Sejarah awal kemerdekaan tanah melayu

| comments




Kemerdekaan Tanah Melayu diperoleh dari Inggeris pada tanggal 31 Ogos 1957. Dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara dan kebebasan bangsa kita, memang banyak golongan telah memberikan pelbagai sumbangan dan pengorbanan-tenaga dan nyawa.


Datuk Bahaman
Ketika Portugis menyerang Melaka, Bendahara Paduka Raja muncul sebagai pemimpin yang menentang serangan itu. Lebih tiga abad kemudian, penjajah Inggeris cuba menakluki negeri-negeri Melayu, timbul pula pembesar-pembesar Melayu terkenal: Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan ramai lagi yang bangkit melawan kuasa penjajah.

Dalam perjuangan menentang penjajah untuk mempertahan kedaulatan bangsa ini, dapat dilihat dua tradisi yang jelas. Pertama, tradisi melawan atau menentang penjajah habis-habisan. Kedua, tradisi bekerjasama atau bersubahat dengan penjajah.

Datuk MaharajaLela
Mereka yang menentang ada yang dibunuh, diburu, dibuang negeri dan dilucut kedudukan mereka. Yang menang pula kemudian diupah dengan pangkat, martabat dan kekayaan.

Selepas penjajah menakluki negara dan rakyat, maka timbullah golongan yang berjuang untuk menentang penjajahan dan menegakkan kemerdekaan. Sejarah membuktikan golongan yan mula-mula bangkit untuk menuntut kemerdekaan terdiri daripada tokoh-tokoh atau pertubuhan-pertubuhan yang dicop oleh penjajah sebagai radikal dan kiri.


Pejuang kemerdekaan sebenar antaranya ialah Ibrahim Yaakub, Ishak Hj Muhammad, Shamsiah Fakeh, Dr. Buhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan Abu Bakar Baqir. Mereka memimpin pertubuhan-pertubuhan yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Hizbul Muslimin (Ini adalah kumpulan pejuang kemerdekaan dalam golongan tradisi pertama).

Oleh kerana sikap tokoh-tokoh dan pertubuhan-pertubuhan kiri ini tidak mahu bekerjasama dengan pihak penjajah malah, mereka yang menentang penjajah habis-habisan, maka mereka ditekan, ditangkap dan dipenjara bertahun-tahun.




Berikutan pengisytiharan darurat pada 20 Jun 1948 (British telah mengharamkan parti-parti politik yang keras menentang mereka) ruang telah terbuka luas kepada UMNO, MCA dan MIC di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman , Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lock dan Tun S. Sambanthan melanjutkan tuntutan kemerdekaan.

Pihak Inggeris merasa lebih senang dan selamat untuk menyerahkan kemerdekaan kepada Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) kerana mereka sanggup bekerjasama, berkompromi dan menjaga kepentingan ekonomi penjajah.(Ini adalah kumpulan pejuang kemerdekaan dalam golongan tradisi kedua).

Begitu juga sejarah tidak boleh menafikan hakikat bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) juga berperanan dalam menuntut kemerdekaan sejak mula ia ditubuhkan (Mei 1930 di Kuala Pilah Negeri Sembilan; merupakan parti politik pertama di Tanah Melayu yang sudah ada jaringan antarabangsa dengan kehadiran Ho Chi Minh dari Vietnam pada tarikh penubuhannya).

Pada zaman penjajahan Jepun, Chin Peng dan anak buahnya adalah antara kumpulan yang paling berani menentang Jepun. Adakah boleh ditolak peranan PKM menentang penjajah? Mereka ini duduk di tengah-tengah hutan, tidur berlantaikan tanah berbumbungkan langit untuk memerangi Jepun dan mencari kemerdekaan sebenar.

Wajarkah peranan mereka tidak diperakui kini? Perjuangan PKM tidak terhenti setakat menentang penjajahan Jepun, tetapi mereka juga mengangkat senjata untuk menentang penjajah British bagi menuntut kemerdekaan.

Tidak dinafikan mereka berjuang mendapatkan kemerdekaan untuk membentuk satu bentuk penjajahan baru dengan doktrin komunisme untuk menubuhkan sebuah negara komunis (yang sama sekali ditolak masyarakat Melayu dan Islam) tetapi, usahasama dan gandingan perjuangan mereka untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajah wajarkah dinafikan.

amat perlu untuk menekuni kesemua fakta sejarah kemerdekaan dengan mengambil kira semua peranan yang dimainkan oleh sesiapa juga; baik pemimpin ataupun rakyat biasa di semua peringkat dalam usaha memerdekan negara ini.

Ini penting demi menjamin penghakiman sejarah yang adil bagi mereka yang berjuang secara bersungguh untuk merdeka; kesungguhan perjuangan yang bukan hanya terhad di meja perundingan tapi juga sanggup berkorban nyawa demi memerdekakan tanah air dan membela maruah agama serta bangsa.

@TUKANGLAWAN Rasa banyak lagi sejarah yang didiamkan.





"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit