mendakwa kononnya saya terlibat menyeludup senjata api,Selepas lama mengeledah kemudian salah seorang anggota polis terbabit memohon maaf di atas kesilapan mereka, lalu meninggalkan rumah saya” katanya yang masih tidak dapat melupakan peristiwa berkenaan ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Ketika kejadian turut berada di rumahnya tiga anaknya, emak yang cacat penglihatan, dan dua adik beradiknya.
Bayangkan ibunya yang sudah uzur dan cacat penglihatkan sudah pasti akan merasa sangat takut dan terpinga-pinga dalam keadaan yang seperti itu. beginilah kejamnya polis malaysia yang bertuankan pemimpin umnoapco barisan nasional.
Lebih malang lagi apabila Noraisiah mahu melaporkan kes ini kepada pihak polis dia balai polis Rantau panjang , mereka ditawarkan sejumlah bayaran sebagai kos perubatan dengan harapan kes ini dapat ditutup, malah menurut beliau adiknya Numi Che Ghani juga turut ditawarkan sejumlah bayaran yang sama.
Apakah ini sikap sebenar pihak polis, adakah mereka sesuka hati boleh menutup kesalahan rakan-rakan mereka, apakah ini polisi yang umnoapco terapkan dalam jabatan penguatkuasaan malaysia.
Serbuan itu juga turut menjadikan adik iparnya Sopian Sautar, 31 sebagai mangsa polis apabila dipaksa meminum air empat botol kerana disyaki penagih dadah ketika datang menemankan Norasiah di Balai Polis.
Serbuan itu juga turut menjadikan adik iparnya Sopian Sautar, 31 sebagai mangsa polis apabila dipaksa meminum air empat botol kerana disyaki penagih dadah ketika datang menemankan Norasiah di Balai Polis.
“Pada mulanya saya enggan sebab saya berpuasa, tetapi saya dipaksa juga minum empat botol air kosong dalam botol besar selepas ujian kali pertama didapati saya negatif sebarang dadah,” ujarnya.
Sekali lagi ini membuktikan polis sudah tidak perlu lagi kita hormati, kerana anggota polis sendiri tidak menghormati bulan puasa dan polis langsung tidak gentar melanggar perintah ALLAH.
Sementara itu anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berharap kerajaan dan pihak polis bertanggungjawab ke atas mangsa yang ditendang sekumpulan lelaki bersenjata alasan disyaki sebagai penyeludup senjata.
“Kita minta kerajaan dan pasukan polis bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Mereka juga meninggalkan mangsa begitu sahaja tanpa membantunya membawa ke hospital biar pun tercedera,” katanya ketika menziarahi mangsa di rumahnya di sini.
Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut melahirkan rasa hairan apabila salinan laporan polis yang diterima mangsa tidak sama dengan apa yang dilapor semalam.
Polis boleh mengubahsuai laporan sesuka hati mereka sendiri, demi menyelamatkan rakan-rakan mereka
“Dalam laporan itu, mangsa memberitahu anggota polis yang bertopeng menyerbu rumahnya dengan diacu senjata seramai hampir 20 orang, tetapi dalam laporan yang diberi kepada pengadu hanya dua orang sahaja,” kata ketua muslimat PAS Pusat itu lagi
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.